Steve Darby | Kontrak Bersambung 2 Bulan Lagi?

Pihak pengurusan seladang.net telah dimaklumkan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa Steve Darby akan disambung semula kontraknya selama 2 bulan lagi. Kontrak beliau sepatutnya tamat penghujung bulan Ogos ini namun disambung oleh “pengurusan” sehingga bulan Oktober kononnya untuk persiapan Piala AFC.

Jika benar pihak pengurusan mahu berjimat cermat lantaran masalah kewangan yang meruncing, mengapa masih ingin membayar “jurulatih” yang menelan belanja melebihi RM 20 ribu sebulan ini?.

Perak mempunyai 3 jurulatih kelas A yang bergaji di Perak FA iaitu:

  • M. Karathu (Pengarah Teknikal Bolasepak Perak)
  • Raja Azlan Shah Raja Soib (Pengarah Pembangunan Bolasepak Perak)
  • Chong Yee Fat (Ketua Jurulatih Piala Presiden)

Apalah salahnya jika kita menggunakan salah seorang atau ketiga-tiga mereka sekali gus dan seterusnya menjimatkan wang tambahan untuk membayar “jurulatih” yang menelan belanja mencecah RM 50 ribu untuk tempoh 2 bulan akan datang.

Lagipun dengan setakat pencapaian memenangi Piala Sumbangsih sahaja tidak sepatutnya melayakkan beliau mendapat penyambungan kontrak sebegitu. Penyambungan kontrak ini dilihat sebagai satu tindakan yang sia-sia serta membazirkan wang Perak FA.

Pihak kami berpendapat lebih baik wang tersebut digunakan untuk membayar gaji pemain-pemain sedia ada yang tertunggak sekian lama dan memerlukan pembelaan sewajarnya.

Bak kata pepatah “Jangan Menanggung Biawak Hidup”.

Nyatakan undian anda dibawah:

Setujukah anda Steve Darby disambung kontraknya 2 bulan lagi?

  • Ya, Setuju! (10% Votes)
  • Tidak Setuju! (90% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “Steve Darby | Kontrak Bersambung 2 Bulan Lagi?

  1. riezer

    kalau duit dah banyak nak upah jose maurinho jadi jurulatih pun boleh. tapi persatuan bola sepak perak kena sedar bahawa kedudukan kewangan mereka agak meruncing. jadi kena ukur di baju sendiri. kalau tak mampu kenapa nak dikorbankan kepentingan pemain yang sepatutnya lebih dijaga. rasanya jurulatih tempatan pun tak kurang hebatnya. ramai yang terbukti berjaya dalam karier mereka. pasukan akan jadi bagus kalau kebajikan dan perasaan pemain dijaga. dan yang penting pembangunan bola di peringkat belia. perak sendiri pun tak ketandusan jurulatih tempatan yang berwibawa. apa salah nya bagi mereka peluang untuk bangunkan skuad perak pula....

    kenapa la nak peningkan kepala. dah tak ada duit buatlah cara tak ada duit. steve darby tu pun dah kaya. habis duit persatuan bayar gaji kat dia saja. pemain-pemain jugak yang merana. pafa kena ingat. yang main bola tu pemain bukannya jurulatih. pemain tu ibarat kereta. jurulatih pulak ibarat drebar. kalau takde duit nak isi minyak macam mana kereta nak jalan? bagi michael schumacher bawak kereta tu pun dia tak sanggup. takkan dia nak tolak kereta tu kot….kenapa? tak paham ke…..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    salam,

    kenapa perlu sambung lagi 2 bulan? AFC Cup hanya bermain bulan sept dan pada pendapat teman, minta maaf bukan tak yakin dgn skuad seladang, tapi dgn prestasi sekarang bolehkah menewaskan As Safa dan layak ke separuh akhir? lagipun, dulu si Steve Darby ni pernah kata akan tarik diri dari AFC Cup.

    kontrak bulanan boleh diberikan, jika tak diperlukan utk bulan oktober, tak perlu la diperbaharui. (admin, adaker kontrak bulanan dlm perlembagaan FAM?)

    jawapan admin: hanya PAFA yang mampu menjawab persoalan itu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Masya Allah..Saya sedikit terkilan dengan tindakan yang (mohon ampun) keterlaluan ini. Pada saya ini adalah tindakan yang perlu diselidiki. Adakah keputusan ini adalah keputusan semua pihak atau...? Hendak dikatakan kurang kemahiran dalam membuat keputusan, semuanya dilihat berpelajaran tinggi hingga ke bucu puncak menara gading.

