Info | Liga Malaysia 2009

Pada 2 Ogos 2008 Majlis FAM telah bersidang untuk membincangkan beberapa perkara penting yang bakal dilakukan pada musim hadapan. Persidangan itu juga adalah rentetan dari “percambahan idea” yang pernah dilakukan bersama-sama wakil negeri tempohari.

Banyak keputusan yang pihak kami lihat mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Namun menggunakan masalah kewangan untuk menolak kehadiran pemain import adalah alasan yang terlalu rapuh dan menjengkelkan.

Jika setiap pasukan yang bertanding menggunakan prinsip “ukur baju badan sendiri” masalah kewangan tidak akan terjadi. Jika sudah tidak mampu membayar jumlah wang yang besar kepada pemain import mengapa memaksa diri?.

Jika kita ambil contoh pasukan Perak musim ini yang menghadapi masalah kewangan adalah berpunca dari pihak pengurusan yang tidak “peka” serta gagal mentadbirkan kewangan pasukan dengan baik dan terurus.

Segalanya ditambah dengan prestasi pasukan yang tenggelam timbul serta penerapan taktikal yang membosankan penonton dari jurulatih “import” Perak yang menyebabkan pasukan kehilangan banyak kutipan wang dari jualan tiket di stadium sendiri.

Pengurusan yang “peka” adalah pengurusan yang mampu mendengar keluhan serta pendapat peminat secara “total”. Jika pengurusan Perak masih diuruskan oleh individu yang serupa seperti sekarang, masalah yang ada pasti tidak akan selesai sampai bila-bila.

Liga Malaysia 2009

  1. Musim 2009 akan bermula Januari dan berakhir Oktober 2009.
  2. Perlawanan Liga Super akan diadakan setiap hari Rabu dan Ahad.
  3. Perlawanan Liga Perdana akan diadakan pada hari Isnin dan Jumaat.
  4. Liga Super musim 2009 disertai 14 pasukan, termasuk Kuala Muda dan Plus FC.
  5. Liga Perdana juga 14 pasukan termasuk T-Team dan Majlis Bandaran Johor Bahru.
  6. Tiada pemain import untuk keseluruhan Liga Malaysia.
  7. Piala FA disertai 28 pasukan dari Liga Super dan Liga Perdana.
  8. 14 negeri, PDRM, ATM dan 2 kelab terbaik bertanding dalam Piala Malaysia 2009.
  9. Pemain pinjaman dibuka untuk Piala Malaysia sahaja.
  10. Piala FAM diteruskan seperti biasa.
  11. Piala Belia diganti dengan Liga MOE (Ministry of Education) Akademi Under 18.
  12. Piala Presiden untuk pemain bawah 20 tahun sahaja.
  13. Mulai Sukma 2010 di Melaka untuk pemain bawah 20 tahun sahaja.
  14. Skuad Harimau Muda masih diteruskan di Liga Perdana.
  15. Gaji siling pemain RM 8000 tanpa sebarang penambahan apa-apa jua elaun.

Pihak kami sedaya upaya memastikan maklumat yang diberi adalah yang paling tepat dan terkini namun jika pembaca mempunyai maklumat tambahan bolehlah menghantar komentar anda dibawah untuk dimasukkan sebagai salah satu info yang bersesuaian.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Info | Liga Malaysia 2009

  1. riezer Post author

    sesi percambahan fikiran ini dihadiri oleh jurulatih-jurulatih di negara kita. rumusan yang dibuat juga pastinya secara konsesus. kita percaya jurulatih-jurulatih yang hadir sudah masak benar dengan masalah-masalah dalam liga negara negara kita. mungkin sebagai orang di luar persatuan, kita tidak nampak akan masalah yang timbul. eloklah kiranya kita memberi peluang kepada fam untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan itu. mengkritik memang mudah tetapi berilah mereka sedikit ruang untuk membetulkan semula kesilapan yang timbul sebelum ini. jika cadangan ini masih tidak membuahkan hasil, barulah kita bangkit dengan cadangan yang lebih bernas pula. tuduh-menuduh tidak akan ke mana. kita tidak mahu bola sepak negara kita menjadi mangsanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. lee_dado

    Liga Malaysia 2009

    1. Seperti yg dijangkakan, tiada pemain import untuk musim depan, maka terkapai-kapai lah pemain dari Malaysia untuk menandingi lawan terutamanya Kelab AFC untuk kempen Suku Akhir AFC CUP bulan September nanti yg mana Perak & Kedah akan membawa nama Malaysia di sana.

