TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Johor FC Vs Selangor

TM Piala Malaysia

Sabtu 16 Ogos 2008
Johor FC (0) 1 vs 0 (2) Selangor
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Johor FC gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 07/2008 apabila sekadar mencatatkan kemenangan 1 gol tanpa balas menewaskan Selangor pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Jcorp, Pasir Gudang sebentar tadi. 

Johor FC membuka jaringan pada minit ke 37 melalui Walter Silva yang menyambut tandukan Gustavo Fuentes setelah menerima hantaran lintang dari Eddy Helmi Manan untuk Johor FC mendahului pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua permainan menjadi semakin rancak dengan banyak serangan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan namun beberapa peluang terbaik gagal disempunakan oleh barisan serangan hinggalah wisel penamat dibunyikan.

Dengan keputusan ini Selangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia berdasarkan kelebihan aggregat 2 – 1 untuk bertemu pemenang antara pasukan Kedah dan Terengganu pada 23 Ogos 2008 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Johor FC Vs Selangor

  1. harryhot

    Perlawan Johor FC dan Selangor semalam sering berbalas serangan tetapi yang peliknya peluang banyak terhidang untuk Safee Sali. Beliau rajin mencari peluang namun tak mampu nak menghasilkan gol. Mungkin ada muslihat untuk menghadapi final. Bagi pertahanan Selangor pula nampak longgar, sentiasa dibolosi oleh 'winger' yang 'express'. Perkara yang sama akan berulang jika bertemu Kedah di final. Pemain tengah Selangor pula nampak kurang menhantar bola dengan tepat dan banyak hilang bola dari kawalan. Harap Selangor lebih bersedia di Final.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan Selangor layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2008. Kepada Johor FC sememangnya nasib tidak menyebelahi untuk memenangi perlawanan separuh akhir ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Seperti yang saya maklumkan dalam komentar yang lalu tentang perlawanan ini, ianya memang perlawanan yang menghiburkan. Seperti yang diramal, Johor FC akan bermati-matian menyerang kubu lawannya dan hasilnya kurang lumayan walaupun kubu pertahanan Selangor dilihat longlai terutamanya di separuh masa pertama.

    Saya kagum melihat semangat serta teknik permainan pemain-pemain Johor FC yang menguasai kawalan bola hampir sepenuh perlawanan yang disulami dengan peluang Selangor di depan gol yang disia-siakan oleh Penyerang utama mereka, Safee Sali.

    Secara keseluruhan, Johor FC bermain baik ditempat sendiri, dan perlu perbaiki prestasi bermain di tempat lawan. Tahniah kepada Selangor

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Transaevo...

    Keputusan seperti yang diramal banyak pihak..tahun ni Selangor akan mara ke akhir..perlawanan yg menarik & menyaksikan banyak percubaan dari kedua-dua belah pihak..tahniah buat skuad Selangor..Final ni Trans akan ke stadium sebagai penyokong merah kuning...

    harap-harap tahun depan dapat menyaksikan Perak di perlawanan akhir...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    teman harap perlawanan akhir nanti kedua dua pasukan dapat menunjukkan satu persembahan yang benar benar berkualiti demi nama baik untuk pasukan didalam liga super dan berstatus juara berganda. agak terkilan perlawanan akhir kali ini kita tidak dapat melihan pasukan kesayangan kita beraksi, tetapi apakan daya hanya mampu melihat aksi pasukan lain pula. apa apapun buatlah yang terbaik demi menjulang semula martabat liga tempatan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.