TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1
August 13th, 2008 by webmaster

Dua perlawanan peringkat separuh akhir pertama TM Piala Malaysia akan dilangsungkan malam ini dengan juara bertahan Kedah menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Aman manakala Selangor pula berhadapan dengan Johor FC di Stadium Shah Alam.
Selangor vs Johor FC
Stadium Shah Alam, Selangor
Kedah vs Terengganu
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Perlawanan akan dilangsungkan pada pukul 8:45 malam.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1 (result)
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2
- TM Piala Malaysia | Suku Akhir - Kedah Vs Perak (review)
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Terengganu Vs Kedah
- TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 2 | Johor FC Vs Selangor
Print This Post
If you found this page useful, consider linking to it.
Simply copy and paste the code below into your web site or your posting (Ctrl+C to copy)
It will look like this: TM Piala Malaysia 07/2008 | Separuh Akhir 1





yong harap kedua-dua gelanggang ini mampu memberi sesuatu.tahniah buat 4 pasukan,…..
pada pendapat teman pasukan yang akan layak ke peringkat akhir ialah pasukan kedah dan johor fc. kerana pasukan johor fc adalah sebuah pasukan yang sedang meningkat naik untuk menewaskan pasukan selangor yang hanya gah pada nama. tetapi pasukan johor fc memiliki pemain yang mampu membuat sesuatu diluar jangkaan. kedah pula mempunyai pemain yang bagus disetiap bahagian, terutama dibahagian sayap dan penyerang yang dimiliki oleh khayreel muhaimin,badrol bakhtiar,marlon alex james dan nelson. mereka adalah nadi utama skuad sang kenari. mereka mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan.
asalamualaikum semua…
Tahniah untuk pasukan yang layak ke semi final…Saya selaku penyokong pasukan Kedah sememangnya menyokong pendapat dan ramalan dari cik matahari_terbit..InsyaAllah tahun nie stadium bukit jalil akan di penuhi dengan lautan hijau kuning dan Orange di mana pasukan Kedah akan bertemu pasukan Johor FC..
Selangor Vs Johor FC
Saya kagum dengan barisan pemain yang dibimbing oleh Ramlan Rashid yang telah menunjukkan permainan yang menarik dan bertenaga pada setiap perlawanan. Johor FC telah berjaya melahirkan anak2 muda yang berbakat dan bersungguh2 untuk bermain di dalam pasukan…Pasukan Selangor apa kurang hebatnya…tetapi sejak kebelakangan ini, pasukan selangor nampak terumbang ambing dan tidak konsisten di dalam perlawanan yang lalu..Kemenangan yang berpihak pada Selangor sebelum ini boleh dikatakan nasib menyebelahi mereka..Sekiranya pasukan Selangor tidak menunjukkan perubahan pada pasukan dan tidak mengambil kelebihan bermain di stadium sendiri, saya yakin Johor FC akan menang malam ini…
Kedah vs Terengganu
Insyaallah, Saya dan fan2 dari utara berharap Kedah akan mencari gol sebanyak mungkin di alor star malam ini..Saya yakin dengan pasukan kedah..Kedah akan menang malam ini..Kedah di tahap prestasi dan kesungguhan yang memuncak!
Ramalan
Kedah 4 vs Terengganu 0
Selangor 1 vs Johor Fc 2
Kempen Piala Malaysia 2008 sudah hampir ke kemuncaknya. Kepada pasukan yang layak ke Separuh Akhir, Tahniah diucapkan.
Saingan Separuh Akhir bakal menyajikan aksi-aksi yang menarik, yang mana pasukan yang bertanding dilihat mampu mewarnai sisa-sisa Musim 2008.
Untuk membuat ramalan keputusan dilihat amat sukar terutamanya perlawanan antara Selangor dan Johor FC. Ini kerana Johor FC telah mempamerkan aksi yang memberansangkan ketika menumbangkan Myteam diperingkat Suku Akhir yang lalu. Sesuatu yang menakjubkan kerana Myteam adalah antara pasukan menunjukkan prestasi yang membanggakan.
Oleh yang demikian, berkemungkinan prestasi unggul ini bakal diteruskan ketika menentang The Red Giant malam ini.
Untuk perlawanan Kedah dan Terengganu, ramai yang akan menjangkakan kedah akan menang. Namun begitu, harus diingat, Terengganu juga bukan calang-calang pasukan dan ditambah lagi dengan beraksi di perlawanan separuh akhir yang amat penting untuk mereka mencipta kejutan kerana suasana di peringkat ini amat berbeza sama sekali. Sudah tentu Pengendali Terengganu telah merencana sesuatu untuk memalukan Sang Kenari di tempat sendiri.
Apa-apa pun Selamat Maju Jaya dan Tahniah.
Salam untuk semua…
Tahniah kedah kerana berjaya membenam Terengganu 3-0 di Alor Star malam ni… Teman berkata atas flatform pasukan dari utara….