TM Piala Malaysia – Perak Vs My Team (review)

TM Piala Malaysia

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan kesembilan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia ialah bertemu pasukan My Team di Stadium Perak. Skuad seladang sebelum ini telah mencatatkan kemenangan tipis 1 – 0 ketika bertemu pasukan Johor tempohari.

Perak yang telah mengumpul 15 mata setakat ini wajar meneruskan rentak kemenangan untuk memastikan peluang ke separuh akhir tidak terlepas. Setakat ini My Team masih mendahului kumpulan C dengan 18 mata diikuti oleh pasukan Perlis dengan 16 mata.

Untuk rekod tatapan bersama, pasukan Perak telah bertemu dengan My Team sebanyak 2 kali pada persaingan TM Liga Super yang lalu. Perlawanan pertama pada 21 November 2007 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pasukan Perak telah menang 1 gol tanpa balas.

Manakala pada perlawanan pusingan kedua Liga Super yang dilangsungkan pada 26 April 2008, pasukan Perak telah berjaya menewaskan pasukan My Team dengan keputusan 2 gol berbalas 1 di Stadium Perak, Ipoh.

Menariknya kedua-dua perlawanan ini disaksikan oleh penulis sendiri yang membuat liputan perlawanan ketika itu. Pasukan Perak cukup bernasih baik untuk mencatatkan kemenangan walaupun pasukan My Team lebih banyak menguasai permainan.

Banyak percubaan dan ancaman dari benteng serangan My Team hampa kerana percubaan mereka yang liar serta tidak menepati sasaran. Adakah pertemuan kali ini menjanjikan satu perubahan dan keputusan yang berbeza buat kedua-dua pasukan.?

Sama-samalah kita nantikan malam ini.

YB Corner

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 pada 18 Julai 2008.

Perlis vs Johor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam, Selangor

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 pada 19 Julai 2008.

Pulau Pinang vs Johor FC
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs My Team (review)

  1. YangIkhlas

    Kemenangan amat penting malam ini. Semoga Steve Darby dan anak-anak buahnya berjaya melakukannya malam ini. Pintu ke suku akhir berada dalam tangan sendiri. Oleh itu berjuanglah habis-habisan untuk kemenangan mutlak malam ini. Selamat berjuang. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    spt penulis,yong juga turun ke Kelana Jaya sewaktu perak main kat sana & yong juga setuju dgn penulis,walaupun kita menang waktu tu tapi myteam juga memberi tentangan yg hebat cuma tak de peluang je menang.jd yong rasa mlm ni kedua-dua pskn baik perak mahupun myteam pasti akan all out utk pastikan 3 mata penuh.buat pskn perak,mlm ni ape pun berlaku kita perlu menang utk pastikan kita ke suku akhir & ada peluang jd 2 yg terbaik dlm pskn.jgn harapkan keputusan pskn lain utk bantu kita ke pusingan seterusnya tapi semua pemain harus berikan komitmen jitu dln permainan mlm ni.teruskan rentak kemenangan sbb bg yong moral pemain sekarang di tahap yg cukup tinggi dgn game yg lepas.so buat the best yong tahu semua player mampu lakukan.go perak....(nanti masa perak turun ke Kelana Jaya,kalo free yong pun pi utk beri support).

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matyeop

    a'kum...perlawanan pada malam ini dan seterusnya memang penting dalam menentukan pskn kita layak ke peringkat seterusnya......mat yeop harap pskn kita tidak mensia-siakannya bagi menentang pskn my team yang lihat hebat dalam pusingan piala malaysia ini......segala kelemahan harus dikaji dan corak permainan yang ditunjukan oleh pskn my team harus lah pskn kita membuat penilaian agar segala kekurangan dapat diatasi segera...setiap langkah harus dikaji agar tidak terkulai nanti....ayuh yeop bangun dan serlahkan kehebatan pada malam ini............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. doyan

    assalamualaikum semua dan juga kepada saudara Penulis.ini kali pertama saya reply pendapat disini dan ada salah silap harap maafkan.

