TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 5 Julai 2008
Stadium Utama Negeri, Kangar
8.45mlm.

Perlis 3 – 1 Perak

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Azlan Zainal – Mario Berrios – Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Ahmad Fakri

Perlis berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 2 hasil sepakan penalti oleh Gustavo Roberto Chena setelah Ahmad Fakri dikatakan mengasari Azi Shahril Azmi di dalam kotak penalti Perak. Gustavo Roberto Chena mengambil penalti tersebut sebanyak 2 kali kerana jaringan beliau yang pertama tidak disahkan oleh pengadil.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Perak berjaya membalas melalui satu sepakan percuma oleh Mario Berrios dari jarak 25 meter pada minit ke 15. Bola tendangan tersebut gagal ditangkap kemas oleh Zainal Rabin dan bergolek masuk.

Minit ke 38, Farderin Kadir menjaringkan gol kedua buat pasukan Perlis apabila beliau yang menerima hantaran dari Philimon Chipeta berjaya melepasi halangan dari Danial Fadzly sebelum memperdayakan Hamsani Ahmad untuk menjadikan kedudukan Perlis mendahului Perak dengan 2 – 1 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Perlis yang menguasai permainan dilihat lebih banyak mengatur serangan ke kubu pasukan Perak namun hampa dengan ketangkasan Hamsani Ahmad yang berjaya menafikan beberapa peluang wajib gol dari pemain Perlis.

Malang menimpa pasukan Perak apabila pada minit ke 90 ketua pasukan, Ahmad Shahrul Azhar dilayangkan kad merah kerana menerjah K. Soley sewaktu perebutan bola. Permainan menjadi sedikit tegang dengan beberapa insiden kekasaran dari kedua-dua pasukan.

Pada minit ke 92 permainan, Farderin Kadir sekali lagi bijak menyempurnakan hantaran lintang Redzuan Othman apabila menguis bola melepasi Hamsani Ahmad untuk menjadikan kedudukan Perlis menewaskan Perak dengan 3 – 1.

Sedikit kekecohan tercetus sebaik wisel penamat dibunyikan apabila penjaga gol simpanan Perak, Nasril Nourdin menyerbu ke arah penjaga garisan diikuti oleh pemain-pemain lain untuk membantah beberapa keputusan kontroversi beliau.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perlis Vs Perak (result)

  1. penangMai Post author

    Teman ada kat stadium Kangar Semalam….

    pedih dan sedih dengan kata-kata sumbang peminat perlis terhadap pasukan perak… terutama selepas Ahmad Shahrul
    dilayangkan Kad Merah oleh Subkidin kerana mengkasari K Soley apa pendapat warga seladang .net terhadap tindakan Ahmad Shahrul itu ?

    Satu MALAYA dah dah tau Skuad seladang dah broke…..
    sampai coach Darby pun dah guna duit dari card credit sendiri demi skuad perak ….. kita sebagai peminat bola sepak perak ” ipoh mali talak sombong” macamana nak bantu….. Datuk…dah dapat ke gran dari FAM tu?

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ghostwriter

    Saya tertarik dengan kata-kata 'penangMai' di atas iaitu:" ….. kita sebagai peminat bola sepak perak ” ipoh mali talak sombong” macamana nak bantu…..".
    Sebelum ini, saya pernah mengutarakan cadangan di bahagian komen terdahulu. Kita semua sedar bahawa kepincangan pengurusan bolasepak Perak hingga terumbang ambing. Jika tidak, masakan timbul masalah kewangan. Peranan pehyokong Perak bukan hanya sekadar menyokong, pandai berkata-kata sambil memberi komentar di sana sini tetapi juga menyokong dalam bentuk praktikal apabila pasukan yang disayangi bermasalah. Di samping kita mengharapkan perubahan positif berlaku dalam pengurusan Perak, kita sebagai penyokong pula adakah sekadar hendak mengharap dan pandai mengkritik pihak pengurusan sahaja tanpa melakukan sesuatu untuk membantu masalah yang ada? Saya ingin tegaskan di sini bahawa kita bercakap mengenai bolasepak Perak bukan bercakap mengenai badan-badan kebajikan ( kerana ada yang berkata: " daripada bantu memberi wang pada pasukan Perak, lebih baik diberi pada orang susah yang ada dan malah ada penyokong Perak yang mengikat perut, naik kapcai dua kupang dan sebagainya untuk membeli tiket") Saya ingin bertanya disini, kita bercakap mengenai apa? Badan kebajikan atau masalah bolasepak Perak? Sudah tentu hal bolasepak! Pasukan yang anda mengaku amat sayang dan sokong. Adakah semua penyokong Perak yang mengikat perut?? Jika semua penyokong memberi sumbangan walaupun seringgit sudah dapat membantu sedikit sebanyak.

