Kaji Selidik | Posisi Penyerang

Pihak kami berminat untuk membuat kaji selidik dan seterusnya mengumpulkan maklum balas dari pengguna seladang.net serta penyokong bolasepak Perak tentang prestasi semasa penyerang tempatan pasukan Perak musim ini.

Anda akan diberikan sehingga 3 pilihan undian dibawah untuk mana-mana pemain penyerang yang ingin dikekalkan pada musim 2009 berdasarkan prestasi semasa mereka dan bukannya kerana mereka adalah ahli keluarga ataupun pemain kesayangan anda.


Undian anda mungkin akan mempengaruhi pihak pengurusan terhadap keputusan tersebut.

Pemain penyerang yang wajar dikekalkan musim 2009?

  • Khalid Jamlus (13% Votes)
  • Razali Umar (39% Votes)
  • Fakri Saarani (48% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “Kaji Selidik | Posisi Penyerang

  1. syidi_black

    Pada saya, Razali memiliki ciri-ciri Penyerang yang tersendiri. Beliau dijangka akan menjadi Penyerang berbisa Perak jika diberi peluang beraksi sebagai kesebelasan utama. Ini kerana, beliau memerlukan perdedahan yang berterusan agar beliau dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

    Fakri juga tidak kurang hebatnya. Beliau juga patut dikekalkan dan perlu gigih berlatih agar lebih efektif ketika menghadapi peluang untuk menjaringkan gol.

    Manakala Khalid pula seperti yang kita sedia maklum, beliau sepatutnya memberi peluang kepada pemain muda untuk menerajui jentera serangan Perak agar ianya lebih mantap dan efektif.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    setiap dari 3 pemain yg dicadangkan adalah terbaik buat persatuan & juga mereka punya akan kelebihan masing-masing.bagi yong,razali harus di kekalkan berikutan prestasi beliau yg agak baik walaupun dia sering diletakkan di bangku simpanan.dia masih muda & masih punya masa utk beljar & siapa tahu dia bakal menjadi penyerang terbaik jika di beri peluang.utk fakri pula same spt razali mereka punca peluang kerana masih muda,fakri juga pernah membuktikan kebolehannya dgn mencipta hatrik buat pskn perak dlm satu perlawanan.so tak mustahil....mengenai bekas penyerang kebangsaan & penyerang senior skuad seladang,khalid pula bagi yong dia masih punya bisa cuma terbatas akibat kecederaan berulang.tak salah sekiranya beliau dikekalkan berikutan pengalaman yg beliau ada masih boleh digunakan utk pelapis yg ada.usah kita pandang dari sudut peribadi tapi kejayaan & prestasi pemain itu kita harus nilai.kejayaan menjadi penjaring tempatan terbanyak selama 2 thn berturut-turut harus dipandang & kita sbg penyokong tidak harus mengatakan yg beliau tidak punya bakti buat pskn.tak ade yg lama,tak kan ade yg baru.betul tak?itu sekadar pandangan dari kaca mata yong buat ketiga-tiga pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman mengundi pemain muda yang bernama Fakri Saarani kerana beliau mampu setaraf dengan penyerang berbisa yang lain. beliau masih muda dan masih mempunyai tenaga yang baik,cuma beliau perlu diasuh dengan lebih tajam. teman harap khalid jamlus tidak akan dikekalkan kerana beliau masih dengan sikap lamanya tidak mengekalkan disiplin diri sebagai seorang pemain. keadaan dirinya sendiri menyebabkan prestasinya terus menjunam. diharap pihak pengurusan mengkaji semula apa yang saya luahkan ini. demi nama baik dan prestasi pasukan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Yashurr Yazurry

    Khalid punyai ketajaman penyudah yang baik..
    faktor pengalaman juga menyebelahinya..
    Fakri pun teman rasa punyai keistimewaan yang tersendiri.
    pantas dan lincah disamping kawalan bola yang kemas..

    Namun, jika dibandingkan dengan razali 'adebayor'..
    banyak kekurangan pada razali..
    bukan niat nak banding-bandingkan..
    tapi ini kenyataan, razali agak kurang sengatnya pada
    penyudah juga kawalan bolanya...

    teman rasa penyokong yang lain turut dapat membezakan
    kelemahan yang ketara pada razali..
    Memang pantas, tetapi control ball???
    fikir-fikirkan...

    perak!! ayuh Bangkit!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    salam,

    teman lihat razali tu sama seperti fakri semasa fakri baru mula2 mula bermain untuk pasukan senior. namum sebab fakri jarang bermain first eleven, mutu permainan tidak meningkat.

    setelah fakri mula diambil untuk pasukan harimau muda dan sentiasa diturunkan sebagai kesebelasan utama, mutu dan stamina dia mula meningkat.

    sama juga dgn razali, jika dia mula diturunkan sebagai first eleven dan bukan sebagai sub sahaja, dia boleh pergi lebih jauh lagi.

    teman syorkan kepada coach perak yg baru nanti, gunakan lah fakri dan razali sebagai twin striker, pasti perak akan digeruni lawan semula.

    Terima Kasih

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. webmaster Post author

    Terima kasih kepada semua pengundi yang telah membuat pilihan sebelum ini. Bagaimana pun pihak kami telah menerima beberapa cadangan supaya pengguna boleh memilih lebih dari seorang pemain yang harus dikekalkan pada musim hadapan.

    Oleh itu undian telah di tukar kepada format baru iaitu seorang pengundi boleh memilih lebih dari seorang pemain.