    Perak pasti menghadapi perlawanan yang cukup getir apa bila bertemu MY Team malam nanti.Dengan persiapan yang cukup rapi oleh My Team dengan membuat rakaman video perlawanan Perak vs Johor PG pasti telah diteliti oleh Bojan Hodak dan pasti juga mereka telah merencanakan strategi-strategi yang amat berkesan dan ampuh apabila bertemu Perak.Barisan Pertahanan mereka yang diketuai oleh khairunisam sahabuddin @ Botak juga keeper mereka Faizal Rashid pasti membuatkan barisan Tengah dan Penyerang Perak perlu membuat kerja keras untuk menghasilkan jaringan.Gandingan Cacares dan Fakri perlulah tidak melepaskan peluang yang ada.

    Di barisan Perak...Semangat yang ditunjukkan di perlawanan-perlawanan sebelum ini haruslah diteruskan bagi meneruskan rentak kemenangan bagi memburu tempat ke suku akhir dan mengelakkan bertemu pasukan pasukan Selangor atau Kedah di awal saingan nanti.

    Kami Peminat-peminat Perak walau dimana jua berada menyokong perjuangan sejati anda-anda semua...Pemain-Pemain Perak.Semoga Piala Malaysia dapat dibawa ke Perak bagi membalas usaha gigih anda-anda semua wahai pejuang-pejuang kami walau gaji sangkut 3 bulan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Pakcu

    Kita semua maklum isu besar sedang melanda skuad Perak saat ini iaitu isu "tidak dapat gaji" walau bagaimana pun diharap pemain2 Perak tetap kekal dengan semangat tidak putus asa dan tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan.

    Teman difahamkan bahawa UPB My Team tidak akan mengambil jalan mudah untuk memberi kemenangan kepada skuad Perak. Pendapat ini diperkuatkan dengan apa yang teman lihat semasa perlawanan Perak menentang Johor PG baru-baru ini dimana UPB My Team telah menghantar beberapa orang spy untuk 'mengintip' kemampuan Perak. Mereka2 ini dilengkapkan dengan dua camera video merakam sepanjang perlawanan serta seorang yang mencatat dibuku. Walau pun teman tidak tahu apa yang mereka catatkan tapi secara langsung kita faham apa tujuan mereka sebenarnya. Sudah tentu mereka sedang merancang strategi bagaimana untuk menumpaskan Perak.

    Jadi untuk perlawanan ini serta perlawanan kedua menentang mereka diharap pemain2 Perak lebih berhati-hati. Kita berharap mereka (pemain2 Perak) bijak mengatasi UPB My Team dan kita doakan semuga pasukan Perak berjaya meneruskan kecemerlangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Salam Semua..

    Berpandukan rekod pertemuan lalu seperti yang dikatakan penulis, harapan untuk menang adalah 50-50. Ini kerana semua perlawanan kita menang tipis dan penulis mengatakan kita bernasib baik. Oleh yang demikian, saya amat yakin Myteam akan tentang kita habis-habisan. Akan tetapi, saya tidak risau kerana saya yakin dengan Pasukan Kita, sudah semestinya Mr Steve telah merangka sesuatu yang istimewa untuk mengekang kemaraan pasukan lawan yang prestasi mereka meningkat mendadak dalam saingan Piala Malaysia.

    Kepada Sahabat-sahabat Seladang.net dan kawan-kawan yang lain, ayuh kita pastikan percentage 50-50 tu jadi 70-30 dengan menyuntik sokongan moral sebanyak 20% atau lebih lagi! Saya yakin kita boleh !!! Perak Boleh!! Skor YOB Skor!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. cheirKLama

    Teman harap perak menang ler malam nie...
    berjuang habis-habisan...
    Kejor yob kejor..
    skor yob skor...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.