Kem Latihan Bolasepak Kebangsaan – 27 Ogos 2008

Skuad bolasepak kebangsaan akan mengadakan satu sesi latihan bersama yang dikendalikan oleh Mohd Zaki Sheikh Ahmad setelah ketua jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan tidak dapat menghadiri latihan tersebut kerana mempunyai urusan di New York.

Latihan ini adalah persiapan awal bagi menghadapi perlawanan persahatan yang bakal diadakan pada bulan depan di Slovakia serta Pestabola Merdeka dan Kejohanan Piala AFF (Tiger Cup) yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.

Setakat berita ini ditulis pihak kami dimaklumkan hanya 2 pemain dari pasukan Perak terpilih iaitu Hardi Jaafar dan S. Subramaniam manakala Selangor pula membariskan 5 orang pemain iaitu Shukor Adan, Indra Putra, Amirulhadi, Asraruddin Putra dan Safee Sali.

Walaupun menjuarai 3 piala selama dua musim berturut-turut, hanya 3 orang pemain skuad Kedah terpilih untuk menyertai kem latihan kebangsaan ini iaitu penjaga gol utamanya, Helmi Eliza, Khyril Muhymeen dan pemain pertahanan, Shafizan Hashim.

Turut berada dalam senarai ialah pasangan kembar dari Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta dua pemain dari Pahang iaitu Norhafiz Zamani Misbah dan Hairuddin Omar.

Senarai penuh pemain akan menyusul tidak lama lagi.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Kem Latihan Bolasepak Kebangsaan – 27 Ogos 2008

  1. yong85

    tahniah le buat yg terpilih.mungkin bagi yg memilih bahawasanya pemilihan mereka seimbang & itu barisan terkuat mereka.& kalau tak silap yong barisan ini memang skuad sathia & nama mereka tidak akan tercicir setiap kali misi negara.cuma bagi yong mereka harus memikirkan pemain-pemain dari skuad kenari yg baru sahaja memenangi 3 piala musim ini jadi dah terbukti akan kemampuan mereka.tapi hanya 3 sahaja di senaraikan...(tapi yong taklah pandang rendah pada yg ada).yg penting ada juga wakil dari skuad seladang.bhgn striker rasanya panggil liew kit kong pasti gegar sama spt sewaktu sainagn piala aff lwn dgn indonesia..dia mengancam.ape pun yong harap percaturan mereka akan membuahkan hasil & lebih baik sewaktu lwn chelsea.hidup malaya....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    bagi teman hairuddin omar tidak perlu dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan kerana beliau sudah tidak mempunyai bisa seperti dahulu,apa salahnya ambil fadzli baharom dari skuad kedah,dedahkan diri beliau dalam perlawanan antarabangsa. tidakpun serapkan sahaja pemain pemain muda yang berkualiti untuk menghuni di bahagian serangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Ini adalah masa yang sesuai untuk menghimpunkan wira-wira bola sepak tempatan sebagai persiapan awal untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang bakal berlangsung Oktober ini.

    Semoga mereka dapat membentuk keserasian yang jitu dalam menaikkan kembali martabat bola sepak tempatan.

    Kepada Hardi dan Subra, teruskan usaha. Mantapkan prestasi. Yang penting jaga nama baik pasukan Malaysia dan PERAK. Begitu juga dengan Pemain-pemain Malaysia yang lain, tidak ada perkara yang mustahil. Berjuanglah sampai ke titisan darah terakhir.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. lee_dado

    Naib Juara Piala Malaysia ada 5 wakil, Juara Piala Malaysia hanya ada 3 wakil...labu ohh labu... tapi ramai sudah faham sifat FAM serta Coach. acuan tetap sama jugak..

    Antara nama yg masih lagi terlekat pada Coach Sathia dan pembantu dia Hairuddin Omar. Apa kita semua sudah kekurangan striker kah buat masa ini. Ashaari Samsudin, Farizal Rozali, FAderin Kadir apa kurangnya tenaga muda ni berbanding striker Pahang tu...

    Tapi ada bagusnya juga tak pilih pemain Kedah & Perak yg ramai, kerana masa hanya tinggal 2 minggu lagi untuk Kedah serta Perak persiapkan pasukan bagi kempen AFC CUP nanti.

    Untuk coach negara, bukakan lah mata anda kerana negara sebenarnya tidak kurang pemain berbakat melainkan anda berani mencubanya. Kedah bole mengapa FAM pula yg tak boleh. Saya bertindak bukan atas flatform untuk mempromote pemain Kedah namun selain dari Kedah byk lagi yg lebih berlualiti dari yg FAM nampak sekarang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Adalah sudah menjadi tabiat FAM dan jurulatihnya untuk memilih pemain dari kalangan yang menjadi 'pilihan' mereka, bukan 'prestasi' pemain. Apa yang berlaku bukan perkara baru dengan Kedah hanya sebagai contoh terkini. Sarawak dan Sabah yang pernah menjadi juara Liga suatu masa dahulu juga didapati pemainnya seperti tidak layak untuk dipanggil menjalani latihan pasukan Kebangsaan. Jurulatih lebih selesa dengan pemain yang sama walaupun prestasi pasukan yang diwakilli oleh pemain itu tak ke mana pun dalam semua pertandingan. Jika negeri yang diwakilinya pun pemain itu tidak berjaya untuk membawa kejayaan apalagi di peringkat antarabangsa yang jauh lebih pantas temponya. Namun terpulang kepada jurulatih yang berkuasa untuk memilih pemain berkelayakkan pada pandangan matanya untuk menjalani latihan pusat itu. Sendiri pilih sendiri kena tanggung, samada positif atau negatif keputusannya kelak.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.