TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final

TM Piala Malaysia

Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Esok akan berlangsung perlawanan akhir Piala Malaysia antara juara bertahan Kedah menentang juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali, Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 8:45 malam. Kedah yang sebelum ini telah menggondol dua piala iaitu Liga Super dan Piala FA pastinya mahu mengekalkan pencapaian musim lalu menggapai 3 kejuaraan semusim.

Pasukan Selangor pula sudah tentu inginkan kemenangan ini untuk menambah jumlah kejuaraan mereka sebanyak 33 kali. Namun jika berdasarkan kepada beberapa rekod pertemuan yang lalu, peluang Selangor untuk menewaskan Kedah cukup tipis sekali.

7 perlawanan terakhir yang dilalui kedua-dua pasukan berdasarkan rekod di seladang.net:

Liga Super 06/2007
14 Feb 2007
Selangor 0 – 2 Kedah

Liga Super 06/2007
2 Jun 2007
Kedah 2 – 1 Selangor

Piala FA 06/2007
16 Jun 2007
Kedah 2 – 0 Selangor

Piala FA 06/2007
23 Jun 2007
Selangor 1 – 1 Kedah

Liga Super 07/2008
29 Dis 2007
Kedah 6 – 2 Selangor

Liga Super 07/2008
5 Apr 2008
Selangor 0 – 1 Kedah

Piala FA 07/2008
21 Jun 2008
Kedah 3 – 2 Selangor

Pasukan P M S K J B
Kedah 7 6 1 0 17 6
Selangor 7 0 1 6 6 17

Berdasarkan rekod-rekod yang lalu serta tahap permainan konsisten yang dipamerkan oleh pasukan Kedah sejak akhir-akhir ini, mereka adalah calon terbaik untuk muncul sebagai pemenang Piala Malaysia edisi 2007/2008.

Selangor perlu menggandakan usaha mereka lebih dari 100% jika berhasrat memenangi piala tersebut kerana Stadium Nasional Bukit Jalil pastinya akan dibanjiri oleh peminat bolasepak Kedah dari seluruh pelusuk tanah air.

Tiket masuk berharga RM 20 untuk semua tempat duduk.

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final

  1. YangIkhlas

    Semoga yang terbaik akan memenangi perlawanan akhir Piala Malaysia 2008 ini. Selangor gagah dengan rekod kejuaraan 32 kali juara Piala Malaysia manakala Kedah hebat dengan keupayaan mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala FA untuk tahun kedua berturut-turut. Sebagai pilihan, YangIkhlas memilih Kedah untuk terus mempertahankan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut. Selamat maju jaya kepada kedua-dua pasukan bertanding.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Transaevo...

    Macam yang Trans cakap sebelum ni pasti ramai yang menjangka perlawanan akhir ni akan memihak Kedah..Namun Trans akan datang sebagai penyokong selangor malam esok..Penyokong sementara jer..pasukan kesayangan tak dapat mara ke akhir..pity me...harap-harap tahun depan giliran Perak beraksi di final...tak sabar nak tunggu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    atas kertas lebih memihak pada kedah so secara tak langsung pasti sedikit tekanan akan tempias pada setiap pemain kedah.apepun kebiasaannya pasukan kedah berjaya meresap setiap tekanan mahupun halangan & ini tentu memberi satu cabaran & tentangan sengit kepada pskn selangor.pd mlm itu siapa yg berjaya mengambil peluang pada pskn lawan pasti akan menjulang piala malaysia.game mlm tu pasti best & yong rasa lah mesti kedah akan menang.so good luck buat kedua-dua team.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Salam..

    Sekali lagi dua pasukan gergasi bola sepak tempatan akan bertemu namun dalam suasana yang berbeza. Jika sebelum ini mereka bertemu dalam Perlawanan Akhir Piala FA, kini mereka akan bersaing untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia.

    Sudah semestinya Kedah akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan gelaran Juara bertahan yang mereka raih tahun lepas. Seperti yang diulas oleh penulis, berdasarkan rekod dan perkiraan, Selangor tidak pernah menang dengan Kedah sejak awal 2007 hingga kini.

    Dengan ini, jelas memperlihatkan kemantapan Skuad Kenari tidak kira di mana mereka beraksi samada di gelanggang sendiri, gelanggang lawan ataupun berkecuali. Mereka berjaya 'menutup mulut celupar' peminat tempatan yang suatu ketika dahulu mengatakan Skuad Kenari hanya 'Jaguh Kampung' yang hanya menang di gelanggang sendiri.

    Manakala Dollah Salleh perlu memerah otak untuk me'neutralize' kan perancangan taktikal Azrai Khor. Ianya tidak mustahil untuk mengatasi Skuad Kenari. Ini kerana, pertembungan ini bukan lah yang pertama kali. Oleh itu, Dollah Salleh perlu merangka sesuatu yang 'istimewa' untuk menyerap segala perancangan Azrai Khor yang memang sukar dijangka.

