TM Piala Malaysia – Perak Vs Johor (review)

TM Piala Malaysia

Selasa 15 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perlawanan kelapan bagi pasukan Perak untuk kempen Piala Malaysia ialah bertemu pasukan Johor di Stadium Perak, Ipoh. Perak sebelum ini telah mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika bertemu pasukan Johor di Larkin tempohari.

Perak yang masih segar dengan kejayaan besar menewaskan ATM 5 – 1 di gelanggang lawan harus meneruskan rentak kemenangan demi memastikan langkah ke peringkat separuh akhir tidak terhenti di pertengahan jalan.

Khidmat kapten pasukan, Ahmad Shahrul Azhar sudah boleh digunakan ketika ini selepas menjalani 2 penggantungan perlawanan namun penulis sebenarnya lebih yakin jika beliau tidak diturunkan pada baki perlawanan yang ada ini untuk tidak menggangu tempo dua kemenangan yang diraih tanpa kehadiran beliau sebelum ini.

Pada penelitian penulis, pemain Perak yang lain sudah mampu untuk membawa cabaran dan bermain dengan lebih baik tanpa kelibat beliau di tengah padang. 5 perlawanan awal yang dilalui oleh pasukan Perak jelas menjadi bukti kata-kata penulis.

Perak 1 – 1 Perlis
Pahang 2 – 2 Perak
Perak 5 – 0 ATM
Johor 1 – 1 Perak
Perlis 3 – 1 Perak

Perak bersama Ahmad Shahrul Azhar hanya mampu meraih 1 kemenangan, 3 seri dan sekali kalah manakala tanpa beliau rakan-rakan yang lain turut mampu mencatatkan 2 kemenangan berturut-turut iaitu:

Perak 2 – 0 Pahang
ATM 1 – 5 Perak

Kepada peminat beliau tentulah terasa marah dengan kenyataan penulis ini namun kita harus sedar hakikatnya beliau pada pandangan penulis sejak awal musim ini sudah kurang stamina dan “mengganggu” tempo permainan.

Penulis memilih untuk tidak menukar posisi pemain yang telah beraksi pada 2 perlawanan terakhir yang lalu namun anda bagaimana?.

YB Corner

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 pada 15 Julai 2008.

Terengganu vs Melaka
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak

Selangor vs Kelantan
tadium Shah Alam, Selangor

Negeri Sembilan vs Sarawak
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kedah vs Sabah
Stadium Darul Aman, Alor Setar

PDRM vs Kuala Lumpur
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Perlis vs ATM
Stadium Utama Negeri, Kangar

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 8:45 malam.

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Johor (review)

  1. matyeop

    perlawanan esok seharusnya pskn yeop mengambil kesempatan untuk terus mencapai kejayaan disamping mengambil ikhtibar pd perlawanan sebelum ini kepada johor pbt...mat yeop harap pskn yeop tidak mensia-siakan perlawanan esok disamping kita mengharapkan pskn perlis terkulai pd game2 akan datang....mat yeop harap pskn yeop mengukuhkan di bahagian serangan yang mana jika dilihat pada game sebelum ini pskn yeop lemah dalam mengucar-kacirkan pskn lwn.....caceres dan fakri harus lebih bertenaga dan cergas mcm razali kandasamy...mat yeop tgk dia ok gak, cergas dan bertenaga...mcm tu yang mat yeop harapkan yang mana mempunyai daya saing yang tinggi.....mat yeop harap pskn yeop tidak mensia-siakan peluang ini......apa yang terjadi mat yeop tetap menyokong dan mengikuti perkembangan pskn yeop...ayuh buktikan kemampuanmu.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    diharapkan skuad utama skor yob skor meneruskan rentak kemenangan yang lebih gemilang. semoga dengan kemenangan kali ini akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan. seandainya pasukan skor yob skor dapat melayakkan diri ke peringkat seterusnya maka zaman kegemilangan pasukan yang dahulunya telah lama lenyap maka kini ianya akan kembali lagi

