TM Piala Malaysia – Perak Vs My Team (result)

TM Piala Malaysia

Jumaat 18 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perak 3 – 1 My Team


Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios -Chan Wing Hong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

Gol pertama dijaringkan oleh pasukan pelawat My Team pada minit ke 13 melalui satu tendangan percuma dari luar kotak penalti. Pada minit ke 28, My Team bermain dengan 10 orang pemain apabila penyerang mereka Sasa Branezac dilayangkan kad merah akibat kekasaran yang dilakukan.

Perak berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 45 melalui Ahmad Fakri yang menyudahkan dengan baik hantaran dari K. Nanthakumar di dalam kotak penalti My Team. Perlawanan tamat separuh masa pertama.

Perlawanan separuh masa kedua telah bermula 15 minit dengan Perak mengasak bertalu-talu ke kubu lawan ketika ini. My Team tertekan dengan lebih banyak bertahan sambil membuat serangan balas yang tidak mengancam kubu Perak.

Perak mendahului My Team dengan 2 gol apabila Carlos Caceres menyudahkan tendangan penalti pada minit ke 66 setelah bola terkena tangan salah seorang pemain My Team di dalam kotak penalti mereka berpunca dari sepakan sudut.

Ahmad Fakri meletakkan Perak dengan 3 gol di hadapan apabila jaringannya pada minit ke 73 dari sudut yang sukar hasil hantaran lintang Chan Wing Hoong. Permainan tamat dengan keputusan penuh Perak menang 3 – 1.

Keputusan perlawanan lain:

Perlis 3 – 0 Johor
Selangor 2 – 0 Terengganu

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs My Team (result)

  1. penangMai

    Salam Warga Seladang .Net

    Nampaknya pintu ke suku akhir dah terbuka luas.... sekalung tahniah kepada skuad seladang dan juga kepada pihak pengurusan pasukan perak....Tabik Datuk Muhyidin

    Moral... WANG BUKAN SEGALANYA....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. mubaraque

    cayak lah yob.... main betul2 yob jangan malukan club berstatus bintang...mohon jasa baik PERAK FA bayar lah gaji pemain... diaorg dah main bersungguh2 tu...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. blackbendi

    Tahniah untuk warga seladang dan terima kasih kepada semua pemain yang berjuang walaupun di dalam kesulitan.
    Mengikut perkiraan mata dalam kumpulan tak mustahil kita bole layak ke suku akhir secara automatik. ini berdasarkan pungutan mata setakat ini.
    walaupun Myteam mempunyai jumlah mata yang sama dan kurang satu perlawanan , namun mereka akan berdepan sekali lagi dengan Perak di Kelana Jaya. kalau game ni kita dapat kutip mata penuh , insyaallah pintu ke suku akhir jadi milik kita.
    ini berdasarkan dengan jumlah mata yang mungkin akan sama , tetapi kita berkelebihan kerana mempunyai jumlah jaringan yang lebih banyak dari Myteam..
    apa kata member yang lain?

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. seansan00

    ahmad fakri sbg pemain bwh 21 thn yg wajib diturunkan 90 minit ternyata berhasil... harap Steve tidak lupekan pemain muda yg, berilah dieorang ni peluang jugak.. nanti FAM panggil balik fakri, sape yg main yob..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. keanu147

    alhamdulillah..puas hati bile dengar perak menang..tapi saya tak tahu pemilihan pasukan untuk peringkat seterusnya..bukan musim ni,piala malaysia dibahagi kepada 3 kumpulan ke?berapa pasukan yg akan dipilih utk ke peringkat seterusnya?...

    musykil..musykil..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. active11

    Alhamdulillah.
    Semoga kejayaan Perak akan membuka byk pihak pada potensi pasukan ini.

    Rebut Piala Malaysia!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. matyeop

    mat yeop ucapkan sekalung tahniah kpd pskn kita diatas kejayaan mlm semalam....sungguh rasa teruja dengan persembahan yang dipamirkan....mat yeop harap pskn kita harus fokus untuk perlawanan sekali lagi dengan pskn my team.....harap corak dan taktik yang digunakan oleh pskn my team dapat dikekang oleh pskn kita nanti.....syabas yeopppppp......

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yatty_sg

    alhamdulillah .. moga kejayaan akan terus berdamping dengan pasukan kesayangan kita semua ni.
    saya yakin perak mampu mara ke pusingan seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. razlan

    saudara keanu147 dan warga seladang.net,

    8 pasukan akan layak ke suku akhir yakni 2 pasukan teratas dari kump A, B & C (semuanya dah 6 pasukan). Lagi dua adalah pasukan kedudukan no 3 terbaik dari kump A, B atau C.

    pasukan mana akan jumpa pasukan mana?

    Johan A lwn No3 B/C
    Johan B lwn No3 A/C
    Johan C lwn Naib Johan B
    Naib Johan A lwn Naib Johan C

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. sylvershop

    tahniah yeop...teruskan rentak kemenangan dan perbaiki kelemahan. buat fakri tahniah kerana meningkatkan tahap permainan anda. semoga cuti panjang untuk sesetengah pemain tak jejaskan prestasi ...kejor yob kejor ...harap2 sponsor masyuk...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. satorare

    Rasanye teman belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan perak ni. Walaupun bergelut dengan pelbagai masalah, pasukan Perak tetap tabah mengharungi perlawanan ini walaupun ketinggalan pada awalnye. Inilah yang kita mahukan. Semangat melawan yang kuat dan tidak mudah mengaku kalah. Gol ketiga yang dijaringkan oleh Ahmad Fakri memang cantik. Terbaik Perak.
    Kejor Yeop Kejor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. syidi_black

    Alhamdulillah...Walaupun saya tak dapat ke Stadium, tapi sentiasa telefon ke kampung untuk mengetahui kedudukan trkini melalui perak FM.

    Jelas sekarang, Skuad Seladang bermain dengan keikhlasan dihati. Saya amat terharu. Bukan senang nak jumpa pasukan yang bermain dengan baik dalam kemelut kewangan yang meruncing. Apa-apa pun pemain telah membuktikan yang mereka berhak ke suku akhir. Inilah yang dikatakan USAHA TANGGA KEJAYAAN yang digarapkan sejak kita sekolah rendah lagi.

    Tahniah Yob!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.