Kaji Selidik | Posisi Pemain Tengah

Kaji selidik yang terakhir adalah untuk mengumpulkan maklum balas dari pengguna seladang.net serta penyokong bolasepak Perak tentang prestasi semasa pemain tengah pasukan Perak musim ini.

Anda akan diberikan sehingga 10 pilihan undian dibawah untuk mana-mana pemain tengah yang ingin dikekalkan pada musim 2009 berdasarkan prestasi semasa mereka.


Undian anda mungkin akan mempengaruhi pihak pengurusan terhadap keputusan tersebut.

Pemain tengah yang wajar dikekalkan musim 2009?

  • Mohd Nor Ismail (1% Votes)
  • Danial Fadzly (6% Votes)
  • Mohd Nazri Kamal (11% Votes)
  • Hardi Jaafar (17% Votes)
  • Noor Hazrul (11% Votes)
  • Ahmad Shahrul Azhar (5% Votes)
  • Fauzi Ariffin (9% Votes)
  • Shahrulnizam (16% Votes)
  • K. Nanthakumar (14% Votes)
  • Wan Abu Yazid (9% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Nota: Mohd Nazri Kamal, Fauzi Ariffin dan Wan Abu Yazid kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Perak dan lebih banyak bermain untuk skuad Presiden. Kuota pemain bawah 21 untuk skuad senior sentiasa diberikan kepada Noor Hazrul dan Fakri Saarani.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “Kaji Selidik | Posisi Pemain Tengah

  1. syidi_black

    Seperti undian yang lepas, saya lebih cenderung memilih pemain muda. Disamping itu, pemain lama yang kaya dengan pengalaman dan menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang musim 2008 juga harus dikekalkan.

    Sekurang-kurangnya pemain lama boleh berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan pemain-pemain baru yang dahagakan ilmu dan kemahiran yang baru bagi mereka.

    Ahmad Shahrul boleh buat persiapan untuk kerjaya baru kerana beliau telah lama menabur budi untuk Perak dan sudah tiba masanya untuk beliau mengundurkan diri agar dapat memberi peluang kepada pemain-pemain muda untuk menyerlah di musim 2009.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. lee_dado

    Tempat Nanthakumar, Ahmad Shahrul & Daniel Fazly rasanya sudah bole diganti dengan pemain muda lain yg bertenaga dalam merencanakan serangan. Barisan tengah perlu lebih bertenaga dengan kepantasan, lasak serta bijak dalam susun atur jentera serangan pasukan.

    Hardi Jaafar & Shahrul Nizam masih relevan serta khidmat mereka perlu dikekalkan kerana mereka mempunyai keistimewaan sendiri. Selain mereka juga bole membimbing pemain muda serta mengimbangi perlawanan dengan sempurna tatkala tenaga muda memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dalam setiap perlawanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    bagi teman hardi jaafar dan ahmad shahrul azhar antara pemain senior dibahagian tengah harus dikekalkan kerana mereka berdua boleh menjadi sifu ditengah padang ketika perlawanan berlangsung. dan selebihnya hendaklah perbanyakkan lagi pemain muda untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. slash

