TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 23 Ogos 2008
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Kedah 3 – 2 Selangor

Kedah menepati ramalan awal apabila menjulang piala ketiga mereka musim ini apabila menewaskan pasukan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan jaringan 3 – 2 pada kempen Piala Malaysia yang berlangsung malam tadi.

Namun begitu mereka dikejutkan seawal minit ke 18 apabila Frank Seator mudah menyepak masuk bola yang muntah dari dakapan Helmi Eliza setelah tendangan percuma yang diambil oleh Indra Putra gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah itu

Penguasaan Selangor tidak bertahan lama apabila pada minit ke 31, Marlon Alex James berjaya meloloskan diri dari pertahanan Selangor untuk merembat bola melepasi penjaga gol Selangor, Suffian Rahman setelah menerima hantaran cantik dari Nelson San Martin.

Seminit kemudian, Nelson San Martin pula menyumbangkan gol kedua buat pasukan Kedah dengan satu rembatan kencang setelah pada awalnya rembatan Khyril Muhymeen berjaya dihalang oleh pertahanan Selangor.

Gol ketiga Kedah dijaringkan oleh Fadly Baharom pada minit ke 37 yang menerima bola hantaran lintang dari Baddrol Bakhtiar yang pantas merampas bola tersebut dari kaki Razman Roslan di dalam kotak penalti Selangor.

Selangor cuba menghidupkan sisa-sisa perjuangan apabila Safee Sali berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke 77 untuk merapatkan kedudukan menjadi 3 – 2 melalui satu rembatan kencang yang cantik dari sebelah kanan kotak penalti Kedah.

Walaupun Selangor cuba untuk memberikan tekanan kepada Kedah, mereka masih tidak berjaya untuk menambahkan gol dan keputusan berpihak kepada Kedah dengan keputusan muktamad 3 – 2 setelah pengadil Rosdi Shaharul meniupkan wisel penamat.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala Malaysia 2007/2008 | Kedah Vs Selangor | Final (result)

  1. miez3

    Tahniah Kedah! Anda memang “vogue”! Kepada para penyokong Hijau Kuning “Sang Kenari” terbang cukup tinggi abad ini cuma sayang sekali musim depan kelibat hero2 seperti Marlon, Martin & Bernard tidak kelihatan lagi..apapun tahniah sekali lagi dari teman…utk semua semoga terus berjaya di hari mendatang..Amin..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. lee_dado

    Antara Suka & Duka

    Alhamdullillah..Syukur & Tahniah kepada Skuad Kenari kerana mencipta satu lagi sejarah bola sepak negara.

    Antara Suka & Duka..itulah ungkapan yg mampu diulas tamat permainan smlm. Suka Kedah membuat “Double Treble” & Duka jaringan import smlm merupakan garis pemisah mereka dengan Liga Malaysia.

    Selangor terlebih dahulu bergembira di minit awal permainan, namun 10 minit kemudian 3 gol dijaringkan Kedah melenyapkan terus sisa-sisa kemeriahan Kem Selangor sama sekali. Itu lah bola sepak siapa sangka 90 minit permainan hanya 10 minit sahaja diperlukan untuk dinobatkan sang juara.

    Tahniah juga kepada pemain Selangor kerana, memberi tentangan sengit juga pada 2nd half tatkala pemain Kedah kurang bernafsu untuk terus menambah jaringan. Gol Safee Sali belum mampu untuk mengheret kedah bermain di masa tambahan namun gol beliau juga amat cantik.

    Tahniah Azraai, Para Penolong Jurulatih Serta Pemain untuk menobatkan Kedah Juara Berganda 3 Piala.

    PULUN KEDAH PULUN

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Transaevo...

    Seperti yang dijangka Kedah bakal membawa pulang Piala Malaysia..Tahniah buat skuad Kenari atas kejayaan mereka..perlawanan yang menarik ditonjolkan oleh kedua-dua pasukan..namun Trans agak kecewa kerana peyokong Selangor kurang memberi sambutan..penyokong merah kuning tak ramai yang hadir memberi sokongan..akhir sekali Trans ingin memberikan pujian buat skuad Selangor kerana memberi saingan yang hebat walaupun tewas...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan Kedah berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia 2008. Namun persoalan besar untuk pasukan Kedah, mampukah mereka mengekalkan prestasi dengan hanya menggunakan tenaga tempatan untuk musim 2009 nanti. Fungsi Marlon dan rakan-rakan importnya amat ketara dalam perlawanan akhir yang menyaksikan juga 3 daripada 5 gol perlawanan akhir ini dijaringkan pemain import. Kepada saudara Azrai diharapkan agar saudara akan terus berjaya dengan tenaga tempatan kelak. Secara positifnya diharapkan semua pemain tempatan menggunakan peluang ketiadaan pemain import untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dan seharusnya tiada lagi alasan untuk sebarang bentuk kegagalan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi_black

    Unstopable!! Itu yang dapat saya katakan untuk prestasi Kedah. Mereka mengakhiri musim Bola Sepak Malaysia dengan merangkul 3 kejuaraan, sekali gus menjadi pasukan pertama meraih 6 kejuaraan dalam masa dua tahun berturut-turut.

    Ternyata tuah tidak memihak kepada Selangor yang dilihat bertungkus-lumus mencari gol untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. Namun segalanya gagal setelah Kedah berjaya menyerap segala tekanan yang diberikan dengan jayanya.

    Kepada Pasukan Kedah, tahniah dan nantikan musim 2009 yang akan menampilkan pesaing yang hebat, iaitu PERAK. Sudah semestinya akan menggugat kemaraan Kedah. BEWARE!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. -adik-

    Tahniah kedah, seperti yang dijangkakan ramai. tapi perbezaan jaringan tak banyak. siapa yang pergi stadium mesti best kan sebab dapat saksikan 5 jaringan mlm tu. dengar cerita punyokong kedah ramai manakala penyokong selangor kureng..betul ke macam tu. kenape ye.?kan ke bukit jalil dgn stadium shah alam tak jauh mane..kenape geng dari kedah lak yang lagi ramai.?ape-ape pun adik nak bagi pujian kat team Selangor sebab bagi saingan & cuba merapatkan kedudukan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    teman udah agak.pasti skuad kenari dapat terbang dengan lebih tinggi. manakala giant terus terbenam ke lautan duka. tapi apa yang teman harapkan tidak tercapai juga, dseparuh masa kedua kedua dua pasukan menyajikan persembahan hambar sedikit.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.