Perak FA | RM 50,000 – Meneka Dalam Kesamaran?

“Tiada ku temui, jawapan mu yang pasti, yang memberi ketenangan diri”

Bait lagu diatas adalah sebahagian dari lagu nyanyian Ibnor Riza bertajuk “Meneka Dalam Kesamaran” yang popular suatu masa dahulu namun bukan bait-bait lagu yang mahu dinyanyikan oleh penulis pada artikel kali ini.

Seperti yang umum ketahui pada 1 Ogos 2008 yang lalu, pasukan Presiden Perak telah menjadi naib juara selepas tewas kepada Selangor, 1 – 0 pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Sebagai naib juara Piala Presiden, pasukan Perak turut merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 dan pasukan Selangor menerima RM 100,000 sebagai ganjaran menjuarai Piala Presiden.

Seperti yang pernah berlaku pada artikel sebelum ini iaitu Perak FA | RM 5000 – Mana Hadiah Kami?, isu yang serupa berlaku lagi kali ini apabila hadiah wang tunai tersebut khabarnya tidak kunjung jelma. 

Kami difahamkan skuad presiden Selangor sudah pun mengagihkan hadiah wang kemenangan tersebut kepada sesama pemain mereka manakala pemain skuad presiden Perak masih lagi “Meneka Dalam Kesamaran”.

“Sudahlah tidak bergaji, hadiah wang kami turut “terperam” tanpa khabar berita, rintih salah seorang pemain skuad Presiden yang menghubungi penulis baru-baru ini. Kami bermain sebaik mungkin walaupun tidak bergaji, tergamak mereka tidak mengendahkan nasib kami sehingga hari ini”

“Bukan itu saja, malah kontrak kami juga masih menjadi tanda tanya samada akan disambung atau bakal dilepaskan pada musim yang akan datang. Kami perlukan kepastian untuk memikirkan hala tuju selepas ini, bukan hanya menanti dan terus menanti buah yang tidak gugur” keluhnya lagi. 

“Saya mewakili rakan-rakan yang lain berharap Pemangku Presiden, Dato’ Muhammad Muhiyuddin dapat bertemu pemain untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit ini. Kami sangat berharap Dato’ tidak terus-terusan mendiamkan diri kerana ianya tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah” jelas pemain itu mengakhiri perbualan tersebut.

Penulis secara peribadi berpendapat bahawa Pemangku Presiden, Dato’ Muhammad Muhiyuddin gagal menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan dalam menguruskan Pasukan Bolasepak Perak.

Beliau sewajarnya melepaskan jawatan yang disandangnya kepada orang lain yang lebih berwibawa seperti Menteri Besar Perak demi kemajuan dan masa depan bolasepak Perak.

“Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama”

Berundurlah sementara masih diingati sebelum kita terpinggir dan dilupai.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Perak FA | RM 50,000 – Meneka Dalam Kesamaran?

  1. syidi_black

    Saya amat kesal dengan apa yang berlaku. Asalkan duit memang akan timbul masalah. Apa semuanya ini? Sanggup memakan hasil titik peluh orang lain? Hak tetap hak. Jangan berselindung disebalik lalang yang sehelai. Memang senang kita hendak mengesan punca ini berlaku.

    Digesa kepada manusia yang juga Khalifah dimuka bumi ini yang diberi tanggungjawab untuk perkara ini jangan suka bermain teka-teki. Selesaikan masalah ini segera. Bagi hak anak-anak muda yang telah bersusah payah untuk ke Final.

    Janganlah diulangi perkara yang berlaku dulu. Semua penyokong Perak sudah mula rasa bosan dengan masalah yang melibatkab 'DUIT'. Jadi 'fobia' yang terlampau, Tolonglah.

    Untuk anak-anak muda Piala Presiden, tuntut hak anda, dan lakukan sesuatu yang bijaksana untuk selesaikan masalah ini. Sekian.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. -ayang-

    Isu duit dalam PAFA ni macam dah lama berlarutan. Macam tak berkesudahan. Sedih bila dengar isu yang sama berulang-ulang. Kenapa boleh berlaku kita kat luar ni memang tak tahu. Harap-harap PAFA boleh bagi penjelasan yg konkrit. Kesian kat bebudak ni yang bermati-matian bermain & spend masa pergi training.

