TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Terengganu Vs Kedah
August 17th, 2008 by webmaster

Ahad 17 Ogos 2008
Terengganu (0) 2 vs 0 (3) Kedah
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Kedah melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia 07/2008 walaupun tewas 2 gol tanpa balas kepada pasukan tuan rumah Terengganu pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sebentar tadi.
Terengganu membuka tirai jaringan pada minit ke 6 melalui Ashari Shamsuddin sebelum menambah satu lagi gol pada minit ke 42 untuk menjadikan kedudukan Terengganu mendahului Kedah 2 - 0 pada separuh masa pertama.
Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan dan apabila perlawanan tamat, pasukan Kedah layak ke perlawanan akhir bertemu Selangor berdasarkan keputusan aggregat 3 - 2.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Johor FC Vs Selangor
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Kedah Vs Perak (review)
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1 (result)
- TM Piala Malaysia - Perak Layak Ke Suku Akhir
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Terengganu Vs Kedah





Tahniah kepada pasukan Kedah kerana layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2008. Kepada pasukan Terengganu diharap tidak berputus asa dengan mencuba lagi di musim hadapan.
Ianya tidak seperti yang diramal. Mungkin Kedah menyimpan taringnya ketika berkunjung ke Terengganu.
Tetapi, Kedah tetap berjaya sekali lagi layak ke perlawanan akhir. Cuma tinggal Selangor yang menjadi batu penghalang terakhir untuk mereka menjulang Piala Keramat ini. Dapatkah Kedah mempertahankan kejuaraan ini? Kita tunggu minggu hadapan.
spt yg dijangka memang kedah pi punya.walaupun terengganu tetap tidak menyerah walaupun mereka juga bermain penuh tekanan.masing-masing nak menang so good luck buat kedah pada yg tewas boleh baiki di masa akan dtg..
Pujian Trans buat Terangganu atas semangat juang mereka cuba mengejar walaupun dah ketinggalan 3 jaringan…pun demikian tahniah buat Kedah kerana berjaya mengekang Terengganu…Kedah akan bertemu selangor di perlawanan akhir kali ni…Trans pasti ramai yang akan menjangkakan Kedah akan menundukkan Terengganu dalam perlawanan ni nanti…
sememang sudah dijangkakan dari seluruh rakyat malaysia bahawa pasukan sang kenari akan terus terbang ke perlawanan akhir. tetapi boleh dikatakan keputusan yang diluar jangkaan terengganu menewaskan pasukan sang kenari dengan jaringan 2 berbalas 0. tetapi sudah pasti azrai kor merehatkan strategi pemusnah untuk dilakukan di perlawanan akhir nanti. yang penting diperlawanan akhir nanti janganlah pula menggunakan strategi yang sama seperti menentang pasukan perak pada perlawanan tahun lepas buat ramai orang marah saja.