TM Piala Malaysia – Perak Vs Pahang (review)

TM Piala Malaysia

Rabu 09 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan keenam dari 10 perlawanan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysiaialah bertemu pasukan Pahang di Stadium Perak, Ipoh. Perak sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 2 – 2 ketika bertemu pasukan Pahang di Darul Makmur.

Skuad Perak yang baru-baru ini mengalami kekalahan 3 – 1 ketika menentang Perlis  di tempat lawan, harus menggunakan peluang bermain di tempat sendiri untuk memungut mata penuh dan memperbaiki kedudukan dalam kumpulan C.

Khidmat kapten pasukan pasti tidak dapat diturunkan pada 2 perlawanan mendatang akibat penerimaan kad merah namun penulis yakin pemain Perak yang lain mampu untuk menggalas cabaran demi memastikan kemenangan nanti.

Secara matematik, pasukan Perak masih berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya jika mampu mencapai kemenangan pada baki perlawanan yang ada. Itupun jika corak permainan sewaktu menentang Perlis tidak berulang.

Pada penelitian penulis, punca utama kurangnya peminat membanjiri stadium Perak adalah di dorong oleh 2 perkara penting iaitu corak permainan yang membosankan serta prestasi tidak konsisten para pemain sendiri.

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008

Terengganu vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Sarawak vs Selangor
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Kelantan
Stadium Hang Jebat, Melaka

Johor FC vs PDRM
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Sabah vs Kuala Lumpur
Stadium Likas, Kota Kinabalu

My Team vs Perlis
Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya

Johor vs ATM
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam kecuali di Stadium Likas dan Stadium Sarawak iaitu 8:15 malam.

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Pahang (review)

  1. yong85

    kpd semua penyokong andai ada kekurangan pada permainan
    jgn menyalahkan pemain semata sbb kalau org yg hidup susah mereka dibantu oleh bdn yg dipertanggungjawabkan tapi player perak hnya semangat & motivasi mereka saje yg masih membawa kaki mereka turun bermain.jika kita berada di tempat mereka pasti benda yg sama akan terjadi jd tugas kita cume beri sokongan penuh pd mereka.mgkn akan terasa ketiadaan kapten tp yong percaya steve akan fikirkan alternatif lain utk menutup kekurangan itu.buat hardi,khairi & yg lain kawal emosi,fikirkan satu iaitu maruah negeri.peluang pskn masih ada jd buat yg terbaik.yong harap gandingan fakri @ khalid ada nanti jika mereka dpt diturunkan juga buat yg lain dpt memberi sesuatu pd pskn.allah akan membantu anada yg teraniaya.percayalah.go perak....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Apa pun, teman memang berharap sangat perak boleh buat yang terbaik untuk game pahang ni. Walaupun tengah dilanda pelbagai masalah, harap pemain boleh buat yang terbaik untuk team perak. Ubah la sikit corak permainan. Team lain semua dah tau taktik yang sama digunakan. Kesannye, pertahanan perak memang senang untuk dibolosi. Kita boleh tegak masa game perlis. Kelam-kabut pertahanan perak. We miss Keita Mandjou and Troare Abdulaye..

    pesanan admin: Beberapa ayat telah kami perbetulkan kerana "kemalasan" anda menaip dengan baik. Oleh itu tiada lagi pembetulan dari pihak kami selepas ini melainkan "delete" terus komen anda.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. satorare

    mintak maaf en. admin..
    saya akan cuba perbetulkan selepas ini. mungkin sebelum ni saya dah terbiasa dengan penulisan begini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. matahari_terbit

    apapun tahniah kepada pemain pemain yang masih setia untuk teruskan perlawanan walaupun bermain tanpa gaji. kesian saya melihat nasib pemain pemain, mereka seolah olah seperti hamba abdi yang dikerah untuk bekerja tanpa memberi pendapatan yang sewajarnya. sudahlah pemain pemain dimalaysia hanya dibayar gaji bulanan yang rendah. apabila pemain bermain sambil lewa tidak menunjukkan corak permainan yang menarik pemain yang akan disalahkan, kenapa tidak salahkan pengurusan yang membayar gaji yang rendah,sudahlah rendah hendak membayar gaji bulanan pula sukar sangat nak bayar. cuba kita lihat dinegara yang bertaraf profesional dalam arena sukan bola sepak, mereka dibayar dengan mahal, maka mutu permainan yang dipamer juga setaraf dengan bayaran yang mereka terima, begitu juga dimalaysia mereka bermain dengan setaraf yang mereka terima.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. fazly73

