AFF Futsal Championship 2008 | 29 Ogos 2008 (result)

Malaysia mencatatkan kemenangan dramatik apabila menewaskan pasukan Vietnam dalam pertemuan terakhir kumpulan B dengan keputusan 3 – 2 di Stadium Nimibutr, Bangkok untuk bertemu pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir petang nanti.

Gol-gol pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 7 untuk gol pertama sebelum Mohd Fadhil Karnim menyumbat gol kedua pada minit ke 14 untuk memastikan Malaysia mendahului Vietnam 2 – 0 pada separuh masa pertama.

5 minit bersambung separuh masa kedua, Vietnam menjaringkan gol pertama mereka melalui Nguyen Quang Minh dan Truong Quoc Tuan menyamakan kedudukan pada minit ke 35 sebelum kapten pasukan Malaysia, Addie Azwan Zainal menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk memastikan Malaysia menang 3 – 2.

Sementara itu dalam kumpulan A, juara bertahan Thailand yang menurunkan rata-rata pemain bawah 21 tahun mereka untuk kejohanan ini tumpas mengejut kepada pasukan Indonesia 3 – 1 pada perlawanan terakhir mereka.

Keputusan ini menyebabkan Malaysia bakal berdepan dengan pasukan Thailand untuk saingan peringkat separuh akhir hari ini dan Indonesia bertemu Brunei yang layak dari kumpulan B berdasarkan kelebihan jaringan setelah menewaskan Laos 6 – 1.

Keputusan & Perlawanan

27 Ogos 2008

Malaysia 4 – 2 Laos
Indonesia 4 – 2 Myanmar
Vietnam 5 – 4 Brunei
Thailand 5 – 4 Filipina

28 Ogos 2008

Laos 5 – 2 Vietnam
Filipina 0 – 7 Indonesia
Brunei 1 – 7 Malaysia
Myanmar 2 – 7 Thailand

29 Ogos 2008

Vietnam 2 – 3 Malaysia
Myanmar 6 – 2 Filipina
Thailand 1 – 3 Indonesia
Brunei 6 – 1 Laos

30 Ogos 2008
Indonesia vs Brunei (2 petang)
Malaysia vs Thailand (4 petang)

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “AFF Futsal Championship 2008 | 29 Ogos 2008 (result)

  1. matahari_terbit

    bermainlah kerana allah bukan kerana wang.tugas kita didunia sebagai makhluk allah harus dilakukan dengan seikhlas hati. kita tidak sepatutunya gentar untuk menghadapi mana mana pasukan didalam dunia ini,cuma yang wajibnya kita harus menghormati tidak kira apa agamanya,apa bangsanya apa jua latarbelakanya. ingat seandainya kita dapat melakukan itu semua maka skuad futsal negara mampu melangkah ke peringkat tertinggi dalam dunia dengan penuh keberkatan insyallah

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. YangIkhlas

    Tahniah kepada pasukan Futsal kebangsaan kita berjaya juga mengatasi Vietnam. Teruskan pencapaian baik anda semua.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.