TM Piala Malaysia – ATM Vs Perak (result)

TM Piala Malaysia

Sabtu 12 Julai 2008
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
8:45mlm

ATM 1 – 5 Perak


Barisan Perak:

Hamsani Ahmad

Khairi Zainuddin – Mario Berrios -Chan Wing Hoong

Shahrulnizam – Jorge Munoz – K. Nanthakumar – Hardi Jaafar – Danial Fadzly

Carlos Caceres – Fakri Saarani

Permainan telah masuk minit ke 8, dengan permainan kedua-dua pasukan masih lagi tercari-cari rentak. Jumlah penonton yang hadir sekitar 2000 orang sahaja dengan ATM ada membuat satu percubaan yang melepasi palang gol Perak pada minit ke 5 tadi.

Peluang terbaik pasukan Perak hadir pada minit ke 15 apabila satu hantaran cantik dari Carlos Caceres kepada Ahmad Fakri di dalam kotak penalti lawan namun penjaga gol ATM lebih pantas menangkap bola tersebut.

Minit ke 17 pasukan ATM mendapat satu sepakan percuma dari luar kotak penalti Perak namun berjaya ditangkap kemas oleh Hamsani Ahmad. Permainan terhenti pada minit ke 20 kerana salah seorang pemain ATM mengalami kecederaan.

Danial Fadzly merembat kencang dari sebelah kiri pintu gol ATM namun berjaya ditepis oleh penjaga gol lawan pada minit ke 22. Carlos Caceres melepaskan peluang untuk menjaringkan gol apabila tandukannya pada minit ke 24 sedikit melepasi palang gol ATM.

Carlos Caceres sekali lagi melepaskan peluang untuk menjaringkan gol pertama Perak pada minit ke 32 apabila terlalu gopoh dengan menendang bola ke badan penjaga gol lawan walaupun hanya berdepan satu sama satu. Sepakan sudut selepas itu gagal dimanafaatkan oleh Hardi Jaafar apabila menendang bola tinggi.

Gol pertama Perak dijaringkan oleh Ahmad Fakri pada minit ke 41 selepas rembatan Hardi Jaafar terkena pemain pertahanan ATM dan melantun ke kaki Ahmad Fakri sebelum menerjah jaring pasukan ATM.

Gol kedua dari Carlos Caceres pada minit ke 43 selepas memperdayakan pertahanan ATM dan seterusnya menguis bola melepasi penjaga gol ATM serta pengadil meniup wisel penamat untuk separuh masa pertama 2 minit kemudian.

Separuh masa kedua bermula dengan tiada pertukaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan buat masa ini. Minit ke 49 pasukan ATM cuba mengasak dengan percubaan yang sedikit melepasi palang gol Perak. ATM membuat pertukaran pertama pada minit ke 52.

Pada minit ke 56, Hamsani Ahmad mengalami kecederaan selepas berlaga dengan pemain ATM dalam cubaan untuk menyelamatkan percubaan satu dua penyerang ATM. Perak membuat pertukaran pertama dengan mengeluarkan Khairi Zainuddin untuk Razali Umar pada minit ke 60.

Pertukaran kedua untuk pasukan Perak pada minit ke 65 dengan memasukkan Mohd Nor Ismail dan mengeluarkan Chan Wing Hoong untuk menguatkan barisan serangan Perak. Gol ketiga pasukan Perak dijaringkan oleh Hardi Jaafar dari jarak 25 meter pada minit ke 70 dan ATM membalas semula dengan satu gol pada minit ke 72.

Gol keempat pasukan Perak turut dijaringkan oleh Hardi Jaafar pada minit ke 74 hasil sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol ATM. Pertukaran terakhir Perak dengan mengeluarkan Ahmad Fakri dan memasukkan Nor Hazrul pada minit ke 76.

Hardi Jaafar nyaris menambahkan gol untuk pasukan Perak apabila rembatannya sedikit sahaja sipi di sebelah kanan pintu gol ATM pada minit ke 82. Gol kelima dijaringkan oleh pemain ATM sendiri yang tertanduk bola masuk hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh Hardi Jaafar pada minit ke 88.

