TM Piala Malaysia – My Team Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 2 Ogos 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8.45mlm.

Perlawanan terakhir bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia adalah bertemu pasukan My Team di Stadium MBPJ, Kelana Jaya. Perak sebelum ini telah mencatatkan kemenangan selesa 3 – 1 ketika bertemu pasukan My Team tempohari di Ipoh.

Perak yang telah mengumpul 18 mata setakat ini tidak perlu mencatatkan kemenangan mahupun keputusan seri kerana telah pun layak secara merit dengan jumlah mata tersebut.

Perak dijangka akan kehilangan khidmat Shahrulnizam Mustapa yang mengalami demam campak sejak beberapa hari lalu. Tempatnya bakal diganti oleh Razali Umar Kandasamy setelah gandingan penyerang Perak diterajui oleh Ahmad Fakri Saarani serta Carlos Caceres.

Khabarnya juga kelibat Khalid Jamlus akan turut kelihatan pada perlawanan tersebut sebagai pemain gantian setelah berehat agak lama di bangku simpanan kerana masalah kecederaan lutut yang berpanjangan.

Berikut adalah undian untuk peringkat suku akhir:

Juara A vs Kumpulan B atau C tempat ke 3

Juara B vs Kumpulan A atau C tempat ke 3

Juara C vs Naib Juara B

Naib Juara A vs Naib Juara C

Berdasarkan undian diatas pihak kami meramalkan pasukan Perak bakal bertemu dengan salah satu pasukan dibawah mengikut turutan:

  • Terengganu
  • Kelantan
  • Kedah
  • Johor FC

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 pada 2 Ogos 2008.

Sarawak vs Terengganu
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Selangor
Stadium Hang Jebat, Melaka

Kelantan vs Negeri Sembilan
Std Sultan Mohd. Ke IV, Kota Bharu

Johor FC vs Kedah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Sabah vs PDRM
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Kuala Lumpur vs Pulau Pinang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Johor vs Perlis
Std Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos

ATM vs Pahang
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala Malaysia – My Team Vs Perak (review)

  1. yong85

    go perak yong harap dipermudahkan .yong tak berapa risau sgt sbb perak dah pun layak ke suku akhir.ini cuma pelengkap jadual walau apepun harap still menang ye.jgn kasi coach bojan gumbira biar kita yg gumbira je.go perak....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam semua...
    Dua2 pasukan telahpun layak sebenarnya sepertimana kata admin seri pun dah cukup....tapi harapan teman semoga pasukan Perak tetap memberi tentangan hebat kpd pasukan lawan mlm ni......kpd warga Seladang.Net dan penyokong yg berada sekitar Lembah Klang marilah kita bersama-sama ke stadium mlm ni untuk memberi sokongan kpd pasukan kita...sepertimana semlm...jumpa teman kat bawah banner Seladang.net.....teman tunggu mike2 semua kat situ...Ok...jumpa mlm ni...Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Salam semua....Utk keputusan perlawanan mlm tadi dgn dukacitanya dimaklumkan keputusannya ialah Perak 1 Myteam 2....laporan penuh mungkin akan dikeluarkan hari ini....kpd ahli2 Seladang.net yg hadir ke Stadium Kelana Jaya mlm tadi bagi pihak admin teman ingin memohon jutaan maaf kerana tidak meletakkan banner pada tempat berkumpul kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan....mungkin pada masa yang akan datang kita semua akan berjumpa juga...Harap maklum..
    Sekian...Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. penangMai

    Salam untuk warga Seladang.Net
    Dengan kekalahan malam ini ,maka pada peringkat suku akhir skuad seladang dijangka akan bertemu dengan skuad kenari iaitu pasukan Kedah Darul Aman. Rekod yang lalu tidak menyebelahi skuad seladang tapi apa apa pun perjuangan harus diterus demi mencapai 1 piala pada musim ni....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. penangMai

    Salam Warga Seladang,Net..
    Sah suku akhir jumpa kedah, malam ni di Stadium Darul Aman, Kedah menang 4 - 1 keatas Johor FC

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yong85

    masa yong datang ke stadium,mlm sabtu tu kobar-kobar semangat yong,yelah walaupun kita dah layak tapi just yong hrp perak boleh kekang myteam.apepun masih ada tentangan hebat dari kedua-dua pskn walaupun tewas.cuma gusar bebenor yong memikior hal yg deme sume nanti kena jumpa ngan lwn seteru kita sang kenari.alamak dah ghope flashback utk final last year.confirm tumpuan.tp yong ghase le andai penalti yg Carlos amik tu msk,senarionya mgkn berubah.cuma utk suku akhir nanti yong hrp semua player dpt cergas sbb tentangan kita....semua tahu akan kelebihannya.ape pun tahniah buat semua player.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. penangMai

    Salam untuk warga Seladang.Net

    Moh le kite turun ramai ramai ke Stadium Darul Aman untuk sokongan moral skuad seladang rabu ni....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.