Posted in Bolasepak Malaysia on August 31st, 2008 3 Comments »
Malaysia gagal untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Futsal AFF 2008 apabila tumpas kepada barisan muda Thailand dengan jaringan 4 - 0 di Stadium Nimibutr, Bangkok pada perlawanan separuh akhir semalam.
Gol-gol pasukan Thailand bawah 21 tahun itu dijaringkan oleh Nattawut Kongnimit pada minit ke 31, Suphahut Thueanklang minit ke 36, Nattavut Madyalan minit ke 38 dan Kritsada Wongkaeo untuk gol terakhir pada minit ke 39.
Dengan kekalahan ini pasukan Malaysia akan bertemu dengan pasukan Brunei untuk penentuan tempat ketiga dan keempat setelah Indonesia membelasah pasukan Brunei dengan jaringan 8 - 1 untuk menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu Thailand.
Keputusan & Perlawanan
27 Ogos 2008
Malaysia 4 - 2 Laos
Indonesia 4 - 2 Myanmar
Vietnam 5 - 4 Brunei
Thailand 5 - 4 Filipina
28 Ogos 2008
Laos 5 - 2 Vietnam
Filipina 0 - 7 Indonesia
Brunei 1 - 7 Malaysia
Myanmar 2… Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on August 30th, 2008 2 Comments »
Malaysia mencatatkan kemenangan dramatik apabila menewaskan pasukan Vietnam dalam pertemuan terakhir kumpulan B dengan keputusan 3 - 2 di Stadium Nimibutr, Bangkok untuk bertemu pasukan Thailand pada perlawanan separuh akhir petang nanti.
Gol-gol pasukan Malaysia telah dijaringkan oleh Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 7 untuk gol pertama sebelum Mohd Fadhil Karnim menyumbat gol kedua pada minit ke 14 untuk memastikan Malaysia mendahului Vietnam 2 - 0 pada separuh masa pertama.
5 minit bersambung separuh masa kedua, Vietnam menjaringkan gol pertama mereka melalui Nguyen Quang Minh dan Truong Quoc Tuan menyamakan kedudukan pada minit ke 35 sebelum kapten pasukan Malaysia, Addie Azwan Zainal menjaringkan gol kemenangan pada lewat permainan untuk memastikan Malaysia menang 3 - 2.
Sementara itu dalam kumpulan A, juara bertahan Thailand yang menurunkan rata-rata pemain bawah 21 tahun mereka untuk… Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on August 29th, 2008 3 Comments »
Semalam pasukan Malaysia telah berjaya mencatatkan kemenangan kedua menewaskan pasukan Brunei dengan keputusan 7 gol berbalas 1 pada Kejuaraan Futsal AFF 2008 yang bertempat di Stadium Nimibutr Bangkok, Thailand.
Gol-gol Malaysia telah dijaringkan oleh Mohd Ruzaley pada minit ke 11 dan 31, Muhammad Fadhil Yusof pada minit ke 16 dan 25, Muizzuddin Mohd Haris minit ke 20, Addie Azwan Zainal minit ke 24 serta Ahmad Hanif Sarmin pada minit ke 36.
Malaysia yang diletakkan di dalam kumpulan B sebelum ini telah membenam cabaran Laos pada 27 Ogos yang lalu dengan kemenangan 4 - 2. Hari ini pasukan kebangsaan akan menentang pasukan Vietnam untuk perlawanan terakhir kumpulan B.
Kemenangan pada perlawanan terakhir ini cukup penting untuk mengelak pertemuan awal dengan juara 4 musim berturut-turut AFF Futsal Championship, Thailand yang tidak pernah tewas dan menguasai… Continue reading
Posted in Bolasepak Malaysia on August 28th, 2008 5 Comments »

Satu undian rasmi telah dijalankan di Jakarta, Indonesia semalam untuk kejohanan Piala Suzuki AFF 2008 yang bakal dilangsungkan pada bulan Disember 2008. Kejohanan dwi tahunan ini dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger (Tiger Cup).
Pasukan Malaysia yang diletakkan dalam kumpulan B bakal berentap dengan juara sebanyak 3 kali dan tuan rumah kumpulan ini iaitu Thailand, Vietnam dan satu lagi pasukan yang akan diputuskan melalui perlawanan kelayakan.
Sementara itu pasukan Indonesia menjadi tuan tumah kepada juara edisi 2006 iaitu Singapura serta Myanmar dalam kumpulan A. Kejohanan ini bakal membuka tirainya pada 5 hingga 12 Disember 2008.
Lima pasukan akan bertanding dalam pusingan kelayakan berkumpulan iaitu Kemboja, Brunei, Laos, Filipina dan Timor Leste pada 17 hingga 25 Oktober 2008 secara timbal balik.
Dua pasukan… Continue reading