Info | Perak FA Bangkit Kembali!

Pihak kami telah dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa satu pertemuan antara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan beberapa individu dari Perak FA termasuk Datuk Mohd Muhiyuddin telah dijalankan siang tadi.

Pertemuan tersebut antara lain membincangkan masalah kewangan yang dihadapi oleh Perak FA selain pengambilalihan tampuk pimpinan Perak FA dalam masa terdekat ini oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Rombakan besar juga dijangka akan dilakukan oleh beliau pada struktur pentadbiran Perak FA sambil barisan kejurulatihan akan diwarnai oleh beberapa calon jurulatih tempatan kelahiran Perak menggantikan jurulatih sedia ada kini yang tidak disambung kontraknya.

Para pemain pula dilanjutkan kontrak sehingga bulan Oktober untuk menghadapi Piala AFC, sebelum pembentukan skuad baru dijalankan selepas itu. Menurut sumber ramai pemain muda bakal beraksi musim hadapan untuk skuad senior Perak.

Pada masa yang sama beberapa pemain senior dalam pasukan Perak yang tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang musim ini turut tidak akan dilanjutkan kontrak mereka mulai musim 2009.

Pihak seladang.net menyambut baik perubahan besar ini demi kebaikan bolasepak Perak dan berharap “aura” baru ini bakal menjadikan skuad seladang antara pasukan yang digeruni oleh pasukan lawan pada musim baru nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Info | Perak FA Bangkit Kembali!

  1. meor

    alhamdulillah,harap2 pengurusan perak akan lebih teratur lagi pada season depan.InsyaALLAH.
    harap sgt2 yg episod duka team perak pada season ni tak berulang pada season depan.
    management yg baru nanti diharap dpt buat yang terbaik dalam memastikan team perak yang kita sayang ni tak jadi kelam kabut mcm apa yg jadi season ni...
    player yang terpilih,main la bersungguh2,balasla kepercayaan yang telah penyokong2 setia berikan..dan disini aku nak bagi cadangan memandangkan season depan kita akan guna tenaga tempatan:
    semua dah sedia maklum,perak banyak daerah.kita amik daerah hulu perak.di hulu perak ada kaum org asli,nape tidak scout2 perak fa dtg dan cari bakat2 anak2 org asli ni,kita ketengahkan,kita gilap sampai berkilat,then kita akan dpt hasilnya,iaitu dari segi kualiti fitness dan ketahanan mereka dah mmg kita tak perlu ragu,cuma terapkan teknik dan taktikal sahaja.
    insyaALLAH,kita akan dpt lahirkan ramai keita mandjou dan abdoulaye keluaran PERAK FA!

    pesanan admin: Harap saudara boleh kurangkan penggunaan singkatan pada komentar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. dato

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat admin serta teman-teman dalam Seladang.net..Dikesempatan masa yang terluang ini saya ingin memberi sedikit pendapat..Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kerana membuat pertemuan dengan pengurusan bolasepak Perak bagi merungkai segala masalah serta kepincangan yang dihadapi oleh pihak pengurusan..Pasukan bolasepak Perak adalah yang paling konsisten setakat ini dari pemerhatian saya..Namun sedikit kecacatan dipertengahan musim menyebabkan berlaku kemerosotan yang amat ketara hingga terlepas untuk mendakap sebarang piala..Diharap dengan terlerainya segala masalah yang dihadapi moga pasukan Perak akan kembali bersinar dimusim 2008/2009 sebagai pasukan yang digeruni..

