TM Piala Malaysia – Perak Vs Johor (result)

TM Piala Malaysia

Selasa 15 Julai 2008
Stadium Perak, Ipoh
8.45mlm.

Perak 1 – 0 Johor

Separuh Masa Pertama

Minit 1:

Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios -Chan Wing Hong

Shahrulnizam – Ahmad Shahrul – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

 

Minit 5: Johor mendapat peluang menjaring dari jarak jauh.

Minit 10: Ahmad Shahrul mendapat peluang dari luar kotak penalti namun dapat diselamatkan oleh penjaga gol.

Minit 15: Mario Berrios membuat tendangan percuma terus kedakapan penjaga gol. Peluang sekali lagi bagi Ahmad Fakri namun rembatan dapat dihalang.

Minit 20: Serangan balas Perak, Gol oleh Carlos Caceres melepasi perangkap offside, hanya berdepan penjaga gol setelah di umpan oleh Ahmad Shahrul.

Minit 25: Ahmad Fakri mendapat peluang untuk merembat tetapi terjatuh.

Minit 30: Sering berbalas serangan, keadaan merbahaya di pintu gol Perak sering terjadi.

Minit 35: Peluang baik apabila sekali lagi Carlos Caceres terperangkap dalam keadaan offside dari umpanan Ahmad Shahrul. Sharulnizam mendapat peluang tetapi dapat dihalang oleh pertahanan. Serangan balas bahaya ke kawasan Perak namun telah pun offside.

Minit 40: Ahmad Fakri dapat peluang hanya 20 meter dari sasaran apabila mendapat lorongan Danial Fadzly tetapi rembatannya lemah.

Minit 45: Beberapa peluang dihasil gerakan Ahmad Shahrul dan Danial Fadzly.

Tambahan masa:1 minit

Separuh Masa Kedua

Minit 50: Sepakan sudut diperolehi oleh Johor. Serangan balas oleh Perak namun berjaya dihalang pertahanan Johor.

Minit 55: Hardi Jaafar membuat rembatan namun tidak menjadi.

Minit 60: Johor menbuat serangan tetapi berjaya dihalang. Sekali lagi Ahmad Fakri berjaya mengawal di depan gol Johor namun tidak juga berhasil.

Minit 65: Razali Umar dan Nor Hazrul dimasukkan mengganti Ahmad Fakri dan Danial Fadzly.

Minit 70: Razali Umar mengucar-kacirkan pertahanan Johor sehingga mendapat sepakan sudut. Tiga sepakan sudut berturut-turut.

Minit 75: Johor membuat pertukaran pertama.

Minit 80: Perak dan Johor sering berbalas serangan namun masing-masing berjaya mengelak dari dibolosi

Minit 85: Johor mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti namun berjaya ditampan benteng Perak.

Minit 90: Hamsani Ahmad berjaya menghalang serangan Johor. Perak memasukkan Jorge Munoz mengganti Ahmad Shahrul.

Tamat

Tambahan masa: 3 minit

Keputusan perlawanan lain:

Kedah 5 – 1 Sabah
Perlis 4 – 0 ATM
Terengganu 4 – 0 Melaka
Selangor 4 – 0 Kelantan
PDRM 0 – 0 Kuala Lumpur
Negeri Sembilan 3 – 0 Sarawak

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Piala Malaysia – Perak Vs Johor (result)

  1. matahari_terbit

    alhamdulillah, kerana menang sekurang kurangnya mampu membawa 3 mata yang amat berharga. jangan fikirkan terhadap pasukan lain. yang penting menang

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    syukur pada yg maha besar.tahniah yong ucapkan pada deme semua ye.walau menang tipis yg penting kita menang sbb 3 mata tu penting.maknanya peluang suku akhir dah ternganga luas jd utk game ngan myteam penentu pasukan.all the best.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. medan_gopeng

    tahniah pasukan yop...

    kehadiran Ahmad Shahrul membuahkan hasil..

    Alhamdulillah...

    Semoga pasukan yop terus kan perjuangan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Alhamdulillah...Segalanya menjadi semalam. Bagus dan tahniah. Perak telah kembali ke landasan yang betul. Teruskan reputasi ini kerana lawan yang lebih kuat menanti untuk perlawanan seterusnya. Ahmad Shahrul menunjukkan prestasi yang memberansangkan selepas melalui penggantungan. Selamat maju jaya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. medan_gopeng

    Nampaknya kelibat Razali Umar telah berjaya menkucar kacai kan pasukan lawan. Alhamdulillah pasukan Yop mempunyai barisan pemain yang berkaliber dan diharap agar semua pemain dapat mengekalkan prestasi yang baik pada perlawanan - perlawanan yang akan datang. Secara jujur dan ikhlas saya ingin nyatakan bahawa penyokong - penyokong pasukan Yop adalah antara kumpulan penyokong yang berjiwa PERAK. Semasa saya datang ke stadium pada musim lepas, saya dapati penyokong - penyokong yop mmg antara yang terbaik. Boleh di lihat dari penyokong yang mendukung anak, orang tua, golongan wanita hadir ke stadium dengan pakaian serba kuning melambangkan pasukan Perak..

    Diharap sikap muhibah dan semangat Kejor Yop Kejor akan sendiri di sanubari setiap penyokong tak kira jatuh naik nya pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. razlan

    tinggal dua game lagi dan kedua2 nya dgn pasukan adik, UPB-MyTeam. Perak kena pastikan kemenangan agar tidak perlu mengharapkan ehsan pasukan lain utk layak.

    teman hanya dapat sokong masa lawan myteam di kelana jaya nanti. harap yg di perak/ipoh tu, turun ler ke std beri sokongan. pemain amat memerlukannya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan00

    betoi tu penang mai..

    harap game lepas ni perak mengekal rentak kemenangan memandangkan perlis juga impikan kedudukan kedua dalam kumpulan ini... so perak don't give up... dptkan piala malaysia ini, insyallah. jgn ckp gaji.. bonus pun insyallah pihak pengurusan boleh pertimbangkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. matyeop

    syabas mat yeop ucapkan kepada pskn kita diatas kemenangan semlm,harap pskn kita terus berusaha dalam tinggal beberapa baki perlawanan saja. mengenai prestasi ahmad shahrul memang mat yeop tak nafikan beliaulah penggerak kpd pskn kita dalam sesuatu perlawanan. cuma panas baran ahmad shahrul je tidak dpt dielakkan.apa2 pun beliau tetap hebat.harap dikekalkan bagi perlawanan akan datang.hidup yeop.teruskan perjuanganmu.

    pesanan admin: Harap anda dapat menggunakan singkatan "PSKN" untuk "PASUKAN" dan bukannya "PSK".

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. yong85

    pada razlan jgn risau sbg peyokong yong juga akan turun utk support pskn kesayangan kita spt razlan juga,yong menyeru pada anak-anak perak yg bekerja di sekitar KL spt yong dpt turun kat kelana jaya utk beri semangat pada player.mereka berjuang atas nama negeri.jom teman-teman....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.