AFF Futsal Championship 2008 | 28 Ogos 2008 (result)

Semalam pasukan Malaysia telah berjaya mencatatkan kemenangan kedua menewaskan pasukan Brunei dengan keputusan 7 gol berbalas 1 pada Kejuaraan Futsal AFF 2008 yang bertempat di Stadium Nimibutr Bangkok, Thailand.

Gol-gol Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd Ruzaley pada minit ke 11 dan 31, Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 16 dan 25, Muizzuddin Mohd Haris minit ke 20, Addie Azwan Zainal minit ke 24 serta Ahmad Hanif Sarmin pada minit ke 36.

Malaysia yang diletakkan di dalam kumpulan B sebelum ini telah membenam cabaran Laos pada 27 Ogos yang lalu dengan kemenangan 4 – 2. Hari ini pasukan kebangsaan akan menentang pasukan Vietnam untuk perlawanan terakhir kumpulan B.

Kemenangan pada perlawanan terakhir ini cukup penting untuk mengelak pertemuan awal dengan juara 4 musim berturut-turut AFF Futsal Championship, Thailand yang tidak pernah tewas dan menguasai kumpulan A ketika ini.

Kejohanan ini bermula pada 27 Ogos 2008 dan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2008.

Kumpulan A

  1. Thailand
  2. Filipina
  3. Indonesia
  4. Myanmar

Kumpulan B

  1. Malaysia
  2. Laos
  3. Vietnam
  4. Brunei

Keputusan & Perlawanan:

27 Ogos 2008

Malaysia 4 – 2 Laos
Indonesia 4 – 2 Myanmar
Vietnam 5 – 4 Brunei
Thailand 5 – 4 Filipina

28 Ogos 2008

Laos 5 – 2 Vietnam
Filipina 0 – 7 Indonesia
Brunei 1 – 7 Malaysia
Myanmar 2 – 7 Thailand

29 Ogos 2008

Vietnam vs Malaysia
Myanmar vs Filipina
Thailand vs Indonesia
Brunei vs Laos

Likes(0)Dislikes(0)

3 thoughts on “AFF Futsal Championship 2008 | 28 Ogos 2008 (result)

  1. YangIkhlas

    Semoga pasukan Futsal Kebangsaan kita akan terus mengibarkan Jalur Gemilang sehingga ke perlawanan akhir kejohanan Futsal AFF ini. Tewaskan Vietnam untuk mengelak Thailand di separuh akhir nanti. Ini kerana Thailand terbukti cukup handal bukan hanya di peringkat ASEAN ini tetapi juga di peringkat Asia. MALAYSIA BOLEH....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    allhamdulillah,syukur kerana allah swt mengizinkan skuad negara melangkah ke separuh akhir,oleh itu diharapkan seluruh rakyat malaysia amnya dan semua yang terlibat dalam skuad futsal khasnya,berdoalah dengan penuh kesyukuran agar allah yang mencipta kita semua dengan penuh kesyukuran kerana skuad futsal negara mampu membuat sesuatu dalam arena sukan kali ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Malaysia dilihat agak agresif dalam mencari tempat dalam kejohanan ini. Permulaan ini diharap dapat diteruskan hingga ke akhirnya dengan jayanya.

    Sekurang-kurangnya dapat mengubati luka peminat bola sepak tempatan yang agak suram kebelakangan ini. Percayalah jika kita cepat belajar maka cepatlah kita menuai hasil. Namun harus diingat, tiada perkara yang mudah di dunia ini. Semuanya bermula dengan pengorbanan yang memeritkan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.