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    apepun ahmad shahrul azhar adalah kapten yang berpengalaman dan amat diperlukan didalam situasi tertekan (dalam keadaan dibolosi) untuk mengawal perasaan semua pemain, bak kata sesetengah player:

    Semangat datang sendiri ketika keadaan sedang mengdahului, tapi tatkala ketika kalah dimanakah kite nak cari semangat itu..

    teman masih percaya percaturan Steve Darby

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yong85

    ye mungkin ada benar kata penulis tapi apepun andaian itu pendapat masing-masing sbb bagi kapten tetap yg terbaik dlm pasukan.dia juga byk menyumbang bakti & jasa.jd bila berkata harus teliti dulu.setiap pemain yg berada dlm pasukan masing-masing punya peranan & bakti mereka sendiri.yg paling penting dia juga antara pemain yg setia pada pasukan.tapi utk game ni tak salah bagi kapten utk turun.ape pun steve lebih tau kerja dia.berbalik pada game nanti,yong rasa kalo usaha & semangat yg sama dikekalkan tak mustahil team masih mampu merasa manis 3 mata kemenangan.ambil peluang beraksi tmpt sendiri sbb tak payah fikir berapa jaringan tapi yg perlu kita menang sbb peluang suku akhir dah mcm dekat rasanya.yong harap piala malaysia thn ni ada rezeki perak ke final.harap keeper kita hamsani dpt pulih dari kecederaan masa dia berlaga tu ye.buat semua pemain teruskan perjuangan anda & blok mana yg patut ye...yong doakan anda berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. azaha842006

    assalamualaikum....
    memang betul kata penulis itu, barisan serangan dengan midfield saya rasakan sudah stabil. cuma barisan pertahanan yang mengusarkan teman. teman tengok game perak dengan atm ari tu. kalau main dengan team yang atasan mungkin perak boleh bolos banyak. banyak kepincangan dibarisan pertahanan. teman tengok nantakumar tidak berfungsi pada game dgn atm.banyak lorongan bola yang tidak menjadi. diharapkan agar semua pemain dapat memperbaiki mutu permainan masing2. syabas kepada hardi jaafar. teman suka corak permainan beliau. teman rasa kalau beliau tiada mungkin perak tidak dapat melakar kemenangan. teruskan usaha. Good Luck......
    Yang Ikhlas....

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi_black

    Salam...Memang benar kata penulis. Tapi kelemahan barisan pertahanan itu pasti ada penawar oleh Mr Steve kita. Janganlah dirisaukan sangat. Saya beranggapan masa dua hari selepas perlawanan dengan ATM pasti digunakan oleh Mr Steve untuk mengatasi kelemahan barisan pertahanan. Para Penyokong pastikan turun beramai-ramai untuk menambahkan lagi kekuatan skuad kita yang sememangnya kuat setanding dengan pasukan-pasukan lain. Apa yang saya tahu, Johor sedang bergelut untuk menurunkan kesebelasan utama. Mungkin pemain utama mereka cedera atau sebagainya. Jadi ini perlu dijadikan pendorong untuk kita berjaya esok. Ayuh YOB kita Boleh !!! KEJOR YOB SKOR Banyak2 Lagi!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Kecergasan adalah masalah utama saudara Ahmad Shahrul. YangIkhlas bersetuju dengan pendapat penulis, Ahmad Shahrul patut direhatkan untuk perlawanan menentang Johor nanti atau diletakkan di barisan simpanan. Adalah diakui keupayaan dan pengalaman saudara Ahmad Shahrul seperti amat ditagih oleh pasukan Perak. Tetapi dalam masa yang sama YangIkhlas percaya dan amat yakin dengan kemampuan tinggi saudara Mohd Hardi Jaafar untuk mengambil alih kepimpinan sebagai Jeneral di barisan tengah. Hardi Jaafar seharusnya sudah diberi peluang yang lebih untuk mencorakkan bentuk serangan pasukan Perak seperti semasa mewakili TMFC / pasukan kebangsaan dan tidak dibayangi lagi oleh kelibat 'orang senior' yang seperti membataskan kemampuan tinggi Hardi untuk lebih menonjol. Benarlah ada yang berkata jika kedua-dua pemain ini bergandingan mungkin lebih hebat tetapi hasilnya didapati peranan Hardi Jaafar kelihatan terbatas dan A.Shahrul kelihatan lebih menonjol tapi dengan tahap kecergasan yang semakin berkurangan menjadikan pasukan Perak seperti tiada arah dalam mengatur serangan. Perak perlu kepada seorang Jeneral yang boleh membawa nafas baru di barisan tengah. Barisan pertahanan juga kelihatan amat longgar dan perlu diperkemaskan terutama semasa menentang Perlis dan barisan penyerang harus lebih berbisa dihadapan pintu gol lawan. Semoga berjaya. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. sylvershop

