Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (review)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Perlawanan akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Shah Alam malam ini untuk menentang pasukan tuan rumah Selangor. Perak dijangka tidak menurunkan Ahmad Fakri Saarani yang menyertai skuad senior pada perlawanan terakhir kumpulan C, Sabtu ini menentang My Team di Kelana Jaya.

Dua pemain dari skuad senior yang akan diturunkan malam nanti ialah Noor Hazrul dan Wan Abu Yazid. Beliau (Wan Abu Yazid) turut diberi tanggungjawab sebagai ketua pasukan selepas ketiadaan Arif Fazlie yang menjalani penggantungan dua kad kuning.

Wakil seladang.net berkesempatan bertemu para pemain dan jurulatih Perak yang menjalani latihan di Stadium Shah Alam petang semalam turut melaporkan bahawa sesi latihan berjalan lancar serta pemain cukup komited menjelang pertemuan malam ini.

Perak dijangka menurunkan gandingan penyerang berbisa mereka iaitu Mohd Termizi Abdul Rahman dan Shahrizal Mohd Saad di samping kembalinya penjaga gol utama Kamarul Effandy yang selesai menjalani penggantungan dua kad kuning tempohari.

Ketika ditanya harapan menjelang pertemuan dengan Selangor oleh wakil seladang.net, ketua jurulatih Chong Yee Fat berkata, “Saya berharap mereka akan bermain berhabis-habisan untuk membuktikan yang mereka juga ada nilai dan seterusnya membuka mata banyak pihak sekarang. Sekiranya diberi peluang, mereka akan lebih hebat dari skuad senior Kedah dan Terengganu sekarang yang dahulunya berasal dari skuad Presiden juga”

Kenyataan beliau turut disokong oleh pembantunya Abu Bakar Fadzim, “Walaupun dibelenggu masalah gaji, kesungguhan pemain ketika ini harus dipuji. Saya turut memaklumkan kepada pemain agar bermain bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan serta mencari tempat dalam karier bolasepak di masa hadapan”.

“Ada khabar angin yang didengar bahawa tiada lagi kejohanan Piala Belia dan Piala Presiden mulai musim hadapan. Hanya kejohanan bawah 20 tahun sahaja yang dipertandingkan dan ini mungkin pentas terakhir buat kebanyakan dari mereka sebelum diserapkan ke dalam pasukan senior atau pasukan bawah 20 tahun nanti.”

“Yang paling menyedihkan apabila mereka (pemain) menerima surat “tamat khidmat” sekiranya tidak dipilih ke skuad senior dan tidak layak pula menyertai kejohanan bawah 20 tahun kerana faktor usia.” keluh Abu Bakar Fadzim kepada wakil seladang.net.

Pihak seladang.net mengharapkan supaya para penyokong bolasepak Perak dapat hadir beramai-ramai pada perlawanan tersebut untuk memberikan sokongan moral kepada para pemain skuad Presiden Perak malam nanti.

Buat pertama kali juga, pihak seladang.net akan memasang kain rentang/banner halaman ini pada perlawanan tersebut untuk menyatakan sokongan kepada mereka disamping menjadi “petunjuk” kepada ahli-ahli seladang.net yang lain berkumpul bersama kelak.

Pihak kami turut ingin menganjurkan sesi bergambar beramai-ramai bersama pemain dan jurulatih skuad Presiden selepas perlawanan tersebut bersama ahli-ahli di seladang.net tanpa mengira samada pasukan Perak berjaya menjulang kejuaraan atau tidak.

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (review)

  1. yong85

    mlm ni adalah kemuncak utk segala keringat pemain.yong doakan player muda ni akan berjaya.yong juga akan turun utk menyokong pskn.bukan mudah utk sampai ke tahap ni jadi yong harap player akan bersungguh.cuma andai benar ape yg ditulis mengenai "tamat khidmat pemain",bagi yong itu tak adil.tak adil dari segi ape,semua teman boleh fikir sendiri sbb kalo ulang benda yg sama pun jadi tak sedap.so apepun good luck...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Teman mendoakan kejayaan buat pasukan piala presiden perak malam ini. Semoga boleh melakukan yang terbaik untuk pasukan perak dan dapat mengekalkan kejuraan musim yang lepas. Walaupun pasukan perak dihimpit dengan masalah kewangan, namun semangat juang yang ditunjukkan oleh para pemain sungguh membanggakan. All the best perak..
    Kejor Yeop Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobscoryob

    Buat skuad seladang piala presiden...

    semoga berjaya meraih kejuaraan kali ini...!
    walaupun tidak hadir malam ini untuk bersama-sama menyokong pasukan perak...tapi kami akan selalu mendoakan kejayaan buat PERAK!

    skor yob skor...!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Transaevo...

    Dari sudut pandangan Trans,pasukan Perak mempunyai peluang yang sangat cerah utk menjulang Piala Presiden...Walaupun pihak lawan memiliki sedikit kekuatan namun tidak cukup tenaga utk menumpaskan pasukan Perak jika kita ikuti rentetan perjalanan kedua-dua pasukan sebelum melangkah ke final...