    Maaf kan saya jika ini keterlaluan. Benar bagai dikata oleh penulis, mengapa tidak di ambil orang kita yang lebih menjimatkan dan berkesan?

    Macam lah Jurulatih sekarang hebat sangat. Walhal pemain-pemain perak adalah antara pemain yang hebat di Malaysia. Sebut sahaja Hardi Jaafar, semua kenal. Itu contoh yang boleh diambil.

    Secara peribadi, saya amat tidak bersetuju dengan keputusan untuk lanjutkan kontrak individu yang jelas kurang efisyen dalam membangunkan bola sepak Perak.

    Setakat AFC Cup, serahkan sahaja kepada M Karathu, iaitu seorang tokoh bola sepak tempatan yang disegani dan dikenali ramai. Saya yakin, pemain akan lebih mantap dan berkesan. M karathu dikenali sebagai seorang yang kaya dengan ramuan-ramuan dan tipu helah atau muslihat yang tersembunyi.

    Percayalah ramai penyokong Perak dahagakan pembaharuan. Tolonglah kami. Kami sudah cukup derita dan menanggung malu dengan kekalahan demi kekalahan dan sedikit gembira jika keputusan seri atau menang sekali-sekala.

    Tetapi, kami tetap setia, kerana sentiasa berpegang kepada, 'dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung', biar lah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. udeng

    salam
    saya pun mmg tak bersetuju sgt.tak sepatutnya kita membazir wang mcm tu je.lagi pun kita semua dah dapat lihat mcm mana kemampuan Steve Darby, saya lebih yakin dengan M. Karatu. dia mampu merubah nasib perak.lagi pun rekod Karathu sebelum ni pun memang baik. saya pun mengharap sangat la agar pihak pengurusan Perak FA dapat menimbang semula perkara ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Transaevo...

    Trans pun bersetuju dengan penulis...mengapa perlu disambung kontrak lagi dua bulan tu..??penyambungan ini sangat tak praktikal terutamanya dalam waktu-waktu sekarang dimana dana dah kritikal...perbelanjaan seharusnya mengikut prioriti...prioriti sekarang bukannya gaji coach yang mahal...why must spend on something worthless...mungkin pelaburan yang membazir...sangat tidak bijak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yobunited

    salam..
    sambung kontrak..teman memang tak setuju.. perak perlu perubahan dari segi permainan.. maka kita perlukan jurulatih yg baru.. selagi menggunakan jurulatih yag same permainan perak tetap berada pada tahap yg sama. Pihak pengurusan Perak perlu ambil berat tentang perkara ini demi pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yong85

    mungkin pihak pafa punya sbb sendiri.yong tak kuasa nak mengeruhkan lagi ....memang yong setuju akan semua pendapat mahupun kata-kata baik penulis mahupun teman yg lain cuma bagi yong ada telinga yong dengar,ada mata yong lihat nak diikutkan dlm ketegangan yg melanda sepatutnya sikap mementingkan diri tidak perlu ada .......makin lama yong sebak memikirkan ape yg akan terjadi.jgn tiba suatu tahap yg kita sendiri memalukan diri masing-masing di saat sedikit demi sedikt maruah hampir tercalar....

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Pakcumy

    Pafa harus perofessional lah skit... kalau dah tak der duit buatla cara tak der duit... pakailah dulu jurulatih tempatan yang ada.. senang cerita... tak perlu nak buang2 sampai dekat 50k

