TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2

TM Piala Malaysia

Dua perlawanan peringkat separuh akhir kedua TM Piala Malaysia akan dilangsungkan secara berasingan malam esok dengan Selangor akan berkunjung ke Pasir Gudang menentang Johor FC pada hari Sabtu 16 Ogos 2008.

Selangor pada perlawanan pertama yang lalu telah berjaya menewaskan Johor FC dengan keputusan 2 gol tanpa balas. Namun menentang pasukan Johor FC digelanggang mereka bukanlah satu tugas yang mudah.

Sementara itu juara bertahan, Kedah yang menewaskan Terengganu 3 – 0 pada perlawanan pertama di Stadium Darul Aman akan berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak bertemu Terengganu.

Walaupun seperti sudah sebelah kaki ke final, mereka harus berhati-hati dengan kemampuan Terengganu membuat kejutan. Perlawanan ini dijangka akan dilangsungkan pada hari Ahad 17 Ogos 2008.

Sabtu 16 Ogos 2008
Johor FC (0) vs (2) Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Ahad 17 Ogos 2008
Terengganu (0) vs (3) Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Semua perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2

  1. Transaevo...

    Kedah mungkin akan simpan sedikit kekuatan mereka semasa menentang Terengganu...yet, i presume they'll still win the match 1 or 2 goals...Selangor pulak may be akan bermain dgn hati-hati untuk game esok sambil mencuri peluang...Trans raser Selangor akan bertemu Kedah dlm perlawanan akhir kali ni...Kalau Selangor mara ke final Trans akan ke stadium sebagai penyokong "sementara" pasukan Selangor...Apa-apa pun good luck to the teams & all the best...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Perlawanan Separuh Akhir Kedua ini dijangka sengit dengan menyaksikan kedua-dua Tuan Rumah terdesak untuk mencipta gol bagi membuka laluan untuk ke Perlawanan Akhir.

    Sudah semestinya Pasukan Tuan Rumah akan cuba sedaya upaya untuk merobek kubu pertahanan lawan. Sebaliknya pihak lawan pula akan cuba bertahan sebaiknya di samping cuba mencuri peluang untuk menambah gol.

    Walaupun ramai yang menjangkakan Kedah akan menentang Selangor di perlawanan akhir nanti, namun begitu, masih ada 90 minit untuk mengubah jangkaan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YangIkhlas

    Kedah DA lawan Selangor DE...inilah perlawanan akhir Piala Malaysia idaman YangIkhlas. Ulangan kepada perlawanan akhir Piala FA tempohari yang pada kacamata YangIkhlas adalah perlawanan akhir yang tempoh 90minitnya penuh dengan aksi dari kedua-dua pasukan sehingga ke tiupan wisel terakhir oleh pengadil. Warna hijau, kuning dan merah pasti akan memenuhi stadium nanti. Begitupun kejutan mungkin boleh dilakukan oleh Terengganu atau Johor FC...siapa tahu? Semoga berjaya kepada keempat-empat pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. harryhot

    Memang satu rancangan yang berjaya untuk temukan Kedah dan Selangor dalam Final Piala Malaysia. Selangor mencari kejuaraan kali ke-31, kedah pula nak jadi juara 3 piala 2 musim berturut-turut. Saya predict tak ada kejutan apa-apa pun dalam separuh akhir kedua ni. Dan akhir sekali Kedah Juara Piala Malaysia 2008. Tamatlah musim pemain import. kuikuikui.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kenari_245

    Asalamualaikum....

    Debaran untuk satu langkah lagi ke final untuk Pasukan Kedah dan Selangor..Tidak mustahil sekiranya berlaku kejutan di mana pasukan Terengganu dan pasukan Johor FC akan bangkit untuk meranapkan segala impian pasukan Kedah dan Selangor untuk beraksi di final..

    Dengan harapan yang menggunung, Saya berharap pasukan Kedah dapat mengulangi kejayaan seperti tahun lepas..Selamat tinggal marlon, nelson especially huggin yang banyak membantu Kedah selama 5 tahun nie..tanpa mereka siapalah Kedah yang merupakan pasukan yang paling digeruni ketika ini...jasa akan kami kenang untuk selamanya...
    Semoga berjaya!

    Pulun Kedah Pulun!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Pasukan Selangor dan Kedah adalah pasukan pilihan teman di atas kertas utk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2007/2008 kali ini....namun kepada pasukan Selangor yg mempunyai kelebihan aggregat 2 gol mesti terlebih dahulu berusaha keras mematahkan ancaman tuan rumah ketika bertandang ke sana kelak...sejarah dari rentetan perlawanan yg lalu menyaksikan Johor FC cukup kebal di laman sendiri..lihat sajalah apa yg berlaku kpd MyTeam yg sebelum itu mempunyai kelebihan aggregat 3-1 tapi tumpas di sana setelah dibenam 5-1....Pasukan Kedah memang ternyata dalam kondisi terbaik ketika ini...dengan tekad utk menjulang treble buat kali kedua berturut2 teman yakin obsesi mereka ada logikal dan penuh dgn optimistik....3-0 sudah cukup melegakan mereka tetapi seperti juga Selangor mereka juga perlu berhati2 di pentas lawan...apapun kepada semua pasukan...selamat berjuang...hidup bolasepak Malaysia!Hidup jurulatih tempatan!Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.