TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1 (result)

TM Piala Malaysia

Dua perlawanan peringkat separuh akhir pertama TM Piala Malaysia telah berakhir malam tadi dengan juara bertahan Kedah menewaskan Terengganu 3 -0 di Stadium Darul Aman manakala Selangor pula menumbangkan Johor FC 2 – 0 di Stadium Shah Alam.

Gol-gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke 25 dan Marlon Alex James pada minit ke 40. Gol terakhir disumbangkan oleh Khyril Muhymeen pada minit ke 77 untuk memastikan Kedah selesa sebelum bertandang ke tempat lawan Ahad ini.

Selangor turut menepati ramalan awal apabila Safee Sali memastikan Selangor mendahului pelawat pada minit ke 18 dan R. Surendren meledakkan gol kedua pasukan pada penghujung masa tambahan separuh masa kedua sebelum wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan timbal balik kedua antara pasukan Johor FC menentang Selangor akan dilangsungkan pada hari Sabtu ini di Stadium Jcorp, Pasir Gudang.

Selangor 2 – 0 Johor FC
Stadium Shah Alam, Selangor

Kedah 3 – 0 Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1 (result)

  1. syidi_black

    Salam, Keputusan Separuh Akhir 1 sudah diketahui. Tahniah kepada pasukan yang berjaya semalam. Sememangnya ramai yang telah menjangkakan keputusan ini.

    Secara keseluruhannya, saingan dijangka rancak dalam perlawanan peringkat kedua yang masing-masing di Kuala Terengganu dan Di Pasir Gudang. Ini kerana pasukan yang tewas semalam akan beraksi di hadapan penyokong sendiri sabtu ini. Selangor perlu berhati-hati ketika bertandang ke Pasir Gudang agar mereka tidak mengikuti jejak Myteam FC yang telah dimalukan dengan kekalahan yang sadis, dikala para pengkritik bola sepak tempatan meramalkan Myteam akan mudah menundukkan Johor FC untuk mara ke separuh akhir.

    Manakala Kedah sudah semestinya lebih berpeluang ke Peringkat Akhir berpandukan pengalaman dan rekod sebelum ini. Namun begitu, masih ada 90 minit untuk dilalui. Dalam bola sepak macam-macam perkara boleh terjadi.
    Selamat Berjuang!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Transaevo...

    Go Kedah go..!!!

    Tahun ni bakal sekali lagi menyaksikan dominasi Kedah dalam sukan bolasepak tempatan..Walaupun Trans adalah penyokong tetap pasukan Perak namun Trans amat bangga dengan pencapaian Kedah & kualiti yang ada pada pemain tempatan pasukan Kedah..

    Pastikan prestasi ini dapat dikekalkan bagi membolehkan korang memberi saingan dalam menghadapi pasukan Perak musim depan..HAHAHA...

    Perak still the best...!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    bagi teman keputusan antara kedah dan terengganu sememangnya akan berakhir dengan kemenangan dikecapi oleh kedah walaupun pusingan kedua belum tiba, bagi skuad johor fc dan selangor keputusan sebegini belum mampu untuk menyebelahi skuad red giant. kita lihat di pusingan kedua pula,apa akan terjadi

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    tahniah buat 2 pskn bekalan selesa utk pusingan seterusnya...yong target kedah ngan selangor kat final...ternyata kedah mahu mengekalkan kejayaan trebel mereka....

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan yang menang pada separuh akhir pusingan pertama ini. Bersedialah pula untuk perlawanan separuh akhir kedua. Kita lihat siapa yang kena...........

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.