    Kalau nak ikutkan, ape-ape penjelasan pun tak boleh diberikan sebab duit tu memang dah hak mereka Nasihat ayg utk budak-budak ni, kalaupun nak tuntut duit tu, pastikan guna 'channel' yang betul. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Diplomasi bagai menarik benang dalam tepung. Benang jangan terputus & tepung pun jangan berselerak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    perkataan duit & pasukan perak ibarat tak dapat dipisahkan..yong rase bukan yong saje malah semua ahli seladang.net mahupun penyokong yg lain sudah malas bila bicara soal wang.tanggungjawab adalah amanah dari allah bagi mereka yg dipilih seandainya mereka gagal dlm menyempurnakan tanggungjawab itu bermakna berdosa sbb kegagalan itu telah menganiaya org lain.buat semua pemain bersabar baik junior mahupun senior.kita pula sbg tulang kecil dibelakang pasukan harus sentiasa bersama tanpa berpaling tadah,yong harap yg berwajib laksanakan hak mereka.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Kita tunggu dan lihat bila hadiah kemenangan sebagai naib juara Piala Presiden tu akan sampai ke tangan pemain dan pegawai pasukan. Kepada Perak FA tak perlu disimpan duit tu lama-lama. Bukannya apa...takut duit tu habis begitu aje. Yang terus merana dan kecewa adalah pemain yang telah bertungkus-lumus bermain tanpa gaji dan apa-apa elaun. Hilang minat mereka nanti untuk terus berbakti dengan pasukan Seladang. Pegawai Perak FA ni kenalah IKHLAS dan JUJUR dalam memikul tanggungjawab. Barulah selamat dunia dan akhirat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Transaevo...

    Trans terkenang kembali suasana yang sangat emosi di kalangan pemain ketika kecundang di final piala Presiden..I can feel that they've strive themselves to the best...tak patut jika hak mereka tak diberikan..kita selalu nak mereka berikan yang terbaik & mereka pun sepatutnya dapat balasan yang terbaik..i have a feeling that this money will vanished like happened before...so disappointing...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    apa yang teman tahu fam masih lagi tidak menyerahkan wang kemenangan skuad presiden perak,malah duit untuk skuad utama pun masih lagi jadi tanda tanya. apakah ini masalah yang tidak mampu dipikul oleh pemangku presiden dan bendahari iaitu dato dan yb khairi.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Takkan le lama benor duitnya tak dapat2...bior betui sikit...Inilah dia kalau dah rasa selesa sangat kat atas tu..harap2 jangan le sampai terlupa diri dan tidak memandang ke belakang langsung..besok2 elok je duduk senang lenang lama2 besok tersandung kaki dan tersembam..baru tau..

    Kepada pemain2 Piala Presiden,teman nak bagi nasihat kome sabor je le..sikit je lagi...mana tau nasib kome baik kalau dah sampai seru orang baru ambik alih mungkin nasib kome lebih baik dari sekarang...bersusah2 dulu senang2 kemudian...Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sylvershop

    macam-macam alasan timbul dari pihak pengurusan bila tiba bab duit. yang menjadi tanda tanya sampai sekarang kenapa tak dilaporkan sahaja ke pihak berkuasa. kalau rasa ada penyelewengan duit berlaku, laporkan terus, tak perlu merintih kerana akhirnya diri yang merana Teman ada terbaca kat akhbar tempatan dulu, ramai persatuan bolasepak negeri tak bayar EPF termasuklah Perak, tapi bukan musim ni sahaja, sejak 2-3 musim dulu. Tidak pelikkah anda mana duit itu menghilang?? Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. bolanaga

    Komen anda tidak disiarkan bukan kerana isi kandungannya tetapi kerana terlalu banyak singkatan ala SMS. Sila baca artikel ini Info | 9 Rules at seladang.net sebelum membuat sebarang komentar. Kami hargai komentar anda namun peraturan perlu dipatuhi dengan sebaik-baiknya.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.