    Kejor Yob Kejor..
    Skor Yob Skor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    yong harap dgn pertemuan itu dapat meleraikan segala kekusutan yg wujud dlm persatuan.sbg penyokong yong dah cukup malas utk mendengarnya.di harap tahun depan perak akan kembali di geruni tak kira posisi mana terutama bahagian pengurusan..pilih la yg terbaik agar mutu bola sepak perak akan terus berjaya.mengenai ada segelintir pemain senior yg tidak akan disambung kontrak,mungkin ada baik & tidak tapi bagi yong tak salah kalo kita fikirkan cara lain.kesian juga mengenangkan mereka tapi andai tiada rezeki buat mereka yong harap,ketika mereka tidak di pilih biarlah kita terus mengenang jasa mereka sedikit sebanyak pun khidmat bakti mereka tetap ada pada persatuan.buat pengurusan baru tidak kira siape yg akan pimpin yong harap tulus ,ikhlas & amanah dlm tugas anda.yob & ramai lagi teman di sini sangat menyayangi pasukan ini...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    teman harap perak untukmusim 2009 akan lebih ceria dan segar untuk mengembalikan zaman kegemilangan pasukan. teman amat merindui zaman itu,zaman membawa pulang piala ke negeri perak. teman harap pemain yang benar benar berkualiti akan terus kekal menerajui barisan pemain pemain perak untuk menggapai kejayaan yang telah lama di nantikan. teman harap pihak pengurusan yang bakal menerajui pasukan perak musim depan dengarlah pendapat saudara meor,kerana bagi teman pendapat beliau sememang wajar. jangan kita persiakan warga orang asli perak yang berbakat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Alhamdulillah syukur...semoga apa yg diperjuangkan selama ni oleh kita2 semua yakni perubahan pengurusan Perak FA secara total menjadi kenyataan..semoga reformasi kali ini membuahkan hasil yg membawa kebaikan utk kemajuan bolasepak negeri Perak...kepada yg masih tak bergaji diharap pengambilalihan ini juga dapat menyelesaikan kemelut yg melanda...terima kasih juga kepada Yb Dato' Menteri Besar kerana begitu prihatin akan masalah yg melanda selama ini...bagi kami cukuplah apa yg berlaku sebelum ini..diharap selepas ini Perak akan bangkit kembali menebus maruah yg tercalar sepanjang 2 ke 3 tahun yg lepas..kepada pengurusan baru yg bakal dilantik nanti jalankanlah tanggungjawab anda sebaiknya..kami akan sentiasa di belakang anda utk sesuatu yg positif..bersamalah kita menjayakannya..Skor Yob Skor!Hidup Bolasepak Perak Darul Ridzuan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Assalamualaikum kepada semua warga Perak di Seladang.net. Alhamdulillah.Pertama-tamanya saya merasa amat terharu kerana harapan dan impian penyokong Skuad Perak bakal menjadi kenyataan. Sesungguhnya langkah drastik yang diambil dilihat mampu mengubah persepsi dan pandangan serong terhadap Skuad kesayangan kita selama ini.

    Perubahan secara 'total' bakal berlaku yang akan membuka lembaran baru buat Skuad Perak yang telah lama terumbang-ambing di tengah gelora kancah Bola Sepak Tempatan. Penglibatan 'Orang Kuat Perak' (Yang Berbahagia MB Perak) telah lama ditagih. Ini kerana, secara tidak langsung Skuad Perak akan 'terjaga' dan sentiasa diberi perhatian sepenuhnya.

    Tiada apa lagi yang harus dibimbangkan selepas ini. Jutaan Terima Kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Seri ir Haji Mohammad Nizar atas keprihatinan dalam melaksanakan 'Reengineering' terhadap Perak FA.

    'Selamat tinggal penderitaan' dan 'Selamat Datang Sinar kegemilangan' ke Perak FA.

    Semoga Nama Perak yang sememangnya telah sinonim dengan Dunia Bola Sepak Tempatan akan benar-benar terjulang dan Menyengat sebaik sahaja Musim Baru bermula kelak.

    Hidup Perak. Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Sekali imbas artikel di atas amat menarik dan seperti memberi harapan yang tinggi untuk mengembalikan kehebatan bolasepak Perak. YangIkhlas berpendapat jika hendak melibatkan "Orang Kuat Perak" iaitu Dato Seri MB, Perlembagaan Perak FA hendaklah dipinda iaitu Presiden Perak FA adalah secara automatik milik Menteri Besar samada suka atau tidak seperti di Kedah dan Selangor dan tidak akan ada sebarang pertandingan. Dengan cara ini barulah masa depan dan halatuju bolasepak Perak dari segi kewangan dan sokongan dalam bentuk lain akan lebih terjamin. Melihatkan kepada senario politik masa kini yang tidak menentu cara ini adalah lebih praktikal. Tidak timbul lagi isu ada pihak tidak mahu membantu atau "mereka" dianggap seperti "mengemis" bantuan Kerajaan yang tidak diwajibkan untuk membantu, meminjam ayat dari tulisan salah seorang komentar kita. Kepada pentadbiran Perak FA masa kini dan pihak-pihak lain samada dalam Kerajaan atau luar Kerajaan yang berminat mengambil-alih Perak FA pada masa akan datang, pastikan apa-apa keputusan dan tindakan yang dibuat hendaklah bertunjangkan untuk mengembalikan semula maruah dan kehebatan bolasepak Perak di Malaysia dan juga di Asia. Segala agenda peribadi, politik atau agenda yang tidak ada kena mengena dengan sukan khususnya bolasepak hendaklah diketepikan sama sekali. Pastikan juga masalah kewangan ini hanya berlaku di musim 2008 ini sahaja dan tidak akan berulang di musim-musim yang akan datang. Semoga Perak akan lebih berjaya di musim 2009 nanti untuk kemajuan bolasepak Malaysia seluruhnya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.