Piala Belia | Kelantan vs SSBJ | Final (result)

Piala Belia 07/2008
Ahad 10 Ogos 2008
Stadium Sultan Mohd Ke-IV
4:45PM

Kelantan 3 – 1 SSBJ

Kelantan menjuarai kejohanan terakhir Piala Belia petang tadi apabila menewaskan pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 3 – 1 pada masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan 1 – 1 pada 90 minit masa permainan sebenar.

Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh Muhd Farhan Yaakub pada minit ke 9 sebelum Saiful Ridzuan menyamakan kedudukan pada minit ke 60 separuh masa kedua. Pada masa tambahan pula, Mohd Zulhariz meletakkan Kelantan di depan pada minit ke 91 dan Hazeman Abdul Karim menjaringkan gol ketiga pasukan pada minit ke 114.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Piala Belia | Kelantan vs SSBJ | Final (result)

  1. YangIkhlas

    Syabas dan tahniah kepada belia Kelantan. Semoga akan ada pemain dari Belia Kelantan ini yang akan menjadi bintang pasukan Kebangsaan kita suatu hari nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.