    teman rasa kalau kata bila ahmad shahrul main perak menang 1 game jer, lepas tu bila dia takde perak menang berturut2 nampak macam nujum pak belalang sahaja. teman rasa untuk setakat ini role nanthakumar sebagai ball winner tak serlah sangat. pace dia terlalu slow untuk cover defender midfielder sebelah kiri dan kanan. nampak dalam setiap game gol pasukan lawan dari counter attack sahaja. teman rasa tempat ni paling sesuai untuk shahrul sebab pace dia lagi laju dari nantha, dan seperti lazimnya, bila game2 penting nantha mesti gugup dan main ngarut. fakhri rasanya over rated sebab performance dia biasa2 sahaja..razali 'adebayor' tu bila main nampak ada impak cuma problem dia finishing agak mengarut. tapi kalau ahmad sharul main dia akan mudah off position sebab terlalu emotional, kalau dia dapat control ego dia dan biarkan hardi jaafar bebas bergerak mungkin akan dapat satu game yang hebat...who knows

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. ghostwriter

    Ahmad Shahrul Azhar adalah seorang pemain yang cukup berpengalaman dan berkebolehan tinggi. Memang tiada siapa yang dapat menyangkal fakta itu. Tetapi usia membatasinya. Dalam bolasepak khususnya, pengalaman dan kebolehan semata-semata belum mencukupi tanpa stamina yang cukup. Walaubagaimanapun, beliau iaitu Ahmad Shahrul Azhar amat diperlukan. Bagi pendapat saya, ketika bertemu Johor nanti, beliau mesti diturunkan pada pertengahan masa kedua sahaja. Pengalamannya yang luas mampu membimbing pasukan di saat tertekan pada hujung masa permainan.

    Ramalan: Perak- 2 Johor- 1

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. medan_gopeng

    Saya bersetuju dengan pendapat - pendapat di atas. Tetapi adalah tidak wajar jika Ahmad Shahrul Azhar dilupakan terus. Bagi pendapat peribadi saya, Ahmad Shahrul diperlukan untuk setiap perlawanan (tak kira la dia masuk 1st Half atau 2nd Half) ini kerana Ahmad Shahrul mempunya ciri2 kepimpinan yang tinggi dan karektor sebagai ketua memang ada kat Ahmad Shahrul. Perkara ni memang dapat dilihat bila Ahmad Shahrul bertindak sebagai kapten pasukan. Dia dapat mengarahkan rakan2 yang lain dan rakan2 turut menghormati beliau. Dari segi stamina, "MUNGKIN" Ahmad Shahrul mempunyai kekurangan disitu. Tapi semua terpulang pada Steve Darby malam ni, untuk menurunkan sesiapa. Saya pasti Steve Darby ada petua dan strategi2 yang tertentu. Semoga pasukan YOP memperolehi kemenangan pada malam ni..

    KEJOR YOP KEJOR
    SKOR YOP SKOR....

    Barisan Kemungkinan :

    Hamsani

    Khairi Zainuddin - Mario Berrios - Chan Wing Hoong - Shahrulnizam

    Nanthakumar - Ahmad Shahrul - Hardi Jaafar - Danial

    Carlos Caceres - Fakri Saarani

    Selamat Berjuang

    pesanan admin: Komen ini telah diperbetulkan oleh pihak kami. Tolong jangan gunakan ringkasan nama pemain dan jurulatih.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.