    Mengenai bayaran kerajaan negeri kepada Persatuan Bolasepak Perak. Kita sedia maklum lagi itu semua adalah duit rakyat. Berlaku kepincangan dalaman pengurusan. Inilah saya kata sebentar tadi, adakah kita sebagai penyokong hanya mengharap dan sekadar memberi kritikan pedas tanpa membantu secara praktikal pula? Di bawah ini, saya sertakan dua cadangan praktikal untuk membantu pasukan Perak. Saya yakin, anda tentu ada cadangan yang lebih baik lagi untuk membantu pasukan yang kita sayang.

    ( Nota: Berikut adalah cadangan ulangan)

    Cadangan:

    Admin,

    Saya dapati Seladang.net adalah wadah komunikasi bolasepak yang luas hingga menarik minat luar negara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan lain2. Memandangkan Pasukan Perak kita sedang dilanda masalah kewangan, saya ingin mencadangkan agar Seladang.net menjadi saluran bantuan kepada Pasukan Perak. Antara cadangan tersebut ialah:

    1) Adakan tabung sokongan secara ‘on-line’ kepada pasukan Perak seperti meletakkan akaun di laman web ini agar penyokong2 dapat depositkan wang sokongan(bantuan) kepada pasukan Perak di atas nama Seladang.net.
    2) Menjual barangan terpakai(bundle) secara on-line dari penyokong-penyokong Perak di laman web ini (seperti ebay), dan hasil jualannya disalurkan ke pasukan Perak.

    Ini hanyalah cadangan ringkas. Saya serahkan cadangan ini kepada budibicara dan maklumbalas pihak Seladang.net dan rakan-rakan yang lain. Semoga ini dapat meringankan sedikit beban pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Tekanan demi tekanan dialami oleh skuad Seladang kita, apa-apa pun kita redha je la. Saya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Namun tetap setia dengan pasukan Seladang ini. Kepada Ghostwriter, well done, dan saya sokong 100% cadangan anda. Harap ada follow up dari pihak pengurusan Seladang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    yong tak berkesempatan pergi ke kangar sbb jauh sgt.tp yong tetap tgk live kat tv.soalan yg penangMai tanya psl ahmad shahrul tu,bagi yong kalo nengok semula tindakan tu adalah tindakan yg tidak disengajakan bukan atas sengaja,terpijak sebenarnya.tapi yelah keputusan pengadil tetap muktamad.lebih lagi subkidin sorang pengadil yg sgt dihormati oleh semua player.cuma dlm pada adil pun yong tetap rasa sedikit kurang fhm kenapa tindakan fauzi nan pada hardi jaafar di minit terakhir perlawanan dibiarkan oleh ref.terang-terang dpt lihat.tu pasal hardi naik angin.that's why la cermin bilik persalinan boleh pecah.walaupun tu bukan tindakan pemain profesional tapi dlm keadaan mcm tu,siapa yg tak marah & lagi satu yg yong nak katakan,game mlm tu memang serba tak kena.mcm ada byk kurang.perlis silih berganti tukar org tapi steve....apepun hanya steve tahu akan percaturan yg terbaik buad skuad & jutaan terima kasih jugak pada steve atas semua bantuan anda,jasa & bakti akan kami kenang.juga terima kasih pada penyokong yg memberi bantuan kewangan pada pskn supaya pskn mlm tu dpt travel ke perlis.sedih yong nengok betapa tenatnya pskn yg masih tidak mendapat pembelaan.tolonglah mereka,penat lelah mereka tak de hasil.itulah sebenarnya yg boleh dijadikan salah satu sbbnya.pemain bermain dlm penuh tekanan..sgt merugikan utk game akan dtg bila kapten tak da.(yong nampak fakri pun mcm,hai tak pelah)......walaupun ada yg kata hrpn utk team dah malap tp yong percaya pada rezki.utk player don't give up.kami tetap bangga dgn kamu semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. satorare

