AFF Futsal Championship 2008 | 30 Ogos 2008 (result)

Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal AFF 2008 apabila tumpas kepada barisan muda Thailand dengan jaringan 4 – 0 di Stadium Nimibutr, Bangkok pada perlawanan separuh akhir semalam.

Gol-gol pasukan Thailand bawah 21 tahun itu dijaringkan oleh Nattawut Kongnimit pada minit ke 31, Suphahut Thueanklang minit ke 36, Nattavut Madyalan minit ke 38 dan Kritsada Wongkaeo untuk gol terakhir pada minit ke 39.

Dengan kekalahan ini pasukan Malaysia akan bertemu dengan pasukan Brunei untuk penentuan tempat ketiga dan keempat setelah Indonesia membelasah pasukan Brunei dengan jaringan 8 – 1 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu Thailand.

Keputusan & Perlawanan

27 Ogos 2008

Malaysia 4 – 2 Laos
Indonesia 4 – 2 Myanmar
Vietnam 5 – 4 Brunei
Thailand 5 – 4 Filipina

28 Ogos 2008

Laos 5 – 2 Vietnam
Filipina 0 – 7 Indonesia
Brunei 1 – 7 Malaysia
Myanmar 2 – 7 Thailand

29 Ogos 2008

Vietnam 2 – 3 Malaysia
Myanmar 6 – 2 Filipina
Thailand 1 – 3 Indonesia
Brunei 6 – 1 Laos

30 Ogos 2008
Indonesia 8 – 1 Brunei
Malaysia 0 – 4 Thailand

31 Ogos 2008
Brunei vs Malaysia (2:00 petang) – Ketiga/Keempat
Indonesia vs Thailand (4:30 petang) – Juara/Naib Juara

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “AFF Futsal Championship 2008 | 30 Ogos 2008 (result)

  1. miez3

    Apapun teman ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan futsal Malaysia kerana berjaya sehingga ke tahap ini..apapun mereka perlu berusaha lebih gigih pada masa akan datang untuk terus memberi tentangan dan kompetetif dalam sebarang kejohanan...kita masih antara yang terbaik cuma belum sampai masanya lagi..bersabarlah ye...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Thailand perlu diakui terlalu hebat untuk disaingi. Walaupun menurunkan barisan bawah 21 tahun tetapi masih mampu mengalahkan pasukan Malaysia. Sebaiknya pengurusan FAM mengambil contoh pembangunan bolasepak khususnya Futsal yang dilakukan oleh Thailand. Tahniah juga kepada pemain Malaysia kerana berjaya ke peringkat separuh akhir ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman rasalah,mengapa kekalahan pasukan kebangsaan tidak mampu untuk meraih kemenangan keatas pasukan thailand. sebabnya pasukan kebangsaan memang tidak bijak dalam sukan ini. seharusnya pergi buat kerja lain lagi bagus

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.