    salam..
    melihat kepada senarai pemain tengah..
    adalah baik jika diberikan laluan kepada ramai pemain muda..
    pemain senior yang logik dan relevan untuk dikekalkan hanyalah Hardi Jaafar dan Shahrulnizam
    berilah peluang kepadanya untuk menunjukkan keupayaan sebenar seorang pemain tengah yang berkaliber kerana ketika dibawah jurulatih S. Darby ruang untuk Hardi menunjukkan karekter terbatas disebabkan S. Darby lebih cenderung menggunakan Ahmad Shahrul..
    Sesuatu pasukan tidak boleh wujud 2 'corak permainan' yang berlainan di tengah padang. Pasukan hanya memerlukan seorang kapten terbaik. Oleh itu, berdasarkan pemerhatian musim lepas permainan Hardi jauh lebih baik.
    Terima kasih kepada Ahmad Shahrul yang telah lama menabur bakti bersama pasukan Perak. Segala kudrat anda amat dihargai dan sudilah untuk mencurahkan idea, pengalaman dan kata2 semangat kepada pemain muda Perak. Nantha juga boleh dikekalkan kerana dia boleh menjadi pertahanan sekiranya terdapat pemain pertahanan yang mengalami kecederaan. Selebihnya pemain muda wajar diberikan peluang. Posisi yang lain juga diharapkan ramai pemain muda yang akan diketengahkan. Sekian, terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Hardi Jaafar dan K.Nanthakumar adalah 2 pemain yang amat perlu dikekalkan untuk musim 2009 nanti. 2 pemain ini juga yang masih mendapat tempat untuk pasukan kebangsaan. Mohd Noor Hazrul adalah salah seorang pemain muda yang berkebolehan tinggi disamping 2-3 pemain muda yang mempunyai potensi untuk menjana barisan tengah skuad Seladang. YangIkhlas bersetuju dengan pendapat salah seorang komentar kita bahawa Hardi Jaafar perlu diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan keupayaan sebenar mencorak permainan di tengah padang. Jasa dan pengalaman Ahmad Shahrul amat kita hargai tetapi adalah amat sesuai bagi beliau untuk mula beralih arah ke bidang kejurulatihan pula selepas ini. Kesimpulannya gandingan pemain muda yang bertenaga dan pemain berpengalaman yang penuh ilmu adalah perlu bagi membentuk barisan tengah yang lebih berkeupayaan untuk menguasai sesuatu perlawanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Pemain2 tengah Perak sepatutnya dihuni oleh tenaga2 muda kerana dari apa yang dilihat sekarang ini rentak Perak kurang pantas di bahagian ini...harus diingat era sekarang merupakan era permainan pantas...sebenarnya kita pernah melalui zaman midfilder yang pantas ketika coach M.Karathu melatih team Perak sekitar 80 an dimana ketika itu nama2 seperti Azizol Abu Hanifah,S.Selvarajoo dan Ravindran "The Kinta Express" begitu menggerunkan lawan...harapan teman pada musim depan dapat la diturunkan pemain-pemain muda seperti Nor Hazrul,Wan Abu Yazid dan yg lain2 nya agar midfield Perak lebih segar dan bergerak pantas disamping didokong juga oleh watak2 lama seperti Hardi Jaafar (beliau dah boleh jadi kapten baru Perak dah musim depan) dan Shahrulnizam Mustapha...bagi teman wajah2 seperti Ahmad Shahrul Azhar sudah boleh diketepikan kerana dari pemerhatian teman beliau sudah semakin berusia dan sering dilihat kepenatan ketika pasukan perak benar2 memerlukan kudrat waktu2 kritikal menjelma..ya betul juga kata2 dari salah seorang kawan kita di atas,mana mungkin kalau ada dua jeneral di atas padang dengan corak permainan yang berlainan yang mana bukan saja mengelirukan lawan bahkan kawan2 di padang jugak...macamana tu..emm sendiri mau jawablah...
    Itu je pandangan teman.....Salam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Transaevo...

    Bagi Trans pulak,memang pemain muda patut diketengahkan untuk menggerakkan bahagian tengah..namun yg paling penting Hardi dan Nantha kene ade utk mencorakkan rentak permainan bagi menghasilkan impak yg terbaik..Seperti yang kita ketahui,coach dulu jarang menurunkan muka baru & lebih cenderung menurunkan pemain-pemain yang sama maka pemain lain memang sangat kurang pendedahan dan kurang pengalaman...

    kesimpulannya pada Trans, Hardi & Nantha yang mesti dikekalkan bagi membolehkan skuad Perak membentuk atau melahirkan pemain tengah dari kalangan pemain muda...Ahmad Shahrul pula setahu Trans dia memang dah dari dulu nak bersara cuma Perak yang terus-terusan menyambung kontraknya kerana masih merasakan khidmatnya sgt diperlukan..mungkin dah tiba masanya utk melepaskan Ahmad Shahrul...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yeop_tempoyak

    inilah masanya perak menggunakan pemain muda disamping mengekalkan beberapa pemain senior untuk mengimbangi pasukan kesayangan kita ini...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yong85

    nama-nama yg diatas bagi yong punya akan kelebihan & kekuatan memasing cuma mungkin pihak persatuan dah boleh memandang & memberi peluang yg lebih kepada pemain muda.utk musim dpn yong lebih berharap hardi dapat mengemudi bhgn tengah tanpa di bayangi sesiapa.apepun bagi yg tidak dipilih jasa mereka tetap akan dikenang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. amirfsl

    tidak dinafikan,hardi jaafar dan shahrulnizam adalah pilihan yang paling tepat bagi mengemudi bahagian tengah skuad seladang,lebih-lebih lagi hardi adalah pemain utama skuad kebangsaan!selain itu,Perak mempunyai ramai pemain muda yang berpotensi seperti nama-nama di atas.cuma yang diharapkan selepas ini,pemain-pemain senior dapat membimbing para pemain muda ini dan sedikit pun tidak kedekut ilmu dalam menjadi mentor di padang latihan.teman juga berpendapat,mohd nor ismail mempamerkan persembahan yang agak longlai musim lalu dan mungkin beliau boleh 'dilepaskan'.usia yang semakin meningkat seperti ahmad shahrul,nanthakumar dan danial fadzly semestinya tidak boleh dijadikan alasan untuk mereka 'berpisah',sebaliknya khidmat mereka masih diperlukan,namun mereka mesti bersedia untuk memberi lebih banyak peluang kepada muka-muka baru untuk beraksi pada musim akan datang.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.