TM Piala Malaysia – ATM Vs Perak (review)

TM Piala Malaysia

Sabtu 12 Julai 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8.45mlm

Perlawanan ketujuh untuk Perak dalam kumpulan C, TM Piala Malaysia ialah bertemu ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas menumbangkan skuad Pahang di Stadium Perak tempohari.

Perlawanan pusingan pertama yang diadakan pada 27 Jun 2008 di Stadium Perak ketika menentang ATM berkesudahan dengan Perak menang 5 gol tanpa balas. Malam itu juga Carlos Caceres berjaya menjaringkan hattrik pertama beliau untuk kempen TM Piala Malaysia.

Perak menduduki tangga ke-4 kumpulan C dengan mengumpul 9 mata hasil 2 kemenangan, 3 seri dan sekali tewas. Di tempat pertama My Team selesa dengan 18 mata manakala di tempat kedua Perlis dengan 10 mata serta Pahang di tangga ketiga juga dengan 10 mata.

Penulis menjangkakan tidak banyak perubahan yang berlaku kepada kesebelasan utama Perak sewaktu menentang ATM kerana kejayaan menewaskan Pahang tempohari sudah cukup membuatkan jurulatihnya berpuas hati.

Pasukan ATM yang baru sahaja menjadi mangsa amukan Johor tempohari dengan keputusan 6 – 1 di gelanggang lawan, pasti cuba untuk bangkit melawan atau setidak-tidaknya membuat kejutan kepada pasukan Perak.

Kepada peminat yang tinggal di kawasan Lembah Klang, kami menyarankan kepada anda untuk hadir memberikan sokongan kepada pasukan Perak yang sejak akhir-akhir ini agak merosot prestasi mereka rentetan masalah gaji ketika ini.

Walau apa pun keputusannya nanti, dua skrip yang pasti timbul dari komen peminat ialah,

“ATM bukan lawan Perak” atau “Malunya dengan ATM tewas”.

Mana pilihan anda?

YB Corner

Perlawanan TM Piala Malaysia 07/2008 pada Sabtu 12 Julai 2008

Kelantan vs Terengganu
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

Negeri Sembilan vs Selangor
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Sarawak vs Melaka
Stadium Sarawak, Kuching

Kuala Lumpur vs Kedah
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur

Pulau Pinang vs PDRM
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Johor FC vs Sabah
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Pahang vs Perlis
Stadium Darul Makmur

My Team vs Johor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “TM Piala Malaysia – ATM Vs Perak (review)

  1. YangIkhlas

    Kemenangan amat diperlukan dalam perlawanan ini. Lain-lain keputusan hanya akan menyukarkan laluan untuk ke suku akhir. Kejayaan skuad Piala Presiden ke separuh akhir harus menjadi cabaran untuk mencari tempat di suku akhir Piala Malaysia 2008. SKOR YOB SKOR......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    diharapkan skuad perak masih mampu bertahan untuk memenangi perlawanan kali ini. demi menjaga maruah diri dan negeri anda harus menang. lupakan seketika terhadap persatuan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    bagi yong kedua-dua tafsiran tu dah tak boleh pakai jadi tak perlu lah yong memilih.mgkn itu luahan yg biasa kita dengar dari peminat @ penyokong perak.tapi kita kena ingat satu benda,janji bila main mana-mana game kita menang...tu lagi penting.itu adat la bila rumah siap pahat bunyi.walau lwn team bwh pun kalo main tak betul kalah gak so sama je kalo kita pusingkan situasi.nak puaskan hati semua org.dlm situasi skrg kita perlu beri sokongan penuh bkn merendahkan keupayaan mereka.bkn player je kena ada sikap profesional tapi kita juga perlu.setiap keringat mereka walau tak di bela jadi kita harus menilai setiap keringat tu dgn semangat juang tinggi.berbalik pada kisah game perak ngan atm ni,yong percaya deme semua pasti boleh kutip 3 mata & ada rezeki bleh menang mcm hari tu.(kenduri gol le).....yong rasa pun maybe steve akan kekalkan kesebelasan yg sama.sekarang yong agak tertarik dgn prestasi mario,byk juga membantu dlm gol.game ni akan menentukan hala tuju pskn sama ada kita layak @ tidak utk mengiringi myteam ke pusingan suku akhir.game ni yong akan turun stad. utk memberi sokongan pada ehmmm..,utk semua good luck.peluang masih terbuka utk semua pemain.lupekan masalah kamu & tumpu 100% pd permainan.kejutan akan berlaku.....pd semua teman seladang @ anak-anak perak yg berdekatan di selayang mari le kita penuhkan stadium dgn bwk semangat seladang.skor yob skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Salam....
    Sekali lagi Perak akan menentang pasukan yang menghuni tangga tercorot kump.C. Walau apa pun, kita tidak boleh memandang rendah keupayaan ATM yang mengikut rekod mereka memang pasukan yang lemah.

    Perak akan menang dalam perlawanan ini. Saya yakin. Marilah kita sama-sama turun ke Selayang untuk menyokong Skuad Seladang dan melihat sendiri Seladang ratah ATM. Ayuh Yob jangan tunggu lagi jom kita meriahkan Stadium Selayang. Selamat Maju Jaya untuk Skuad Seladang, SKOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    InsyaALLAH biarpun diri teman tak berapa sihat akan teman gagahkan jugak diri ni ke Stadium Selayang mlm besok....betul tu semua kawan2....kepada yg ada di sekitar Lembah Kelang ni jom la kita ke stadium bagi sokongan padu kpd player2....time tengah dilanda krisis ni kalau ada sokongan semangat dari peminat/penyokong hati yg tengah runsing dek gaji pun boleh lupa bila deme tgk kita membentuk lautan putih kuning hitam di tempat duduk stadium...ayuh semua Seladang Die Hard..kita jumpa di stadium!Kita tgk Yob skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matyeop

    apo kabo semua yeop, metyeop harap malam nie yeop tidak melepaskan peluang yang ada disamping menunjukan prestasi yang konsisten walaupun masih dibelenggu dgn masalah dalaman.....met yeop harap carlos caceres dpt beri komitmen yang penuh dan sentiasa dpt bersaing dalam mengkucar-kacir pskn lwn.....harap caceres dpt tunjukan aksi beliau mcm pemain import pskn lain seperti chepita kee...bila tgk caceres main mcm malas nak bersaing je dgn psk lawan...kejap2 offside pastu jatuh....ape2 pun metyeop harap yeop teruskan berjuang ini hingga ke titisan darah terakhir....hidup yeop...selamatkan yeop......

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.