TM Piala Malaysia – My Team Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 2 Ogos 2008
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
8.45mlm.

My Team 2 – 1 Perak


Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios -Chan Wing Hong

Razali Umar – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan Perak seawal minit pertama oleh Carlos Caceres hasil hantaran dari sebelah kiri oleh Hardi Jaafar. Carlos Caceres yang berhadapan satu sama satu dengan penjaga gol lawan mudah menyumbat masuk gol tersebut.

Permainan menarik dengankedua-dua pasukan berbalas serangan namun pada minit ke 38, Azamuddin Akil menjaringkan gol penyamaan buat pasukan My Team apabila mudah menewaskan Hamsani Ahmad yang berseorangan setelah benteng Perak agak leka.

Dua minit sebelum rehat separuh masa pertama berpunca dari sepakan sudut, Zamri Chin berjaya menjaringkan gol kedua pasukan untuk meletakkan pasukan My Team mendahului pasukan Perak dengan 2 – 1.

Pada minit ke 78, Carlos Caceres telah dikasari di dalam kotak penalti My Team dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan penalti buat pasukan Perak. Malangnya tendangan penalti yang diambil oleh Carlos Caceres berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol lawan dan tandukan susulan dari Ahmad Shahrul Azhar juga melewati palang gol.

Dengan kekalahan ini pasukan Perak menduduki tangga ke 3 kumpulan C serta akan bertemu dengan juara kumpulan B iaitu Kedah pada perlawanan suku akhir pertama yang bakal dilangsungkan di Stadium Darul Aman pada 6 Ogos 2008.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia – My Team Vs Perak (result)

  1. razlan

    salam,

    teman nengok posting ni dari awal hari tadi tapi takde sorang pun nak posting. mungkin kecewa dgn keputusan ini? kerana kekalahan ini menyebabkan perak akan berjumpa dgn kedah pada suku akhir rabu ni?

    ikut rekod memeng kedah mempunyai kelebihan tapi macam2 boleh terjadi. ingat, bola itu bulat.. kepada pemain, jgn putus asa.. hamsani, ahmad shahrul, hardi and others, give the best... only the best for both meet against kedah.

    mungkin ada hikmahnya bertemu kedah awal2... insya-Allah

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Perak lawan Kedah. Inilah jadual perlawanan yang akan cuba dielakkan oleh mana-mana pasukan di Malaysia masa ini. Perak tidak berjaya mengelak setelah tewas kepada Myteam. Apapun diharap Steve Darby mempunyai ramuan yang perlu lebih dari yang terbaik untuk mengatasi Kedah terutama di barisan pertahanan yang kelihatan terlalu longgar dan kerap hilang kawalan dalam kotak penalti. Harus diakui bahawa Kedah adalah pasukan yang hebat dan hampir lengkap serba-serbinya tetapi dengan perancangan dan taktikal yang sesuai Insyaallah Perak boleh mengatasi pasukan Kedah kali ini. Terpulang kepada pemain untuk merealisasikan kejayaan menentang pasukan yang telah pun berjaya mempertahankan Liga Super dan Piala FA dan dalam perjalanan mempertahankan pula Piala Malaysia. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Transaevo...

    Sedih rasanya bila pasukan Perak tewas walaupun pada asalnya telah mendahului...Rata-rata yang memenuhi stadium pada hari perlawanan ialah penyokong Perak...Apa yang boleh Trans katakan ialah Pasukan kita tak bernasib baik..banyak gerakan yang tak menjadi & peluang yang tak berhasil malah sepakan penalti juga gagal disempurnakan...dengan keputusan semalam laluan Perak agak sukar kerana terpaksa bertembung dgn pasukan yang kuat iaitu Kedah...best of luck to the team & i hope you'll make it to the final...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    spt yg yong tulis pada review sblm ni apepun keputusannya,kita tetap layak walaupun tewas di tgn myteam.
    apepun yong harap sejarah tidak berulang lagi ye.penalti yg Carlos amik tu sbnrnya mampu mengubah sedikit sebanyak keputusan.apepun yong tetap rasa kedatangan yong ke sana,tetap berbaloi.harap sharulnizam dpt sembuh dari demam campaknya & yg lain juga dpt cergas utk menentang seteru kita habis-habisan.yong dah agak game ni myteam akan all out utk pastikan mereka juara dlm kump.c....good luck & tahniah buat pskn.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi_black

    Terima saja lah kekalahan ini. Mungkin ini ada hikmahnya. Tahniah sekali lagi kepada Skuad Seladang, kerana meraih tempat ke suku akhir.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    teman bangga menjadi penyokong seladang yang setia, kerana sesiapa sahaja yang berada di stadium mbpj, akan dapat melihat warna kuning memenuhi stadium, rasa macam berada distadium ipoh. walaupun pasukan menyajikan persembahan yang kurang memuaskan tapi penyokong tetap memberikan sumbangan yang amat bermakna. diharapkan semua pihak dapat lihat dengan semangat penyokong penyokong perak

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. kenari_245

    asalamualaikum...

    kita berjumpa lagi!!tahniah kepada pasukan perak kerana layak ke suku akhir..untuk game suku akhir ini memang agak menarik di mana pasukan Kedah Vs Perak dalah perlawanan tumpuan edisi kali ini...Memang diakui di atas kertas dan prestasi semasa sememangnya pasukan Kedah mempunyai harapan dan calon untuk layak ke perlawanan semi final..tapi bola itu bulat...sebarang kemungkinan bleh berlaku..

    Saya sebagai penyokong Kedah mengharapkan perlawanan yang menarik dapat disajikan..menang atau kalah itu adat permainan..Kedah akan berjuang habis2an dalam mempertahankan piala Malaysia sekaligus mengekalkan 3 piala untuk satu musim lagi...Akhir kata, kembalilah maruah bola sepak negara dengan melahirkan pemain2 yang berdisiplin dan berkualiti...

    Pulun Kedah Pulun!!
    Predict Kedah 4 - Perak 1 (darulaman)
    Predict Perak 2 - Kedah 2 (ipoh)

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Pakcu

    Pantang mengalah sebelum bertarung... itu saja komen teman. Benar bak kata Razlan.. bola tu bulat.. apa2 pun boleh terjadi dalam tempuh 90 minit x 2 perlawanan.Tidak mustahil keputusan yang 'terbalik' bisa terhasil.
    Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa semuga pasukan Perak beroleh kemenangan.
    Buat pasukan Perak jangan mudah merendah diri terhadap kehebatan semasa pasukan lawan.. lawan tetap lawan.
    Cerita baru dalam piala yang berlainan. Cerita lama lupakan saja.. Buat Ahmad Sharul Azhar.. teruskan membakar semangat kepada anak-anak buah anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. azaha842006

    assalamualaikum

    teman kecewa sikit malam tadi. teman semangat nak tengok kemenangan perak malam tadi. teman sanggup pergi stadium. tapi ape kan daya nasib tak menyebelahi kita. banyak kelonggaran pada semua posisi. teman rasa rata-rata pemain perak hilang fokus. dari serangan hingga ke defend semua macam ada problem. fakri, hardi, khairi, dan awang import tidak dapat bermain dengan baik malam tadi. teman tak tahu macm mana boleh jadi macam itu. ape pun teman harapkan team perak dapat bermain dengan baik menentang kedah. Kejo yob kejo......Kentalkan semangat kuatkan azam. Insyaallah team perak kesayangan kita ini akan melangkah lebih jauh. Sekian...Good Luck...

    pesanan admin: Harap anda dapat membaca artikel Info | 9 Rules at seladang.net selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.