Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (result)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM

Selangor 1 – 0 Perak

Jaringan tunggal Safiq Rahim pada minit ke 41 permainan melalui satu tandukan hasil hantaran lintang sudah cukup untuk pasukan Selangor menjuarai Piala Presiden musim 2008 di Stadium Shah Alam menewaskan juara bertahan musim lalu Perak dengan 1 – 0.

Hadiah utama sebuah trofi dan hadiah wang tunai bernilai RM 100 ribu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pasukan Selangor selaku juara manakala Perak pula menerima hadiah wang tunai bernilai RM 50 ribu sebagai naib juara.

Penonton yang hadir dianggarkan kira-kira 3000 orang dengan pasukan Perak bermula garang apabila kerap menyerang namun gerakan yang tidak tersusun dari para pemain tengah menyukarkan barisan hadapan untuk menghasilkan sebarang gol.

Ada juga beberapa penonton yang kami ajukan soalan tentang kekalahan ini menjawab semuanya bertitik tolak dari jurulatih skuad senior iaitu Steve Darby. Menurut mereka “kepincangan minda” Steve Darby yang tidak membenarkan Ahmad Fakri bermain dalam saingan akhir Piala Presiden adalah punca utama masalah ini.

Skuad senior Perak sebenarnya tidak memerlukan sebarang kemenangan mahupun seri pada saingan terakhir Piala Malaysia menentang My Team di Kelana Jaya kerana sudah pun layak secara merit berdasarkan kutipan mata yang diterima sehingga kini.

Apalah salahnya jika membenarkan Ahmad Fakri bermain untuk skuad Presiden dan memungkinkan pasukan berjaya mempertahankan kejuaraan serta menambah kantung PAFA kepada jumlah hadiah wang tunai yang lebih banyak.

Jurulatih skuad Presiden, Chong Yee Fat berkata bahawa kesilapan pasukan Perak adalah kerana gagal menjaringkan gol walaupun berpeluang manakala pasukan Selangor pula berjaya menterjemahkan peluang yang ada kepada jaringan yang menjadikan mereka juara.

Walau apapun alasan yang diberi tidak memungkinkan perlawanan tersebut di ulang kembali. Oleh itu pihak kami berharap Persatuan Bolasepak Malaysia dapat melunaskan bayaran hadiah wang tunai sebanyak RM 50 ribu itu secepat mungkin.

Dan kepada Dato’ Muhammad Muhiyuddin sila bahagikan hadiah wang kemenangan itu kepada para pemain skuad tersebut dan bukannya wang itu “ghaib” begitu sahaja seperti mana yang terjadi kepada hadiah kemenangan Anugerah Sukan Negeri Perak 2007.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak – Final (result)

  1. yong85

    tak kisah la yob janji anda semua pemenang di hati penyokong.nak sampai tahap final pun bukan senang so tahniah juga buat pemain & semua yg terlibat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Aduh la...sedih gak semalam sebab kalah...takpe la mungkin tak de rezeki kita musim ni....kpd pemain2 jgn la bersedih lagi...cuba lagi tahun depan....kome semua boleh main tapi kena "touch up" lagi la....apapun teman sokong jugak kata-kata penyokong Perak tu....sepatutnya Steve Darby lepaskan Fakri utk bermain semlm...perlawanan dgn My Team hanya sebagai pelengkap jadual....
    Nasi dah jadi bubur....tak guna le kita bercakap lagi...naib juara pun dapat le duit sikit....boleh le back up mana yg patut...
    Tabahkan semangat...skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. riezer

    selangor memang layak menang piala presiden. lagipun selangor menang dua kali mengalahkan perak dalam perlawanan peringkat awal. selangor memang hebat.....hidup gergasi merah kuning!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Walaupun hanya bergelar naib juara, sekalung tahniah diucapkan kerana telah berjaya hingga ke final tahun ini walaupun dalam keadaan serba-serbi kekurangan. Tindakan Steve Darby tidak melepaskan Ahmad Fakri tidak sepatutnya dipertikaikan kerana Ahmad Fakri pun bermain untuk skuad Piala Presiden Perak hanya selepas tugasan beliau bersama Harimau Muda berakhir di Liga Perdana. Lagipun perlawanan menentang Myteam juga adalah penting kerana kekalahan akan menyaksikan Perak bertemu Kedah di suku akhir walaupun akhirnya kita kalah juga. Tak perlu kita menuding jari atas kekecewaan yang kita alami. Bolasepak adalah permainan berpasukan bukannya individu. Semua pihak amat memerlukan seseorang pemain itu, seperti apabila pasukan Liga Super Perak memerlukan khidmat Ahmad Fakri tetapi atas nama PATRIOTIK kononnya, Perak terpaksa juga melepaskan beliau untuk bermain di Liga Perdana dan bukannya Liga Super yang terbukti ada perbezaan mutu dan prestasi pasukan. SKOR YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Transaevo...

    First of all Trans tak sangka ramai juga penyokong Perak yang hadir menyaksikan perlawanan Final Piala Presiden walaupun ianya dilangsungkan di Shah Alam...Trans tak expect persembahan skuad Presiden Perak akan setaraf skuad senior...you guys played well...formation is somehow everywhere but you'll develope these tactical & technical skills through ur experience...good luck..!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Tahniah la jugak sebab sampai ke tahap ni. Bukan senang. Segalanya bagai tidak menjadi buat Perak. Itu lah bola sepak. Bukan rezeki kita la.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    teman tidak kecewa atas kekalahan ini,sebab teman lihat sendiri corak permainan mereka cukup hebat, memang tidak dinafikan ada beberapa kesilapan yang tidak sepatut dilakukan. apa apapun tahniah

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.