    Kami berharap anda dapat memilih semula pemain yang menjadi pilihan anda untuk dikekalkan pada musim hadapan.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. aumier05

    bola sepak kini memerlukan kepantasan. jadi teman rasa fakri & razali wajar diberi peluang musim depan.. jika ingin bersaing dengan kedah & johor fc.

    pesanan admin: Sila baca artikel Info | 9 Rules at seladang.net sebelum membuat sebarang komentar dibawah kotak komentar ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Transaevo...

    Rentak permainan bolasepak tempatan sekarang ialah fast game..Trans rasa semua di atas ada kekurangan..Khalid memang tak sesuai dengan fast game coz pergerakan Khalid agak slow..Fakri & Razali lebih sesuai cuma perlu lebih bijak mengenal pasti peluang & buat keputusan dengan pantas tapi bijak sewaktu di padang...

    Untuk undian ni Trans undi Fakri sebab Trans rasa buat masa sekarang tempat Fakri dalam barisan serangan Perak sangat penting...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. YangIkhlas

    Ketiga-tiga mereka perlu dikekalkan untuk musim 2009 nanti dengan tambahan 1 atau 2 orang lagi samada pemain bawah 21 tahun Perak sendiri atau pemain import tempatan dari negeri lain. Ketiga-tiga mereka mempunyai kehebatan cara permainan bolasepak mereka tersendiri. Namun Khalid dilihat lebih dominan dikalangan mereka dengan pengalaman dan label sebagai penjaring terbanyak tempatan Liga Super untuk musim kedua berturut-turut. Cuma tahap kecergasan beliau yang agak meragukan akibat kecederaan yang dialami. Kepada Razali dan Fakri, kecergasan secara konsisten pada tahap melebihi 100%, bermain secara agresif , bijak menghidu dan menyempurnakan setiap peluang menjaringkan gol adalah amat perlu dalam bolasepak moden ini yang bergerak pantas terutama diperingkat antarabangsa agar tidak ketinggalan. Bola berada di kaki saudara bertiga dan terpulang kepada saudara bertiga samada untuk bola itu sentiasa menggegar jaring pintu gol lawan atau sentiasa diambil oleh budak pengutip bola di belakang pintu gol. 'Tepuk Dada Tanya Selera'.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. miez3

    Salam...teman rasa la pejuang2 pada bahagian hadapan memerlukan individu yang dapat bergerak pantas,tangkas dan bijak menghidu peluang..untuk itu teman akan cuba memberi komen tentang ketiga2 calon seperti disenaraikan di atas..

    1) Khalid Jamlus : Seorang yg mnempunyai fizikal yg sesuai sebagai seorang striker,dgn ketinggian dan susuk badan yg agak besar membuatkan pihak pertahanan lawan sukar membuat cabaran tambahan ketika berlaku pergelutan di bahagian depan pintu gol lawan.Beliau juga mempunyai sentuhan pemusnah dan selalunya cepat menghidu peluang.Cuma buat waktu ini beliau rasanya tidak relevan lagi dgn corak permainan pantas yg banyak digunakan sebagai trend ketika ini.Era beliau rasanya dah berlalu.Pergerakkan beliau agak lambat dan kurang cergas,mungkin atas dasar kecederaan yang lampau.

    2) Razali Umar : Seorang striker yg agak laju.Dari segi fizikal juga sesuai cuma beliau kurang diberi perhatian oleh coach utk diketengahkan dalam beberapa perlawanan utama.Beliau hanya diturunkan sebagai pemain pengganti setelah beberapa pemain utama cedera atau digantung perlawanan.Dengan kurang pendedahan pada beliau nampak ketara beliau mudah gugup dan tidak begitu tenang apabila berada di kawasan penalti pihak lawan.Bagi teman sekiranya bakat beliau diasah mungkin beliau bakal menjadi antara striker yg digeruni satu ketika nanti.

    3) Fakri Saarani : Mempunyai fizikal yg kecil sebagai seorang striker tetapi pergerakan beliau yg seperti belut kerapkali juga mengkucar kacirkan pertahanan lawan cumanya beliau seorang yang gopoh.Mungkin juga kerana masih muda atau kurang keyakinan.Dia juga perlu diasah utk dijadikan senjata utama Perak.

    Itu je dari teman..rasanyalah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. sylvershop

    salam, ketiga-tiga pemain perlu dikekalkan kerana mempunyai style yang berbeza. ini satu bonus sekiranya pertahanan lawan ada kelemahan tertentu. tapi sekiranya hanya satu yang boleh dikekalkan, teman pilih khalid jamlus..'fowler' malaysia. tak laju tapi tajam, boleh hidu setiap peluang, tapi malangnya injury prone..

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. amirfsl

    semua pemain wajar dikekalkan pada musim akan datang..setiap pemain mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri,tetapi jika mereka digandingkan bersama-sama,sudah tentu setiap kelemahan dapat diatasi..pasukan perak perlu mencari sekurang-kurangnya 2 orang lagi pemain di posisi ini kerana khalid selalu dibelenggu masalah kecederaan dan bekalan 2 orang penyerang semestinya tidak cukup bagi menghadapi situasi-situasi genting,

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. irKupa

    Salam...

    Aku sokong idea kekalkan semua striker sbb Perak ketandusan striker yang benar2 mantap...Perak perlu mencari bakat2 muda yg lebih agresif dan bijak menghidu peluang dalam penalti box. Latih Fakri dan Razali dengan baik untuk jadi striker kembar yang bagus..bagi aku dua2 laju dan fit nak jadi best striker cume kene ada adjustment dari segi finishing and skills je...cungkil lagi bakat2 muda dari sekitar negeri Perak, sure banyak yang ade potensi....

    ~score yob score~
    ~kejor yob kejor~

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.