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YangIkhlas

    Jika kita hendak Perak FA berfikir secara Professional, YangIkhlas rasa tak perlu kerana segala masalah yang telah berlaku sekarang ini tidak melayakkan Perak FA bergelar amatur sekalipun, lebih layak dipanggil pengurusan cara 'kampung'. Ada duit gaji berbayar, tak ada duit main sukarela. YangIkhlas tidak pasti sambungan kontrak 2bulan itu dengan bergaji atau tidak kerana sekarang ni pun gaji mereka semua tidak dibayar mengikut jadual. Apapun Steve Darby telah menjalankan tugasnya sebagai jurulatih dengan professional, menghabiskan juga tempoh kontrak dengan Perak FA walaupun gaji beliau tidak berbayar sepenuhnya, mungkin ada duit poket sendiri yang digunakan untuk pasukan dan terpaksa mengendalikan pasukan dalam keadaan yang serba-serbinya kekurangan dari padang latihan, emosi, mental dan semangat pemain yang berada pada tahap yang amat rendah akibat masalah gaji dan elaun yang tedak berbayar. Tentang 3 nama yang dicadangkan itu, pastikan mereka sanggup mengendalikan pasukan dengan tanpa bayaran gaji yang mengikut jadual. Dalam tempoh khidmat Steve Darby sebagai jurulatih adalah diakui hanya Piala Sumbangsih itu sahaja yang berjaya dimenangi Perak. Dalam tempoh itu juga berlaku banyak perkara seperti Raja Nazrin Shah melepaskan jawatan sebagai presiden PFA, diikuti pula perletakkan jawatan mengejut Datuk Zahid Hamidi dan kesan yang paling ketara adalah perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang membawa kepada masalah kewangan yang kronik kerana pembayaran gaji pemain,jurulatih dan pegawai pasukan selama ini dibiayai Kerajaan negeri yang lama. Ini adalah tempoh yang sukar kepada pemain dan jurulatih yang bergantung rezeki daripada bolasepak. Pengurusan tertinggi Perak FA perlu mencari sumber kewangan yang baru dengan kadar segera untuk mengelak pemain-pemain Perak yang berkualiti dari dipancing pasukan lain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. matahari_terbit

    apa yang teman dapat tahu, steve sebenarnya yang telah banyak mengeluarkan wang sendiri untuk menampung wang perbelanjaan persatuan. mungkin dengan cara itu persatuan menyambung kontrak steve.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. YB

    [quote comment="3514"]Tentang 3 nama yang dicadangkan itu, pastikan mereka sanggup mengendalikan pasukan dengan tanpa bayaran gaji yang mengikut jadual. [/quote]

    Masalah gaji di Perak FA bukan sahaja melibatkan pemain dan jurulatih di liga super, malah masalah ini melibatkan semua individu termasuk pemain, kerani, setiausaha, akauntan, tukang kebun dan tukang cuci jamban.

    3 individu ini juga termasuk dalam senarai yang tidak menerima gaji sejak 3 bulan lalu. Namun tidak pernah pula mereka menyalak atau melalak di serata akhbar mahupun rangkaian TV untuk menyatakan tentang gaji mereka yang tidak berbayar.

    Apa pun masalah yang terjadi samada baik atau buruk hendaklah diselesaikan melalui rundingan dan perbincangan sesama ahli.

    Steve Darby telah melanggar peraturan Perlembagaan Perak FA - Fasal 27 berkenaan Kenyataan Akhbar dan boleh dikenakan tindakan kerana memalukan Perak FA.

    Mengikut Perlembagaan Perak FA yang dikemaskini pada 12 Jun 2003, tiada satu pun kenyataan atau peraturan yang MEWAJIBKAN kerajaan Negeri Perak memberikan DANA kepada Perak FA.

    Perak FA sebagai satu entiti berdaftar dan mempunyai Presiden serta Ahli Majlis seharusnya memikirkan mekanisma bagaimana untuk membiayai perjalanan Persatuan.

    Namun apa yang berlaku ketika ini "mereka" lebih gemar menjadi "pengemis" untuk mengharapkan bantuan Kerajaan Negeri yang tiada kena mengena dengan permasalahan itu.

    Dalam pada itu kita juga di war-warkan dengan kenyataan seolah-olah kerajaan negeri Perak adalah entiti yang cukup bersalah buat masa ini oleh media arus perdana.

    Tahukah anda berapa juta hutang lapuk Perak FA yang tidak dilangsaikan semenjak dari kerajaan "lama" di Perak?

    Perlembagaan Perak FA

    FASAL 27 - KENYATAAN AKHBAR

    Kecuali untuk siaran biasa Akhbar yang dibuat oleh Presiden atau pegawai yang diizinkan oleh Presiden, tidak ada pegawai pembimbing Persatuan atau pengadil atau mana-mana Ahli atau Ahli Bersekutu atau pemain yang berdaftar atau bekerja dengan mana-mana Ahli atau Ahli Bersekutu yang boleh melainkan jika diizinkan oleh Majlis, menyumbangkan apa-apa rencana tentang urusan atau hal ehwal Persatuan, menyuarakan kilanan yang andaikan atau yang benar atau menulis kritik yang memusuhi Persatuan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. YB

