TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 5 Julai 2008
Stadium Utama Negeri, Kangar
8.45mlm.

Perlawanan kelima kumpulan C, TM Piala Malaysia untuk pasukan Perak ialah bertemu Perlis di Stadium Utama Negeri, Kangar. Pada tarikh ini juga hanya terdapat satu sahaja perlawanan yang dijalankan berikutan pertukaran jadual oleh FAM.

Pada perlawanan pertama yang diadakan di Stadium Perak pada 11 Jun 2008, Perak telah mencatatkan keputusan seri 1 – 1 walaupun pada satu ketika mendahului lawan seawal minit ke-4 melalui Carlos Caceres.

Perak kini menduduki tangga ke-4 kumpulan C dengan 1 kemenangan dan 3 kali seri setelah mengharungi 4 perlawanan sebelum ini. Sememangnya kemenangan adalah sesuatu yang diharapkan untuk terus bersaing dalam kumpulan C yang diterajui My Team dengan 12 mata.

Perlawanan yang dijangka akan diadili oleh pengadil berstatus FIFA, Subkhiddin Haji Mohd Salleh ini diharap mampu menarik perhatian penggemar bolasepak tempatan setelah demam euro berakhir tempohari.

Jika dihitung rekod di atas kertas, pasukan Perak telah tumpas kepada Perlis di pertemuan terakhir mereka di Stadium Utama Negeri pada 15 Januari 2008 dengan jaringan 2 gol tanpa balas dalam kempen TM Liga Super.

Gol-gol tersebut dijaringkan pada 10 minit terakhir permainan dengan Chan Wing Hoong turut tersenarai sebagai penjaring gol sendiri. Ini menunjukkan barisan pertahanan Perak agak longgar pada lewat separuh masa kedua dan berjaya dibolosi oleh lawan.

Penulis menjangkakan tidak banyak perubahan yang berlaku kepada kesebelasan utama Perak sewaktu menentang Perlis nanti. Mungkin hanya satu atau dua pertukaran pemain akan dilakukan oleh Steve Darby.

Ramalan penulis,

Perlis 1 – 1 Perak

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (review)

  1. matahari_terbit

    diharapkan skuad seladang akan terus memenangi pelawanan kali ini,demi menjaga maruah diri sendiri insyaallah kalau bermain kerana yang maha kuasa maka akan dibuka ruang olehnya untuk menggapai kemenangan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    yong rasa mesti menarik perlawanan mlm esok,yelah sapa menang dia akan terus menerajui tangga kedua sambil mengejar pskn myteam.maksudnya kalo perlis menang game tu bermakna perlis akan terus kekal di tangga kedua manakala perak pulak tak boleh tewas kalo nak naik tangga kedua & teruskan rentak utk cari tmpt ke pusingan seterusnya.so for the next game yong harap steve dpt rencanakan pskn supaya 3 mata penuh berjaya dikutip.utk semua player all out ok.ni game penting utk tgk sejauh mana peluang yg kita ada.(harap ada le live kat tv ye)...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Sememangnya kita memerlukan kemenangan nanti. Menang bermakna kita layak ke suku akhir. Namun begitu, diharapkan Seladang bangkit untuk kemenangan. Dalam keadaan sekarang saya amat yakin kita akan catat kemenangan. Harap-Harap begitulah hendaknya. Doakan kemenangan Pasukan SELADANG. Selamat maju jaya .TQ .SKOR YOB SKOR!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Hoping for resurrection....you all can do it only multiple your effort and try to win back our heart....Perak always the best!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. matahari_terbit

    teman cadangkan ketika menentang perlis nanti

    Barisan Perak:

    Hamsani Ahmad

    azlan zainal - Mario Berrios - s.subramaniam

    shahrulnizam - Ahmad Shahrul - K. Nanthakumar - Hardi Jaafar - Danial Fadzly

    carlos ceceras - Ahmad Fakri

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Kemenangan amat penting bagi pasukan Perak. Sebarang keputusan lain akan menyebabkan persaingan dalam kumpulan C ini menjadi sukar untuk Perak. Selamat berjuang dan maju jaya hendaknya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Yashurr Yazurry

    Buat yang kedua kalinya
    Saya minta maaf..

    Saya tetap dengan pendirian saya,
    Caseres mampu menyerlah malam ini....

    Kejor Yob Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.