Kaji Selidik | Posisi Pertahanan

Kaji selidik yang seterusnya adalah untuk mengumpulkan maklum balas dari pengguna seladang.net serta penyokong bolasepak Perak tentang prestasi semasa pemain pertahanan pasukan Perak musim ini.

Anda akan diberikan sehingga 5 pilihan undian dibawah untuk mana-mana pemain pertahanan yang ingin dikekalkan pada musim 2009 berdasarkan prestasi semasa mereka. Anda dibenarkan memilih lebih dari seorang calon pada undian yang dijalankan.


Undian anda mungkin akan mempengaruhi pihak pengurusan terhadap keputusan tersebut.

Pemain pertahanan yang wajar dikekalkan musim 2009?

  • S. Subramaniam (40% Votes)
  • Chan Wing Hoong (10% Votes)
  • Khairi Zainuddin (2% Votes)
  • Arif Fazlie (23% Votes)
  • Azlan Zainal (25% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Nota: Walaupun berdaftar dengan skuad senior, Arif Fazlie tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan. Beliau lebih banyak bermain untuk pasukan Presiden Perak sebagai pemain pertahanan dan ketua pasukan.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Kaji Selidik | Posisi Pertahanan

  1. syidi_black

    Saya memilih semua nama yang di atas. Akan tetapi saya mengharapkan lebih ramai pemain muda diberi peluang untuk beraksi musim 2009 sebagai pertahanan. Ini kerana, pemain muda perlu diberi pendedahan secara langsung untuk memastikan kita memiliki pewaris yang berterusan di masa hadapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Barisan pertahanan adalah antara posisi yang amat ketara kelemahannya musim ini. Pemain di barisan ini perlu mempunyai keupayaan untuk membaca dan menghalang serangan yang diatur pasukan lawan. Dengan barisan pertahanan yang kukuh ianya dapat juga membantu kejayaan pasukan. Subramaniam dan Azlan adalah pertahanan muda yang terbaik dimiliki Perak dan sering kali juga dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan. Namun kemahiran untuk mengelak kecederaan berulang perlu dipelajari untuk manfaat penggunaan tenaga yang maksimum. Untuk itu tahap kecergasan yang melebihi tahap 100% secara konsisten perlu ada pada setiap pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman harap jangan mengharapkan hanya kepada pemain yang ada saja. cungkillah bakat baru dan ketengahkan bakat mereka. contohilah pasukan kedah yang dipenuhkan dengan pemain pemain muda yang benar benar berbakat,jangan asyik pilih kroni sahaja bila bola sepak kita nak hebat dan setaraf dengan negara luar. ingat lah lakukan nya kerana allah bukan hanya kerana nama dan wang sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. meor

    pada hemat teman,khidmat chan dan khairi dah tak lagi relevan untuk kita gunakan pada season depan.bagi peluang pada tenaga-tenaga baru,kita bleh guna 4 defend ni:
    ni pemain yg pada teman bleh diguna pakai,
    subra-nantha-arif-azlan

    bnyak lagi player muda yang kita boleh ketengahkan,pada teman,tak perlu la kita sambung khidmat chan dengan khairi ni lagi...maaf kalo pendapat teman ni kasar,tapi inila yg lahir dari hati teman.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Teman cuma berharap agar pemain2 pertahanan ini sahaja dapat dikekalkan untuk musim depan :-

    1) Subramaniam - kerana beliau telah mempamerkan persembahan yang berkualiti cumanya kurang diturunkan dalam kesebelasan utama musim ini,jadi musim depan harap dapat le diserapkan dlm 1st Eleven.

    2) Arif Fazlie - teman tak berapa ikut sangat pasal dia ni,tapi elok le diberi pendedahan bagi memantapkan pasukan utk masa2 akan datang.

    3) Azlan Zainal - boleh beri peluang lagi kepada beliau untuk buktikan kehebatan biarpun kelihatan tersisih dalam musim ini.Perlu gandakan usaha untuk merebut tempat dalam 1st Eleven.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. yong85

    4 calon di atas jadi pilihan yong sbb 3 dari mereka spt azlan,subra & arif masih muda & masih punya byk peluang.ketiga-tiga mereka juga jika beraksi pun tidak pernah menghampakan.bagi chan wing hoong pula khidmat beliau juga masih boleh memberi sesuatu buat pskn & kehadiran senior juga mampu membantu ketiga-tiga pemain muda ini.so balance....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. amirfsl

    salam semua!walau pun teman jarang dapat melihat para pemain beraksi di padang dan luar padang,namun teman percaya bahawa pasukan perak memerlukan campuran pemain berpengalaman dan pemain-pemain pelapis dalam membentuk pasukan yang mantap pada musim yang akan datang,,berdasarkan cerita yang teman baca di akhbar dan khabar dari kawan-kawan,teman berharap s subramaniam,azlan zainal dan arif fazli dapat dikekalkan.pun demikian,teman berharap agar pihak pengurusan dapat mencari 1 atau 2 lagi pemain pertahanan berwibawa kerana kelibat chan wing hong dan khairi zainuddin kelihatan agak hambar pada musim ini,

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.