AFF Futsal Championship 2008 | 28 Ogos 2008 (result)
August 29th, 2008 by webmaster
Semalam pasukan Malaysia telah berjaya mencatatkan kemenangan kedua menewaskan pasukan Brunei dengan keputusan 7 gol berbalas 1 pada Kejuaraan Futsal AFF 2008 yang bertempat di Stadium Nimibutr Bangkok, Thailand.
Gol-gol Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd Ruzaley pada minit ke 11 dan 31, Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 16 dan 25, Muizzuddin Mohd Haris minit ke 20, Addie Azwan Zainal minit ke 24 serta Ahmad Hanif Sarmin pada minit ke 36.
Malaysia yang diletakkan di dalam kumpulan B sebelum ini telah membenam cabaran Laos pada 27 Ogos yang lalu dengan kemenangan 4 - 2. Hari ini pasukan kebangsaan akan menentang pasukan Vietnam untuk perlawanan terakhir kumpulan B.
Kemenangan pada perlawanan terakhir ini cukup penting untuk mengelak pertemuan awal dengan juara 4 musim berturut-turut AFF Futsal Championship, Thailand yang tidak pernah tewas dan menguasai kumpulan A ketika ini.
Kejohanan ini bermula pada 27 Ogos 2008 dan dijangka berakhir pada 31 Ogos 2008.
Kumpulan A
- Thailand
- Filipina
- Indonesia
- Myanmar
Kumpulan B
- Malaysia
- Laos
- Vietnam
- Brunei
Keputusan & Perlawanan:
27 Ogos 2008
Malaysia 4 - 2 Laos
Indonesia 4 - 2 Myanmar
Vietnam 5 - 4 Brunei
Thailand 5 - 4 Filipina
28 Ogos 2008
Laos 5 - 2 Vietnam
Filipina 0 - 7 Indonesia
Brunei 1 - 7 Malaysia
Myanmar 2 - 7 Thailand
29 Ogos 2008
Vietnam vs Malaysia
Myanmar vs Filipina
Thailand vs Indonesia
Brunei vs Laos
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- AFF Futsal Championship 2008 | 30 Ogos 2008 (result)
- AFF Futsal Championship 2008 | 31 Ogos 2008 (result)
- AFF Futsal Championship 2008 | 29 Ogos 2008 (result)
- AFF Suzuki Cup 2008 | Undian Rasmi
- Patutkah Pasukan Bolasepak Malaysia Ranking ke 159 ?
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: AFF Futsal Championship 2008 | 28 Ogos 2008 (result)





Semoga pasukan Futsal Kebangsaan kita akan terus mengibarkan Jalur Gemilang sehingga ke perlawanan akhir kejohanan Futsal AFF ini. Tewaskan Vietnam untuk mengelak Thailand di separuh akhir nanti. Ini kerana Thailand terbukti cukup handal bukan hanya di peringkat ASEAN ini tetapi juga di peringkat Asia. MALAYSIA BOLEH….
allhamdulillah,syukur kerana allah swt mengizinkan skuad negara melangkah ke separuh akhir,oleh itu diharapkan seluruh rakyat malaysia amnya dan semua yang terlibat dalam skuad futsal khasnya,berdoalah dengan penuh kesyukuran agar allah yang mencipta kita semua dengan penuh kesyukuran kerana skuad futsal negara mampu membuat sesuatu dalam arena sukan kali ini.
Malaysia dilihat agak agresif dalam mencari tempat dalam kejohanan ini. Permulaan ini diharap dapat diteruskan hingga ke akhirnya dengan jayanya.
Sekurang-kurangnya dapat mengubati luka peminat bola sepak tempatan yang agak suram kebelakangan ini. Percayalah jika kita cepat belajar maka cepatlah kita menuai hasil. Namun harus diingat, tiada perkara yang mudah di dunia ini. Semuanya bermula dengan pengorbanan yang memeritkan.