AFF Suzuki Cup 2008 | Undian Rasmi

AFF Suzuki Cup 2008

Satu undian rasmi telah dijalankan di Jakarta, Indonesia semalam untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2008 yang bakal dilangsungkan pada bulan Disember 2008. Kejohanan dwi tahunan ini dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger (Tiger Cup).

Pasukan Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan B bakal berentap dengan juara sebanyak 3 kali dan tuan rumah kumpulan ini iaitu Thailand, Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan diputuskan melalui perlawanan kelayakan.

Sementara itu pasukan Indonesia menjadi tuan tumah kepada juara edisi 2006 iaitu Singapura serta Myanmar dalam kumpulan A. Kejohanan ini bakal membuka tirainya pada 5 hingga 12 Disember 2008.

Lima pasukan akan bertanding dalam pusingan kelayakan berkumpulan iaitu Kemboja, Brunei, Laos, Filipina dan Timor Leste pada 17 hingga 25 Oktober 2008 secara timbal balik.

Dua pasukan terbaik dari pusingan kelayakan akan ditempatkan di dalam kumpulan A dan B manakala hanya 2 pasukan sahaja setiap kumpulan yang akan dipilih untuk ke pusingan separuh akhir yang dijalankan pada 16 hingga 21 Disember.

Perlawanan akhir akan dijalankan secara timbal balik pada 24 Disember dan 28 Disember 2008. Selain berjaya merangkul Piala Suzuki AFF 2008, penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai berjumlah USD 100,000 kepada pemenang.

Kumpulan A
Singapura
Indonesia
Myanmar

Kumpulan B
Thailand
Malaysia
VIetnam

Kumpulan Kelayakan
Kemboja
Brunei
Laos
Filipina
Timor Leste

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2008 | Undian Rasmi

  1. syidi_black

    Disember ini bakal menyaksikan Pasukan Malaysia akan cuba melakar sejarah. Malaysia berpeluang melakar sejarah pasukan pertama merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup yang dulunya Tiger Cup.

    Berkenaan undian yang telah dilakukan, menyaksikan Malaysia diletakkan bersama-sama Juara 3 kali Thailand serta Vietnam. Sesungguhnya, pasukan kita perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Seperti kita sedia maklum, Thailand dan Vietnam adalah pasukan yang sukar ditumbangkan. Namun berdasarkan rekod lalu, tidak mustahil untuk kita kalahkan mereka.

    Walau apa pun, sememangnya, pasukan kita perlu bermain bersungguh-sungguh untuk menaikkan kembali martabat bola sepak malaysia di Asia Tenggara sebelum kita melangkah jauh ke pentas yang lebih tinggi.

    Kejohanan ini boleh dijadikan 'turning point' untuk mengembalikan keyakinan peminat bola sepak tempatan yang kini kian menyinar sejak perlawanan persahabatan dengan kelab ternama Chelsea. Percayalah, jika Malaysia mempamerkan aksi seperti perlawanan dengan Chelsea, peminat tempatan sudah semestinya akan lebih bersemangat untuk menyokong Pasukan Kebangsaan kita.

    Selamat berjuang, teruskan usaha demi untuk Malaysia tercinta. Malaysia Boleh!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    AFF Suzuki Cup 2008 ianya adalah keputusan undian yang amat sukar untuk pasukan Malaysia. Bersama Thailand dan Vietnam sudah cukup untuk menggambarkan kesukaran yang perlu dihadapi oleh pasukan Kebangsaan kita. Walaubagaimanapun secara positifnya, kejohanan ini diharap atau bagi peminat setia bolasepak seluruh negara, kejohanan ini diwajibkan untuk para jurulatih, pegawai dan pemain pasukan Malaysia bagi menaikkan martabat bolasepak Malaysia ke landasan yang sebenarnya.Tiada lagi alasan untuk sebarang bentuk kegagalan. Kita tidak mahu mendengar alasan seperti pemain mempamerkan persembahan yang baik tapi masih kalah lagi. Barisan pengurusan skuad Kebangsaan kita harus mengambil pedoman dari ulasan Menteri Belia & Sukan kita di Sukan Olimpik yang lalu iaitu 'Tidak ada istilah untuk sebarang kegagalan seperti kalah tapi selepas memberi saingan, kalah tapi pemain telah mempamerkan persembahan bersemangat"dan yang paling teruk "kalah dengan bergaya". YangIkhlas bersependapat dengan YB Menteri bahawa bila kalah tetap kalah. Tidak ada menang dalam kalah. Kita hendak melihat keputusan positif bukan menilai prestasi dalam kekalahan itu. Kepada pasukan Kebangsaan kita semoga berjaya di Piala AFF 2008 nanti. MALAYSIA BOLEH.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    diharapkan skuad futsal kebangsaan tidak akan menunjukkan prestasi yang malap seperti skuad bola sepak kebangsaan.buat sesuatu supaya nama pasukan kebangsaan akan menjadi sebuah pasukan yang digeruni.bantulah rakyat malaysia supaya kita semua dapat berkumpul distadium beramai ramai untuk menyaksikan anda berlawan seperti mana yang terjadi di negara negara eropah dan di indonesia.kembalikan zaman kegemilangan negara tidak kiralah dalam futsal ker dalam bola sepak ker.ataupun dalam bola sepak pantai.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    yong setuju akan ape yg ditulis Yang Ikhlas.cuma bagi yong,tak kira la siapa lawan kita sbb bila dah diundi semua player harus galas tanggungjawab yg diberi...bercakap soal lawan seteru kita iaitu Thailand sebenarnya jika diimbas kita pernah menewaskan mereka yg terakhir pada saingan tiger cup thn 2004.jadi buat pskn malaysia tidak mustahil mereka boleh lakukan....vietnam juga kita harus pandang yg mereka juga bukan mudah so pastikan ngauman harimau malaya mampu menggegar gawang lwn.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Kepada pasukan Malaysia semoga berjaya kali ini...setelah bertahun mencuba mungkin kali ini rezeki di tangan kita...dari corak permainan yang ditunjukkan ketika persahabatan dengan Chelsea tempohari teman yakin Malaysia boleh berdaya saing dalam kejohanan kali ini...yang penting fokus dan sematkan semangat juang yang tinggi..jangan cepat mengalah sudahlah...semoga sukses!Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.