    Namun ketiadaan Fakri akan banyak mempengaruhi corak persembahan pasukan Perak & sedikit sebanyak menjejaskan peluang mencipta jaringan...susuk fizikal yang tinggi & sasa namun berupaya memecut laju serta faktor pengalaman di padang membuatkan kehadiran Fakri dlm pasukan Presiden Perak satu advantage besar...Trans suka cara permainan Fakri yg confident & selalu membuat pergerakan serta hantaran mengelirukan pertahanan lawan...bila bersaing utk mendptkan bola,susuk badannya yg tegap serta larian yg baik membuatkannya sukar dikekang lawan..pengalaman yg luas juga banyak membantu beliau membuat keputusan bijak ketika di padang...apakan daya Fakri terpaksa bermain utk pasukan Liga Super Perak utk perlawanan yg dijadualkan sehari selepas Final Piala Presiden...Liga Super pula akan selalunya diberi prioriti kerana ia merupakan satu titik ukur kebolehan & kemampuan sesebuah kelab bolasepak di Malaysia...

    walaupun terdapat sedikit kekurangan advantage pada pasukan Perak namun banyak lagi pemain muda lain yg kian menyerlah...Trans masih mempunyai keyakinan yg tinggi bahawasanya Pasukan Perak bakal sekali lagi menjulang Piala Presiden kali ini...Marilah beramai-ramai memberi sokongan di Stadium Shah Alam malam ini...Trans pun akan turut hadir..masuk percuma,tak kene bayar pun...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. kia_dgreat

    salam.....kepada pemain2 skuad piala presiden...saya sebagai wakil seluruh penyokong pasukan yob sentiasa mendoakan...kejayaan...pasukan kita.....menang kalah, bukan ukuran..lagi sekarang.yang penting kita seluruh warga darul ridzuan telah berjaya membuktikan kesetiaan walaupun dibelenggu masalah gaji. kita harus berbangga kita telah jauh sehingga kini melangkah. terus melangkah kerana kita adalah warga yang sejati. malam ini kiter akan cuba buktikan..kita boleh melangkah sejauh mungkin.kejayaan anda semua kebanggaan kami..dan doa kami mengiringi anda. yob selamanyer...insyaallah kita akan menjulang kejuaraan lagi musim ini....amin.....ayuh tumporkan dinding itu.......

    p/s admin ader lintas lansung tak???teman harap ader la..sebab teman jauh benor kat johor ni ha...tak sempat nak ke shah alam.

    komen admin: Lintas lansung masih 50/50 lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Saya amat berbangga dengan anak-anak muda perak ni. Tahniah kepada jurulatih dan pengurus. Selain melatih mereka secara fizikal dan mental, saya yakin jurulatih ada menerapkan ilmu-ilmu spiritual yang dapat membentuk jiwa anak-anak muda ini.

    Adalah sukar untuk menaikkan semangat dan moral dalam keadaan yang bermasalah ketika ini. Pada saya ini adalah kejayaan jurulatih. Kekalkan. Saya kagum dengan perkembangan ini. Tinggal lagi kita. Kita perlu sentiasa berada dibelakang agar mereka tidak merasa tenaga dan bakti yang dicurahkan tidak sia-sia.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Semoga berjaya malam ini. Setelah berusaha dengan bermain bersungguh-sungguh untuk sampai ke tahap ini diharapkan agar pemain tidak melepaskan peluang untuk mengekalkan kejuaraan di bumi Darul Ridzuan ini. Apa keputusan sekalipun, jutaan ucapan tahniah seharusnya diberikan kepada skuad Piala Presiden 2008 ini kerana disebalik masalah kewangan yang dihadapi Perak FA mereka masih berupaya untuk ke perlawanan akhir buat tahun kedua berturut-turut. Dikhabarkan Menteri Besar Perak, Dato Seri Nizar akan turun untuk menyaksikan perlawanan akhir ini. Semoga ianya akan menjadi titik permulaan untuk Kerajaan Negeri turut serta mencari jalan penyelesaian krisis kewangan Perak FA. Sukan dan politik hendaknya jangan dicampur-adukkan untuk kebaikan semua pihak. Selamat berjuang dan semoga berjaya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. webmaster Post author

    Lokasi kain rentang/banner adalah sekitar tempat duduk Grandstand (pentas utama) bersebelahan dengan tempat duduk wakil MEDIA (bangku oren).

    Pihak seladang.net meletakkan 2 orang "penyambut tetamu" iaitu saudara miez3 dan syidi_black dibawah kain rentang/banner tersebut dengan kedua-dua mereka memakai baju jersi Perak versi AFC Cup 2008.

    Anda dijemput untuk memperkenalkan diri kepada mereka berdua yang mewakili pihak seladang.net untuk berkenal-kenalan dan seterusnya menyaksikan perlawanan tersebut.

    Nota: Minuman air mineral percuma akan disediakan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. meor19

    TAHNIAH Seladang.net dah memiliki banner sekarang... Harap-harap selepas ini pihak admin akan membikin t-shirt pulak... pastinya ramai yang nak beli...

    Buat adik-adik Piala Presiden - > juara atau tidak terpulang kepada diri anda...

    Buat miez3 -> sorak untuk aku sekali weh... hehe...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. nemophat86

    salam..
    dah lama teman tak tulis kat sini...anyway nak ucap tahniah buat seladang.net kerana telah berjaya membawa segala berita terkini mengenai kedudukan terkini masalah yang dihadapi oleh PAFA.Teman tetap menyokong segala perkara yang Seladang.net lakukan untuk memartabatkan skuad YOP ini..Sebagai anak jati Perak teman tetap menyokong apa yang MB kata iaitu bola sepak perak adalah entiti bagi negeri Perak Darul Ridzuan..Teman berharap Seladang.net dapat mengilhamkan sebuah lagu yang menaik semangat penyokong YOP dan Pemain seperti negeri Kedah yang popular dengan lagu "Kedah,Kedah Pantang Kalah,walau sakit jantung dan rebah bangun langkah semula gagah lalu bujur melintang patah" kalu teman salah minta maaf dengan lagu ini.Teman yakin juga Perak akan melangkah ke final Piala Malaysia dan Piala AFC..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.