Kaji Selidik | Posisi Penjaga Gol

Kaji selidik yang seterusnya adalah untuk mengumpulkan maklum balas dari pengguna seladang.net serta penyokong bolasepak Perak tentang prestasi semasa penjaga gol pasukan Perak musim ini.

Anda akan diberikan sehingga 3 pilihan undian dibawah untuk mana-mana penjaga gol yang ingin dikekalkan pada musim 2009 berdasarkan prestasi semasa mereka dan bukannya kerana mereka adalah ahli keluarga ataupun pemain kesayangan anda.


Undian anda mungkin akan mempengaruhi pihak pengurusan terhadap keputusan tersebut.

Penjaga gol yang wajar dikekalkan musim 2009?

  • Hamsani Ahmad (43% Votes)
  • Nasril Nourdin (23% Votes)
  • Kamarul Effandy (34% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Kaji Selidik | Posisi Penjaga Gol

  1. syidi_black

    Untuk Penjaga Gol pilihan, saya lebih cenderung memilih Hamsani dan Kamarul. Pun begitu, Kamarul perlu bekerja lebih keras lagi untuk mempertajamkan kemahiran dan membentuk peribadi positif yang menyakinkan.

    Kamarul masih muda dan patut diberi peluang untuk memperbaiki kelemahannya. Beliau seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk berkongsi pengalaman dengan Hamsani yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini.

    Manakala Nasril pula kurang konsisten sejak kebelakangan ini. Beliau juga boleh dikatakan bagus tetapi saya lebih cenderung memilih kamarul yang lebih muda dan mempunyai potensi untuk terus berjaya di masa hadapan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman harap hamsani dan kamarul afandi.
    1) hamsani mampu memberi cabaran sengit terhadap kamarul afandi untuk merebut dalam kesebelasan utama
    2) kamarul afandi akan dapat menimba ilmu dari jurulatih dan hamsani seorang penjaga gol yang berpengalaman. beliau seorang yang mampu menjadi penjaga gol disegani dimasa hadapan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    pasal penjaga gol pilihan ni yong lebih terarah kepada hamsani & kamarul.

    *hamsani sgt berpengalaman menjaga gawang so apa yg ada padanya sgt bernilai buat pasukan so dia wajar dikekalkan.

    *kamarul masih hijau masih byk yg perlu dipelajari & yong perasaan dia juga berkemampuan cuma kurang pendedahan.tak mustahil dia juga mampu seiring dgn hamsani andai di beri peluang & ruang yg ada.

    *"nasril tangan dia kena letak gam gajah",dia juga bagus tapi jika dia ingin berjaya sbg penjaga gol perlu menjaga berat beliau sbb penjaga gol yg baik bukan terletak pada berat tapi kepintaran & kecekapan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Hamsani Ahmad telah mempamerkan aksi yang konsisten di sepanjang musim 2008 ini dan amat patut beliau dikekalkan. Namun atas faktor umur kehadiran Nasril Nourdin dan Kamrul Effandy yang masih muda amat diperlukan sebagai persediaan untuk jangka masa panjang. Posisi penjaga gol tidak menjadi masalah kritikal kepada pasukan Perak tetapi yang menjadi masalah kronik sebenarnya adalah barisan pertahanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Ye semua,teman setuju..khidmat Hamsani Ahmad memang masih ditagih..ternyata beliau memang "otai" yang setakat ini tidak menghampakan setiap kali menjaga gawang Perak...biarpun dibocori beberapa kali tapi bagi teman apa yg diperhatikan setiap kali perlawanan beliau memang berhempas pulas sebaik mungkin menangkis segala asakan lawan..mungkin benar kata YangIkhlas,posisi pertahanan Perak perlu juga dikaji semula agar lebih mantap sebelum tanggungjawab terakhir diserahkan kepada penjaga gol...
    Bagi teman pulak,kedudukan Nasril memang tergugat kerana didapati sejak akhir2 ni beliau kurang menyerlah..kepada Kamarul Effendi,anda perlu lebih tenang dan berusaha utk belajar memperbaiki mutu permainan..insyaALLAH anda akan berjaya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. amirfsl

    tiada bantahan!jika dinilai pada prestasi dan luahan rakan-rakan,hamsani adalah penjaga gol nombor satu yang paling relevan untuk pasukan perak pada musim yang baru nanti!pengalaman mungkin menjadi sebab utama melihat beliau sentiasa beraksi cemerlang untuk pasukan yop..namum begitu,kamarul efendi juga mempunyai potensi yang amat besar untuk menjadi 'shot stopper' pasukan untuk masa-masa yang akan datang,,apa yang merisaukan adalah corak permainan nasril yang jelas merosot biar pun dahulu ada khabar angin yang mengatakan kelab blackburn rovers dari england sedang mengintai bakat yang dimilikinya..jika muncul seorang lagi bakat muda yang lebih 'hot',mungkin nasril terpaksa melangkah kaki ke skuad lain.l.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.