    asalamualaikum.....teman harap perak menang le masa main dengan Pahang nanti.kalau kalah teman tak salahkan para pemain......pengurusan kena betulkan...gaji tu cepat le....settle kan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    YangIkhlas dapat merasakan tekanan yang dialami oleh semua pemain dan jurulatih. Tekanan di dalam padang mahupun tekanan di luar padang. Namun kepada pemain skuad Seladang diharap dapat meneruskan perjuangan dengan memenangi semua baki perlawanan yang ada bermula menentang Pahang di Ipoh nanti. Selepas itu hanya perkiraan matematik sahaja yang akan menentukan untung nasib pasukan Perak dalam Piala Malaysia tahun ini. Ketiadaan Ahmad Shahrul sepatutnya digunakan oleh barisan pemain muda untuk mempamerkan kemampuan untuk mengambil alih teraju pasukan Perak di musim-musim yang mendatang. Kedudukan Perak pada masa ini sememangnya amat tidak disangka-sangka oleh kebanyakan peminat dan penyokong setia skuad Seladang ditambah dengan kemelut kewangan yang melanda. YangIkhlas sendiri tidak terkecuali dan berasa amat kecewa dengan keadaan ini. Walau bagaimanapun diharap peminat masih dapat memberi sokongan dan dapat hadir ke Stadium Perak untuk memberikan sokongan. Sama -sama kita hargai pengorbanan yang dibuat pemain dan jurulatih dalam memenuhi perjanjian dalam kontrak sebagai warga bolasepak yang professional dalam menjalankan amanah, biarpun sudah 3 bulan tidak dibayar apa-apa imbuhan atas titis keringat peluh pemain di atas padang. Terima kasih atas perjuanganmu. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. penangMai

    Selamat maju jaya buat SKUAD SELADANG dalam menghadapi cabaran getir TOK GAJAH . AS A FAN moh kita
    penuhkan stadium PERAK seagai pencetus semangat buat SKUAG SELADANG

    Teman nak tanye… Siapa pemain tengah yang di war war dalam paper hari mengamuk dalam bilik persalinan stadum Kangar Perlis tu….

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. ghostwriter

    Benar seperti kata rakan-rakan di atas. Pemain-pemain Perak telah menunjukkan semangat yang jitu dan ikhlas. Terpamer keikhlasan mereka dengan jelas. Sekalipun masalah dalaman melanda, mereka tetap utuh berpendirian mencapai sesuatu kemenangan. Bagi pendapat peribadi saya, walaupun mereka tewas tempoh hari, sebenarnya pasukan Perak memenangi perlawanan tersebut secara moral. Moral? Mengapa tidaknya, bukan kerana kad merah atau cermin pecah yang berlaku, tetapi moral di sini ialah semangat, kesungguhan dan keikhlasan mereka berjuang untuk nama sebuah negeri tercinta, Perak Darul Ridwan. Tanpa ganjaran, tanpa layanan yang sepatutnya diterima, mereka membuktikan semua itu bukan penghalang. Ujian kesusahan ini diterima mereka dengan keikhlasan. Secara langsung atau tidak, tertutup mulut mereka yang mengatakan pemain-pemain Perak bermain kerana wang.

    Walaubagaimanapun, kekuatan wang tetap penting untuk teruskan hayat pasukan Perak. Sampai bila mereka harus menanggung masalah yang ada? Sampai bila?

    Kepada penyokong-penyokong Perak, marilah kita sama-sama membantu pasukan kesayangan kita apa yang terdaya. Dalam masa yang sama, jangan lupa untuk membanjiri stadium kita nanti. Kepada pihak admin dan rakan-rakan sekalian, dapatlah anda semua menilai cadangan-cadangan saya sebelum ini. Saya dahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi_black

    whatever pun, Selamat Maju Jaya. Saya tetap setia dengan sELADANG@ PERAK tanah tempat tumpah darah ku. Tidak Kira lah apa isu yang timbul pun, sama ada tendang cermin sampai pecah, gaji tak dapat ke, that's lumrah hidup dan ianya telah berlaku. Terima lah kenyataan ini, fakta tidak akan berubah. Perak @Seladang tetap garang! Go Perak! Skor YOB Skor, Tumbangkan Gajah....

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. matahari_terbit

    kepada penangMai, takkan tak tahu siapa yang mengamuk. kalau anda tengok live perak dan perlis,pasti anda tahu siapa dia. lagipun dalam akhbar sebelum ini ada paparkan nama pemain tersebut.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. Pakcu

    Berbalik kita kepada pertemuan Seladang dengan Tok Gajah. Kita dipaham akan kehilangan khidmat captain tersohor Perak iaitu Ahmad Sharul Azhar "gara-gara" mendapat "kad merah" di Stadium Utama kangar baru2 ini. Namun ketiadaan beliau diharap jangan lah dianggap sebagai faktor penentu oleh para pemain2 Perak. Tanpa Ahmad Sharul Azhar sebelum ini pun pasukan Perak sudah membuktikan bahawa mereka boleh bermain seperti biasa maka utk pertemuan ini diharap semua pemain Perak dapat berusaha dengan lebih gigih demi menjamin kemenangan. Hanya dengan kemenangan sahaja lah dapat memperbaiki kedudukan Perak dalam kumpulan C Piala Malaysia.

    Kita semua penyokong Perak senantiasa mendoakan kemenangan buat pasukan. Dalam pada itu kita semua maklum dan amat simpati keatas masaalah dalaman yang melanda yang boleh dikategorikan sebagai "tenat". Buat pemain diharap dapatlah menebal serta meningkatkan kesabaran insyaallah nanti akan ada kemanisan dari kepahitan yang sedang anda semua alami ketika ini.

    Sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah, syabas dan rasa berbangga diatas kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain2 Perak yang serba dalam kekurangan dalam menghadapi saat2 yang getir seperti ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.