Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008

Pasukan Kedah bukan sahaja berjaya merangkul 3 piala musim ini malah turut menyapu bersih 7 Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008 yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama penaja 100 Plus yang diumumkan semalam.

Sebanyak 3 anugerah baru yang tidak termasuk dalam undian awal turut diumumkan iaitu Pemain Paling Bernilai yang dimenangi oleh Helmi Eliza Elias, Kelab Penyokong Terbaik dimenangi pasukan Perak dan Persatuan Bolasepak Terbaik untuk Negeri Sembilan.

Keputusan Undian Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008:

Penjaga Gol:
Helmi Eliza Elias (Kedah)

Pertahanan:
Victor Andrag (Kedah)

Pemain Tengah:
Khyril Muhymeen (Kedah)

Penyerang:
Liew Kit Kong (Kuala Muda)

Pemain Import:
Marlon Alex James (Kedah)

Jurulatih:
Azraai Khor (Kedah)

Pemain Harapan Terbaik:
Fadly Baharom (Kedah)

Pemain Paling Bernilai:
Helmi Eliza Elias (Kedah)

Kelab Penyokong Terbaik:
Perak

Persatuan Bolasepak Terbaik:
Negeri Sembilan

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Keputusan Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2008

  1. arewie

    Tahniah kepada penyokong-penyokong Perak kerana telah dinobatkan selaku kelab penyokong terbaik. Dari apa yang aku perhatikan, penyokong perak begitu proaktif dalam membantu meningkatkan mutu bola sepak Perak. Cuma nasib sahaja yang tidak menyebelahi Pasukan anda. melalui seladang.net juga aku dapati komen-komen yang diberi juga lebih kepada positif serta tidak merendah-rendahkan pasukan lain. berbanding website penyokong beberapa negeri yang aku lawati penuh dengan cacian serta makian terhadap pasukan lain. sekali lagi tahniah diucapkan kepada penyokong setia Perak. Anda memang berhak mendapatnya.

    ...................pulun Kedah pulun!!........................................

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Transaevo...

    Walaupun satu anugerah jer yang dimenangi Perak namun Trans amat bangga sebab anugerah ni memberi kredit utk penyokong Perak..rasa bangga sangat jadi penyokong Perak..Tahniah buat pemain-pemain Kedah yang mendapat penganugerahan 100 plus ni..they really deserve it..harap-harap pemain-pemain lain akan berusaha lebih gigih musim depan utk anugerah ni & juga menaikkan lagi darjat bolasepak tempatan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. YangIkhlas

    Tahniah kepada semua pemenang. Kepada pemain-pemain yang diikitiraf sebagai polular semoga dapat meneruskan kepopularan saudara dengan menjadi antara pemain yang dapat meningkatkan pretasi dan mutu pasukan kebangsaan kita pula. Setelah berjaya membawa kejayaan gilang-gemilang kepada pasukan Kedah, menjadi tuntutan kami seluruh rakyat Malaysia untuk saudara semua membawa pasukan 'harimau' Malaysia pula untuk kembali mengancam di peringkat antarabangsa. Jangan hanya jadi jaguh di kampung tetapi jadilah pula sebagai jaguh bolasepak antarabangsa. Mungkin suku akhir Piala AFC pertengahan September ini boleh menjadi titik permulaan. Semoga terus berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    TAHNIAH, TAHNIAH!! Penyokong Perak memang layak mendapat anugerah berkenaan. Untuk arewie, sememangnya Penyokong Perak terutamanya Seladang.net telah menunjukkan sikap Profesional yang patut dicontohi oleh kelab penyokong negeri lain. Ini dibuktikan dengan memberi komen-komen yang bernas dan membina. Tiada gunanya menghina dan mencaci pasukan lawan kerana ianya hanya akan menimbulkan rasa kurang senang 'jiran tetangga' kita.

    Saya yakin, dengan sikap yang profesional para penyokong, sekurang-kurangnya kita akan menyumbang sedikit sebanyak kemajuan bola sepak tempatan.

    Untuk Kedah, tahniah kerana majoriti anugerah dimonopoli oleh pemain mereka yang sememangnya layak memperolehi anugerah berkenaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. -adik-

    wah,banyaknya anugerah yang dimenangi player kedah..!tak hairan la kedah buleh menang besar tahun ni sebab ramai player yang bagus kat dalam team diaorang...tapi yang paling gempak kelab penyokong terbaik tu dimenangi perak la...adik yakin anugerah yang ni akan lebih membakar semangat penyokong perak utk support pasukan kesayangan kita ni kan...tahniah buat player kedah yang menang anugerah tu...korang memang dah banyak buat jasa kat pasukan korang sampai jadi sebegini gah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matahari_terbit

    walaupun tiada seorang pun dari pasukan perak menang undian namun tetap bangga jadi anak perak kerana kita masih lagi memiliki penyokong yang terbaik. syukur kepada allah yang mencipta kita dan memberi kerahmatan yang tiada ternilai.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. lee_dado

    Tahniah Perak

    Walaupun hampa di saingan Suku Akhir dengan Juara Piala Malaysia edisi 2008, namun para penyokong Perak harus berbangga dengan Anugerah yg diberikan FAM kpd Kelab Penyokong Terbaik 2 tahun berturut-turut.

    Walaupun saudara YB ada mengatakan Perak tidak layak, namun perkiraan tersebut adalah berdasarkan beberapa faktor sebenarnya kerana ia bukan sahaja faktor tertinggi kutipan tiket seperti mana Pasukan Kedah musim lepas dan kini. Kedah memang mempunyai kutipan tiket yg amat membanggakan tapi faktor itu saja tidak mampu menobatkan Kelab Penyokong Kedah yg terbaik.

    Kelab Penyokong Terbaik dinilai atas faktor Organisasi Kelab itu sendiri serta objektif mereka, Aktiviti Kelab bersama Persatuan Bola Sepak Negeri, Peminat / Penyokong serta peranan mereka membantu dalam industri bola sepak negara bersama media cetak, elektronik dan sebagainya. Penilaian tersebut dibuat oleh FAM bukan terletak pada undian dalam laman web FAM tajaan 100 PLUS sepertimana kesemua pemain Kedah serta Jurulatih membolot hadian tersebut.

    Tahniah sekali lagi dan semoga musim hadapan kita sebagai Kelab Penyokong masing-masing memberikan peranan efektif dalam membangunkan Industri Bola Sepak Negara. Perkataan Industri ini mungkin agak keterlaluan bagi saya kerana ia seolah-olah menggambarkan negara kita menjadikan ianya sebagai satu perniagaan. Namun FAM itu sendiri yg gagal dalam menjadikannya sebagai satu industri dalam menempuh musim yg mencabar musim hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam..teman pun nak tumpang ucapkan tahniah kepada para penyokong Perak kerana telah dianugerahkan Kelab Penyokong Terbaik buat kali kedua berturut2...biarpun pasukan kita tidak memenangi apa2 gelaran musim ini namun hati terubat jua bila mendapat perkhabaran gembira sebegini biarpun di saat2 akhir bolasepak melabuhkan tirai liganya....buat pihak pengurusan pulak,apa lagi yang anda semua mahukan?Kita ada penyokong yang terbaik cuma lagi baik kalau pasukan juga dipersiapkan dengan yang terbaik!Tak begitu semua?

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ayuball

    Alhamdulilah kepada perak walau pn agak slow musim ini tapi kita semua syukur dpt jgk anugerah penyokong terbaik.. perak memang baik pun.... tahniah kedah sebab menang byk. geng2 perak akan support pasukan dari utara..

    skor yop skor.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.