Kem Latihan Bolasepak Kebangsaan - 27 Ogos 2008
Posted in Bolasepak Malaysia on August 27th, 2008 5 Comments »
Skuad bolasepak kebangsaan akan mengadakan satu sesi latihan bersama yang dikendalikan oleh Mohd Zaki Sheikh Ahmad setelah ketua jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan tidak dapat menghadiri latihan tersebut kerana mempunyai urusan di New York.
Latihan ini adalah persiapan awal bagi menghadapi perlawanan persahatan yang bakal diadakan pada bulan depan di Slovakia serta Pestabola Merdeka dan Kejohanan Piala AFF (Tiger Cup) yang dijadualkan pada bulan Oktober nanti.
Setakat berita ini ditulis pihak kami dimaklumkan hanya 2 pemain dari pasukan Perak terpilih iaitu Hardi Jaafar dan S. Subramaniam manakala Selangor pula membariskan 5 orang pemain iaitu Shukor Adan, Indra Putra, Amirulhadi, Asraruddin Putra dan Safee Sali.
Walaupun menjuarai 3 piala selama dua musim berturut-turut, hanya 3 orang pemain skuad Kedah terpilih untuk menyertai kem latihan kebangsaan ini iaitu penjaga gol utamanya, Helmi Eliza, Khyril Muhymeen dan…