Tamat

Keputusan perlawanan lain:

Kelantan 0 – 1 Terengganu
Negeri Sembilan 1 – 2 Selangor
Sarawak 4 – 1 Melaka
Kuala Lumpur 1 – 4 Kedah
Pulau Pinang 1 – 3 PDRM
Johor FC 3 – 1 Sabah
Pahang 1 – 4 Perlis
My Team 1 – 2 Johor

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Piala Malaysia – ATM Vs Perak (result)

  1. penangMai

    Salam Warga Seladang.Net

    Tahniah untuk Skuad Seladang and Steve Darby , sekali lagi melakar kemenangan besar keatas pasukan ATM. Dengan kemenangan ini dapat kita moral skuad Seladang berada di tahap yang tinggi dalam perjalanan / misi Piala Malaysia kali ini. Please continue the winning momentum for next match..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Tahniah kerana menang mlm ni....tahniah juga buat kesemua penyokong Seladang yg hadir memberikan semangat juang kpd para pemain....teman terharu dgn keadaan di Stadium Selayang mlm tadi....biarpun cuaca agak lembab...biarpun dilema & krisis belum berakhir tapi penyokong2 tetap "sporting"....mereka tak putus2 beri semangat....sampai habis game pun sanggup tunggu pemain2 di pintu stadium semata2 utk memberikan kata2 perangsang...syabas sekali lagi...jgn lupa dtg ke stadium lagi lepas ni...ayuh semua...kalau bukan kita siapa lagi nak sokong...ye tak?

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yatty_sg

    Betul tu miez3, pasukan Perak memang benar-benar memerlukan sokongan padu dari peminat sekalian.
    tahniah diatas kemenangan tadi, moga kejayaan akan terus diperoleh pada games akan dtg.
    peluang untuk mara ke peringkat seterusnya masih ada jadi teruskan usaha.

    all the best!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zul4all

    ini kelebihan perak bile main di lembah kelang....pasti ramai yg akan turun.......2000 tu jumlah sama ketika lawan pahang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. keanu147

    salam pada semua..kemenangan ini adalah kemenangan yang bermakna untuk perak walaupun dilanda krisis yang besar..syabas untuk pasukan perak..dan diharapkan agar perak akan meneruskan rentak kemenangan untuk merebut kembali piala malaysia..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. matyeop

    syabas yeop dlm kemenangan mlm semlm, mat yeop harap yeop terus mengorak langkah dan terus bersaing dalam kancah piala malaysia......harap terus menang dlm game seterusnya dan perlis terus kalah.............ayuh yeop buktikan kemampuanmu.........

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. YangIkhlas

    Syabas dan teruskan rentak kemenangan dalam perlawanan yang akan datang. Semoga berjaya ke peringkat suku akhir nanti. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. yong85

    betul kata teman-teman semua....yong pun bangga dgn semua player.tahniah buat semua.yong pun senang dpt turun sana tgk game & balik pun senyum,maknanya pasukan mampu menggalas cabaran sambil keadaan masih dihimpit masalah..teruskan momentum kemenangan ye.good luck

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi_black

    Alhamdulillah....Saya terharu dengan kehadiran penyokong. walaupun saya sibuk dengan kerenah anak ke sana kemari dekat stadium tapi still boleh tengok macam mana Seladang meratah ATM. Tahniah kepada penyokong kerana dapat menyumbangkan tenaga untuk membantu menaikkan moral para pemain. Saya juga telah berjaya membawa sahabat yang berasal dari Taiping yang kerja di KL turun bersama ke Stadium.Alhamdulillah....Teruskan corak permainan sebegini. Saya Yakin Mr Steve ada ramuan untuk semua tu. So, Pemain harus ikut perancangan Mr Steve agar kita dapat tiket ke Suku Akhir nanti. Tahniah Yob!! Teruskan Usaha!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. medan_gopeng

    Pada perlawanan hari sabtu lepas, Game Control boleh dikatakan milik Perak. Walaupun pasukan kita menang besar dengan pasukan ATM, pasukan Perak janganlah terlalu bangga dengan kejayaan tersebut. Ini adalah kerana pasukan ATM bukan pasukan yang boleh mencabar pasukan - pasukan lain. Pada malam itu, pasukan Perak memang boleh dikatakan telah berjaya mengkotak - katikkan pasukan ATM dengan lorongan - lorongan yang cantik. Tahniah diucapkan kepada semua pemain Perak.

    Saya juga tertarik dengan permainan dari Winger kita, Danial Fadzly @ Wirat, dia memang boleh dikatakan sebagai pemain yang rajin mencari peluang. walaupun beliau boleh dikatakan berumur / senior, tetapi tahap kecergasannya masih di tahap yang baik.

    p/s: Semoga pasukan YOP memperoleh kemenangan pada malam ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.