    Teman tengok gak game ni kt tv1. Apa yang teman dpt tgk, barisan serangan perak langsung tak menjadi. Carlos caceres dan ahmad fakri macam tak ada persefahaman. Nak harapkan barisan tengah je. Tambah semalam pengadilan pun nampak tak menyebelahi perak. Teman rasa, ahmad sharul patut lebih tenang semalam. Dia sebagai pemain senior harus bertindak sebagai seorang ketua pasukan. Entah la yop. Perak memang tengah masalah ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    YangIkhlas menonton perlawanan ini secara langsung di TV1. Apa yang boleh dikatakan persembahan pasukan Perak adalah satu persembahan sekumpulan pemain yang tidak menerima gaji dan menendang bola seperti tiada arah perancangan. Pemain tidak boleh dipersalahkan. Motivasi yang utama adalah wang ringgit. Apabila sudah hampir 3 bulan lebih tidak bergaji dan kos perjalanan juga ditanggung pihak lain yang prihatin pada pasukan, ianya pasti menjatuhkan semangat dan fokus pemain. Mengenai masalah kewangan Persatuan bolasepak Perak, Kerajaan Perak sepatutnya boleh membantu. Atas sebab politik atau masalah-masalah lain perkara ini tidak diambil perhatian, jauh sekali tindakan dari kerajaan negeri sekarang. Cuba kita semua peminat bayangkan ayat ini : PERSATUAN BOLASEPAK PERAK MEMPUNYAI KEKUATAN KEWANGAN BERJUTA-JUTA RINGGIT DALAN AKAUN PERSATUAN. Saya pasti dan cukup pasti bahawa semua pihak akan mengaku mengambil berat dan berebut-rebut untuk mengambil-alih persatuan. Datuk Pemangku Muhyiddin pastinya akan ditendang keluar hidup-hidup oleh pihak yang berkaitan (Tak tau le pihak mana). Bila persatuan dah nak bankrupt semua pihak hanya membisu seribu bahasa dengan alasan BUKAN TANGGUNGJAWAB KAMI. Cadangan derma dan sumbangan dari pelbagai pihak adalah baik. Tapi kita harus ingat Persatuan Bolasepak Perak adalah seperti hakmilik dan dalam bidang kuasa kerajaan Negeri. Jika tak berminat kerajaan boleh buat cara orang tak berminat. Tapi bila persatuan ada sumber kewangan yang melimpah kelak, jangan letak orang untuk buat kacau. Ini hanya gambaran yang boleh YangIkhlas berikan. Tak kira le kerajaan mana yang berkuasa. TAHNIAH kepada jurulatih SDarby dan pemain yang masih mampu meneruskan perjuangan walaupun dalam keadaan yang serba serbinya amat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku dalam era professional ini. Kepada pihak-pihak yang prihatin dan sentiasa membantu pasukan Perak diucapkan Terima Kasih atas bantuan yang dihulurkan. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matahari_terbit

    teman tak hairan dengan keputusan ini, kerana mereka sebenarnya sudah tidak mampu untuk menahan keseksaan bekerja tanpa gaji. mereka juga manusia biasa seperti kita harus hidup dengan kesempurnaan, mereka ingin wang untuk menanggung perbelanjaan harian mereka. diharapkan penyokong penyokong setia jangan anda mencemuh mereka, kita harus fikir kenapa mereka jadi begitu, cuba anda semua berada ditempat mereka baiklah diharapkan pihak pengurusan melakukan tindakan yang wajar demi menjaga kebajikan pekerja

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. penangMai

    Terima kasih dengan komen panjang lebar dari ghostwriter harap dapat pertimbangan sewajarnya daripada admin.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.