seladang.net | Penafian Sebarang Kutipan Derma

Pihak pengurusan seladang.net ingin memaklumkan kepada semua pengguna bahawa pihak kami tidak bercadang atau berminat untuk mengadakan sebarang kutipan derma untuk disalurkan kepada Perak FA rentetan masalah kewangan yang berlaku kepada persatuan itu.

Kami turut ingin menegaskan kepada pengguna dan peminat bolasepak Perak supaya melaporkan sebarang aktiviti mengutip derma yang menggunakan nama halaman ini sebagai platform dengan kadar segera kepada kami ataupun pihak berkuasa yang berkaitan.

Penafian kutipan derma ini merangkumi semua individu dan pengguna seladang.net termasuk pertubuhan atau persatuan samada dari negeri Perak mahupun luar. Tindakan juga akan di ambil kepada pengguna seladang.net yang masih lagi tegar mencadangkan isu kutipan derma ini di halaman seladang.net tanpa kompromi.

Pihak seladang.net juga berpendapat bahawa masalah kewangan yang melanda Perak FA perlu diselesaikan oleh badan tersebut secara bersendiri dan sesama ahli majlis yang telah dilantik tanpa melibatkan orang awam atau peminat bolasepak Perak umumnya.

Walau bagaimana pun pihak seladang.net tetap bersimpati dengan nasib pemain-pemain serta pegawai Persatuan Bolasepak Perak yang dikhabarkan tidak menerima sebarang gaji sejak 3 bulan yang lalu rentetan masalah kewangan yang meruncing ketika ini.

Diharap Bendahari Kehormat Perak FA, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga merangkap Timbalan Presiden FAM dan juga Ahli Parlimen Rembau dapat tampil menjawab sebarang persoalan berkenaan masalah kewangan ini atau sebaik-baiknya membantu menyelesaikan masalah kewangan yang melanda Perak FA.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama antara Presiden, Naib Presiden dan Bendahari bagi memikirkan mekanisma yang sesuai untuk menyelesaikan kemelut yang melanda Persatuan Bolasepak Perak tanpa berharap kepada pihak lain yang tidak sepatutnya terlibat.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “seladang.net | Penafian Sebarang Kutipan Derma

  1. seansan00

    tak tahu pulak teman bendaharinye YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, apapun teman setuju dengan pendirian seladang.net, biarlah PAFA sendiri menyelesaikan masalah ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. ghostwriter

    Laman seladang.net telah membuat keputusan. Terima kasih kerana telah memberi maklumbalas atas cadangan yang dibuat. Saya pula tidak lah menyokong atau menolak keputusan seladang.net ini. Ikutlah apa yang difikirkan baik.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    dengan ini teman berharap pihak penyokong skor yob skor dapat membantu masalah kewangan pafa dengan cara hadir beramai ramai ke stadium ketika perak berhadapan dengan pasukan lawan di stadium perak ianya salah satu faktor membantu selain dari segi mengutip derma,

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Sebaik-baiknya begitulah. Saya memohon maaf. Ini kerana, saya pernah membangkitkan isu kutip derma. Disamping itu, saya juga telah menerangkan implikasinya. Jadi maaf sekali lagi.

    Jika begitu, pihak yang berwajib tolong lah selesaikan masalah ini segera kerana ini tanggungjawab anda. Kami penyokong perak, akan sentiasa sokongan yang padu.

    Saya secara peribadi mengisytiharkan TAAT SETIA saya walau apa pun terjadi kepada Skuad Perak. Terima Kasih..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yong85

    sememangnya cadangan spt dia atas bagus jika diutarakan & lebih baik jika di atasi secepat mungkin.dgn kedatangan bulan mulia ramadhan & syawal tidak lama lagi pasti akan menambah beban yg maha berat kpd pemain & yg terlibat.terutama saingan piala AFC akan bermula sept nanti.(pada yong andai pskn lembah klang yg mngalami nasib sebegini pasti tak perlu menunggu berbulan-bulan utk diselesaikan).maaf kalau ape yg yong tulis terusik yg lain.kalau itu keputusan seladang.net,kami sbg pengikut & penyokong menerima & harap kemelut ini akan berakhir suatu hari nanti.jgnlah yg berwajib terutama yg berada dibhgn bendahari tidak harus mendiamkan diri tanpa bicara.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Ini yang hebatnya Perak FA yang dah takde duit ni. Ada juga peminat setia Negeri Perak tak tahu Bendahari Kehormat Perak FA adalah YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Mungkin sebab itu juga agaknya Kerajaan Perak sekarang ni tak berminat membantu pasukan bolasepak ni. YangIkhlas ada perasan jugak nama Khairy Jamaluddin dalam Perak FA ni. Mungkin Khairy lain, tapi setelah diamati, nama itu adalah Khairy Jamaluddin yang dimaksudkan tadi. Sepatutnya dengan reputasi YB Khairy yang tinggi baik dalam kerajaan Persekutuan mahupun FAM sebagai Timbalan Presiden tidak membiarkan masalah kewangan pasukan sendiri tanpa ada penyelesaian dan lebih teruk menjadi buah mulut peminat, orang ramai dan media keseluruhannya. Atau sebagai Bendahari beliau hanya menjaga akaun bukannya mencari wang untuk dipenuhkan dalam akaun Perak FA. Mungkin juga jawatan Bendahari tu ada kaitan dengan kedudukan beliau dalam "UPB MyTeam Perak" yang boleh dianggap mewakili negeri Perak juga.(Rujuk laman web FAM). YangIkhlas bersetuju dengan pendapat seladang.net bahawa penyelesaian kepada masalah kewangan ini perlu diselesaikan sesama sendiri oleh ahli majlis Perak FA yang telah dilantik tanpa melibatkan peminat dan orang ramai. Kepada pemain, jurulatih dan pegawai, kita sebagai peminat amat menghargai sumbangan yang telah dan akan diberi untuk kejayaan pasukan walaupun tanpa menerima gaji mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan Perak FA. Terima kasih atas pengorbanan semua ahli skuad Negeri Perak Darul Ridzuan. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.