    [quote comment="3521"]apa yang teman dapat tahu, steve sebenarnya yang telah banyak mengeluarkan wang sendiri untuk menampung wang perbelanjaan persatuan. mungkin dengan cara itu persatuan menyambung kontrak steve.[/quote]

    Semua wang yang dikeluarkan oleh beliau telah pun dilangsaikan oleh Perak FA secepat mungkin. Tiada lagi tunggakan hutang kepada beliau melainkan hanya masalah gaji yang melanda semua ahli Perak FA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. YangIkhlas

    YangIkhlas dan semua pihak sedia maklum bahawa masalah pembayaran gaji di Perak FA melibatkan tunggakkan gaji semua ahli di dalamnya sehingga ada cadangan untuk menjual aset milik Perak FA untuk melunaskan semua tunggakkan gaji dan semua hutang lapuk yang perlu diselesaikan. Tentang 3 nama jurulatih yang dicadangkan itu secara peribadi YangIkhlas berpendapat mereka layak untuk dipilih tetapi sanggupkah mereka ini secara berterusan berkhidmat tanpa gaji yang dibayar mengikut jadual? Steve Darby sebagai Ketua Jurulatih merangkap pengurus pasukan juga pastinya tidak dapat menahan diri dari membuat kenyataan akhbar. Apalagi setiap hari mendengar rintihan dan keluhan anak buah yang sudak beberapa bulan tidak menerima gaji sepenuhnya. Aduan yang dibuat kepada Pengurusan Perak FA pula tidak disusuli tindakan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah dan hanya berharap semua pihak bersabar aje. Baik juga ada Steve Darby yang sanggup mengeluarkan dahulu duit poket sendiri demi bolasepak "PROFESSIONAL" Perak. Begitu juga dengan Kelab Penyokong Bolasepak Perak yang sanggup membantu demi cinta mereka kepada pasukan bolasepak Perak. Tak payahlah kita nak bercakap berkenaan Perlembagaan dan Fasal terdapat di dalamnya sedangkan kontrak dengan pemain dan jurulatih sendiri pun tidak dapat dipenuhi seperti yang telah dipersetujui bersama. Sepatutnya para pemain dan kakitangan Perak FA sudah boleh mula menyalak dan melalak kat Pejabat Tenaga Rakyat atau mengadu kepada FIFA sendiri. YangIkhlas amat-amat bersetuju sangat-sangat bahawa Perak FA sebagai satu entiti berdaftar perlu mencari sumber pendapatannya sendiri. Namun kita perlu ingat bahawa Perak FA terletak di bawah MSN Perak. Sekarang Perak FA tidak ada wang. Bagaiman keadaannya jika Perak FA adalah sebuah Persatuan yang mempunyai berjuta-juta RM di dalam akaunnya. Sudah pasti semua pihak akan berbaris, berebut-rebut untuk cuba mengambil-alih Perak FA temasuk Kerajaan Negeri atau proksi Kerajaan atas alasan di bawah bidang kuasa mereka iaitu MSN Perak. Kita tidak menyalahkan Kerajaan 'Baru' atau mengatakan Kerajaan 'Lama' itu baik. Adalah lebih baik Kerajaan Negeri hanya menjadi pemain sokongan iaitu setiap penaja yang berminat menyumbang tajaan kepada Perak FA menerima sokongan Kerajaan Negeri seperti pengecualian cukai atau keistimewaan tertentu. Tentang kaedah pemasaran mencari penaja, ianya terdapat dalam tulisan sebelum ini. Adalah menjadi harapan dalam era bolasepak yang dikatakan Professional ini masalah kewangan seperti ini tidak akan berlaku lagi.Ini juga adalah sejajar dengan hasrat FIFA dan FAM untuk melihat industri bolasepak di Malaysia ini akan terus berkembang maju dalam ertikata PROFESSIONAL yang sebenarnya.

    komen admin:
    Banyak kenyataan anda bercanggah dengan maklumat sebenar yang sepatutnya. Oleh itu kami menasihatkan anda supaya tidak memanjangkan perkara ini. Komen ini sengaja disiarkan untuk menghargai penat lelah anda menghantar komentar secara beretika walaupun banyak maklumat yang anda terima hanya berdasarkan kenyataan di dalam akhbar. Banyak masalah sedang dan akan diselesaikan oleh Kerajaan Negeri sebelum berakhir bulan ini. Oleh itu tidak relevan bagi kita untuk membincangkan masalah ini secara berterusan memandangkan khidmat Steve Darby tidak lagi disambung.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.