    Ramalan saya kedah akan menghadapi kesukaran untuk menang. Namun tetap menang dengan jaringan 1-0 pada masa tambahan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. -ayang-

    Rasernye la kan Kedah yang akan menang game ni nanti. Tapi mungkin Dollah Salleh akan bagi kat Kedah sikit kejutan. Siapa tahu kan...Mungkin ada sedikit kelainan dalam pasukan Selangor kali ni. Dollah kene studi kekuatan & kelemahan Kedah betul-betul kalau nak menang. Pada ayg, peluang menang Kedah lagi tinggi. Mungkin dalam 75%...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    apa yang pasti malam esok kedua dua pasukan dapat menyajikan persembahan yang benar benar berkualiti. tidak kira siapa yang menang. yang paling penting pemain import kedua dua pasukan dapat melakukan sesuatu yang menakjubkan agar f.a.m dapat membuka mata untuk membenarkan semula pemain import beraksi musim hadapan. seandainya pemain import kedua dua pasukan menunjukkan aksi hambar maka tertutup terus untuk mereka beraksi tahun hadapan.mereka pasti ingin mewakili kesemua pemain import didalam liga tempatan. pada andaian teman kedah mampu menang ke atas skuad red giant dengan 3 berbalas 1. antara pemain yang mampu menjaringkan gol untuk pasukan kedah kemungkinan
    1.khaireel muhaimin
    2.marlon alex james
    3.badrol bakhtiar
    4.fadzli baharom

    untuk pasukan selangor kemungkinan besar
    1.safie saali(anak jati perak)
    2.indra putra(bekas pemain dan anak jadi perak)
    3.frank seator(bekas pemain perak)

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    "Ramalanku Benar Belaka"...akhirnya dua pasukan yg memang dinantikan pertemuannya pada final Piala Malaysia 2007/2008 bertemu jua setelah melewati beberapa halangan ketika pusingan peringkat kumpulan,suku akhir dan separuh akhir...dari peringkat kumpulan lagi telahpun kelihatan "kegarangan" kedua2 pasukan ini..tahniah kepada mereka..dan yang paling membanggakan,kedua2 pasukan ini dibimbing oleh jurulatih tempatan...biarpun ianya nampak seperti perlawanan ulangan Final Piala FA musim ini tapi bagi teman tentu rencah dan adunan kali ini berlainan sekali memandangkan kejuaraan ini lebih berprestij berbanding Piala FA...so tak kisah le siapa yg menang..yg penting play well and whoever gain the better opportunity than the others,they will be the winner!
    My prediction about this two team :

    If Selangor wins:

    Selangor 2 Kedah 1

    If Kedah wins :

    Kedah 4 Selangor 2

    That's all..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. penangMai

    Inilah pentas terakhir kepada pemain import kedua dua pasukan dalam kancah bolasepak pro Malaysia...
    Kepada semua pemain import semua terima kasih dengan kehadiran anda sedikit sebanyak dapat meningkatkan taraf bola sepak di Malaysia

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. penangMai

    Teman dalam perjalanan ke Bukit Jalil bersama sama kekawan teman dari Kedah untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia kali ini... kalau tahun lepas boleh le juga mengibar bendera perak dari Penang ke Bukit Jalil tahun ni idak le nampaknye..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. lee_dado

    Lambaian Akhir 2008

    Bertemu kembali Kedah dengan Selangor kali ini, tapi di edisi berbeza, sejarah membuktikan Selangor yg gah dengan Sejarah 32 merangkul Piala Tertua di Malaysia ini berada di kelasnya sendiri, manakala Kedah pula dalam landasan mencipta sejarah buat kali keduanya dalam tempoh 2 tahun.

    Mengimbas rekod pertemuan musim ini dan lepas membuktikan Kedah utuh buat Selangor, namun aksi di pentas Final Piala Malaysia kali ini merupakan yg pertama kalinya mempertemukan kedua-dua pasukan ini. Kedah & Selangor belum pernah bertemu di pentas Akhir Piala Malaysis sebelum ini walaupun mereka telah menggondol 32 kali kejuaraan tersebut dan ini merupakan sejarah lagi dlm pertemuan malam ini.

    Pada sidang media petang smlm, Dollah Salleh & Shukor Adan bersungguh-sungguh ingin meranapkan impian Azraai Khor dan impian anak buah beliau untuk membuat "Double Treble" kali ini. Bagi Azraai pula inilah barisan terbaik beliau yg pernah beliau miliki selama ini, so alang-alang menyeluk pekasam, biaq sampai ke pangkal lengan. Kedah berada di landasan yg terbaik untuk mempertahankan kejuaraan mereka so mengapa perlu melepaskan perlawanan pada malam ini untuk mencipta satu lagi sejarah bola sepak tanah air kita.

    Kedua-dua pasukan mampu menurunkan kesebelasan terbaik pada malam ini kerana masing-masing bebas dari kecederaan & penggantungan kad. Namun buat Akmal Rizal bekas pemain Kedah yg mana sekali lagi terpaksa menjadi penonton dalam perlawanan ini sepertimana yg pernah dilalui beliau pada Final Piala Malaysia 2004 lepas.

    Dalam bergembira pada perlawanan malam ini, namun sedikit pilu melihat aksi pemain import buat terakhir kalinya. Selamat Tinggal hero-hero Kedah yg banyak membantu Kedah sejak 2004-2008 seterusnya mencipta sejarah demi sejarah. Serta pemergian Allahyarham Dato' Paduka Ahmad Basri amatlah dirasai kerana inilah titik peluh Allahyarham selama ini dan beliau tidak sempat menyaksikan sepenuhnya kejayaan Kedah sepanjang hayat Allahyarham.

    Selamat berjuang buat pasukan Kedah & Selangor, tunjukkanlah aksi yg menghiburkan kpd seluruh rakyat Malaysia di pentas yg berprestij ini.

    SOKONGAN KAMI BUKAN SEKADAR MENANG, SOKONGAN KAMI SEPANJANG ZAMAN

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. roslimh

    Atas kertas memang a team to beat tapi malam ini, keutuhan pasukan akan menentukan. Saya rasa Selangor akan menang malam ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.