    2. Sebenarnya FAM tidak belajar dr kesilapan lampau, masih mengulangi skrip yg sama cuma pentadbiran yg berbeza..

    3. Penetapan gaji syiling pemain RM 8,000. Apa semua ini, sekadar retorik ataupun mainan mulut saja.. tak payah laaa nak tetapkan gaji syiling pemain, bukan apa, cuma tak berfungsi langsung kaedah ini, bole kata sekarang ada pemain tempatan yg mendapat gaji RM 1*,***, so apa kewajarannya?

    4. Penetapan umur pemain untuk skuad Sukma bawah 20, yg ini saya sokong sebab Sukma ni cuma sukan yg mana memberi pendedahan kpd bakat baru dan pemain muda, sebelum ini menyaksikan Sukma Terengganu rata-rata pasukan Negeri menghantar pemain dari Liga Super & Skuad Presiden, so beri lah peluang kpd pemain yg sedang meningkat naik.

    5. Perlawanan Liga Super hanya diadakan pd hari Ahad & Rabu, RTM pun perlu susun jadual semula untuk menayangkan Siaran secara langsung. Entah laa FAM apa lagi lepas ini...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    setiap kali bersidang memang byk usul yg dibentangkan & majoriti semua usul yg pernah ada memang boleh membangunkan bola sepak negara cuma kebiasaannya akan jadi "hangat-hangat tahi ayam".yong cuma harap semua perlaksanaan ini betul-betul dpt melicinkan & mendisiplinkan semua persatuan bola sepak negeri.mengenai perlawanan liga super yg akan berlangsung setiap ahad & rabu,bagi yong kalo ahad tu ok la cuma andai ada pskn yg perlu travel jauh ini akan menjejaskan persiapan kerana mereka punya masa 2 hari sebelum perlawanan hari rabu.betul tak?manakala mengenai gaji apepun fam cuma menetapkan rm8k sbg syarat tapi terpulang kpd persatuan,andai mampu tak mengapa so kita kena "ukur baju di badan sendiri " & bukan badan org lain.yong cuma harap semua idea ini dpt menyelesaikan semua kemelut.yong harap ape yg melanda pskn perak waktu ini dpt la di selesaikan.kpd YB rembau tu tlg la carikan sesuatu agar semua player tidak lagi menderita,liga pun akan berlabuh jadi fikirkanlah.jgn kita cuma tau sediakan kerja kerja tapi utk laksanakan tu cuma tinggal dakwat saje. thn dpn juga menyaksikan tiada lagi kelibat pemain import yong harap semua pemain tempatan mampu bersaing dlm mengukuhkan lagi kemampuan masing-masing.jgn lagi jadikan alasan yg kita ketandusan anak tempatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    teman lihat jadual perlawanan untuk tahun depan tidak sesuai langsung. f.a.m buat jadual ikut hati sendiri

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Transaevo...

    Trans rasa masalah yang paling besar adalah financial & decision fam yang paling drastik sekarang ialah tidak membenarkan pemain import untuk Liga Malaysia...does this really works..??this kind of countermeasure really pulls out people's concern coz it might also lead our local football to disaster.!!when there's proposal,there'll be the consequences...jujurnya Trans tak setuju dengan idea ni...yet deep inside me i know fam also want the best for our local fotball...macam yang saudara riezer katakan; FAM knows better...direction dah set,implementation must not be poor...macam kata yong85,jangan hangat-hangat tahi ayam kalau kita tak mahu apa yang merisaukan kita tu jadi kenyataan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Sudah lama saya perhatikan perkembangan Bola Sepak Tempatan kita. Sejak saya baru menjejakkan kaki ke alam bola sepak seawal usia 10 tahun. Ketika itu, nama-nama besar dalam bola sepak adalah Nizam Adha Yusof, Azizul Abu Hanipah dan ramai lagi pemain tempatan yang menjadi buah mulut rakan-rakan sebaya ketika itu.

    Kenapa begitu? Budak-budak sekolah rendah boleh hafal nama-nama pemain tempatan. Semasa bermain di padang, masing-masing memasang impian untuk menjadi seperti mereka. Itu adalah situasi yang saya alami di awal tahun 1990 an.

    Setelah dikaji, puncanya adalah media. Tidak kiralah samada TV mahupun akhbar. Sentiasa menghebahkan isu-isu bola sepak tempatan. Jika diakhbar, penuh halaman sukan dengan cerita bola sepak tempatan tidak seperti sekarang. Tunggu sahajalah Liga Perdana Inggeris bermula nanti. Tuan-Tuan lihatlah sendiri.

    Begitu juga dengan TV. Dahulu, sentiasa ada siaran secara langsung. Siap ada rancangan untuk menambah kemahiran dalam bola sepak. Seingat saya untuk latihan kemahiran penjaga gol di hoskan oleh Hassan Miskam. Bukan itu sahaja, setiap minggu ada sahaja bintang tempatan yang akan diketengahkan dan diperkenalkan.

    Jika Tuan-Tuan perhatikan, semakin lama semakin menurun perhatian peminat terhadap Bola Sepak tempatan. Salah satu puncanya adalah EPL dan Liga Bola Sepak Luar negara. Tambahan pula dengan adanya 'Stadium dalam Rumah' di zaman ini menambahkan lagi kemunduran bola sepak Malaysia. Dari situ, bermulalah era kutuk mengutuk Bangsa sendiri. Benarlah bagai dikata oleh Mantan PM Malaysia, 'MELAYU MUDAH LUPA'. Saya akui, saya juga peminat fanatik EPL tetapi, tidak lama, setelah saya terasa seperti saya dipukau oleh penangan EPL.

    Ramai yang lupa diri. Sanggup melekeh-lekehkan negara sendiri, bangsa sendiri dan tanpa kita sedari kita menghina diri sendiri. Tidak salah jika dijadikan EPL sebagai pendorong untuk meningkatkan kebolehan sendiri atau menaikkan semangat. Harus berpada-pada. Jangan Mengutuk Bangsa sendiri. Lebih baik diam daripada mengutuk. Gunakan fikiran yang positif.

    Untuk Media. Terutamanya TV, FAM harus mencari pendekatan untuk menaikkan populariti Liga Super/Perdana. Tidak kiralah apa pun masalah yang timbul, bola sepak kita dahagakan perubahan dari akar umbi. Percayalah, jika FAM, Media dan Peminat memainkan peranan masing-masing, Bola Sepak Tempatan akan kembali menyinar.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    FAM sekali lagi menunjukan pendirian tidak konsistennya dalam membuat keputusan. Pada awalnya pengumuman oleh Timbalan Presiden FAM, seperti keputusan bersama ahli gabungan tetapi selepas itu terdapat kenyataan akhbar oleh sesetengah ahli gabungan itu seperti tidak bersetuju tentang sesetengah perkara terutamanya larangan penggunaan pemain import untuk musim 2009. Wakil kelab seperti membantah larangan tersebut kerana menghalang kelab untuk lebih berjaya dan menganggap FAM hanya mendengar cadangan ahli gabungan sahaja atau dengan perkataan lain menganaktirikan pasukan Kelab dalam Liga Malaysia. YangIkhlas sendiri berpendapat larangan pemain import ini tidak perlu dilaksanakan. Perkara ini lebih baik FA negeri bersikap 'ukur baju di badan sendiri'.

    Jika ada kewangan yang baik, boleh cari pemain import yang sesuai, jika tidak, sendiri mesti mahu ingatlah. Tentang kualiti pemain import, sebaik manapun pemain import itu tetapi kualiti pemain tempatan yang lain amat buruk, import yang berkualiti pun akan jadi buruk pada pandangan peminat kerana hanya kejayaan menjadi ukuran. Kalau menang bagus, kalau kalah tak bagus semuanya. Peminat macam kita ni tidak melihat persembahan seseorang pemain sebagai ukuran tetapi menang atau kalah. FA negeri dan FAM sepatutnya melihat kemasukan pemain import bukan untuk mengajar pemain tempatan kita. Tugas mengajar adalah tugas JURULATIH. Pemain import harus dilihat dari sudut membantu pasukan yang disertai untuk lebih berjaya dan pemain tempatan mungkin boleh belajar secara tidak langsung skil dan teknik yang ada pada pemain import itu semasa latihan atau bermain bersama.

    Pemain import hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam kesebelasan dan selebihnya pemain tempatan. Jika pemain import itu bagus seperti Marlon, Hugging, Keita Manjou atau Mouhamadu Mustapha, pemain tempatan boleh meletakkan sasaran prestasi pada tahap yang lebih baik dari mereka. Untuk itu, pemain tempatan perlu lebih berdaya saing untuk maju yang hasilnya bukan hanya untuk FA negeri tetapi pasukan Kebangsaan juga. Tentang lain-lain usul yang telah diluluskan FAM ,YangIkhlas tidak mahu mengulas lanjut kerana biasanya ianya akan berubah atas sebab alasan "DESAKAN DARI AHLI GABUNGAN FAM DAN DIPERSETUJUI OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI FAM YANG TERDIRI AHLINYA DARI AHLI GABUNGAN FAM ITU JUGA". Pi mai pi mai balik asal. Sendiri buat sendiri yang tak nak pakai. Sejarah telah membuktikan itulah yang FAM selalu buat. MAJULAH BOLASEPAK UNTUK MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.