Projek Kain Rentang | Banner Seladang.Net

Sukacita dimaklumkan kepada semua bahawa pihak seladang.net sedang merancang untuk membuat satu kain rentang/banner berukuran 4 kaki x 12 kaki (berwarna) yang akan digunakan/digantung pada setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Bolasepak Perak khususnya dan Malaysia amnya.

Projek ini akan dikendali dan dilaksanakan secepat mungkin oleh salah seorang moderator halaman ini iaitu saudara miez3 untuk digunakan semasa perlawanan akhir Piala Presiden 2008 yang menemukan pasukan Perak menentang Selangor di Stadium Shah Alam esok.

Bertepatan dengan itu, pihak kami bercadang untuk mengutip sumbangan atau derma ikhlas dalam bentuk kewangan dari ahli-ahli seladang.net bagi menjayakan projek ini yang dijangka menelan belanja sekitar RM 200 termasuk membeli beg bagi menyimpan banner itu.

Projek Banner | Kain Rentang seladang.net

Contoh kain rentang/banner yang bakal dibuat.

Jika kutipan yang diterima melebihi jumlah yang diperlukan untuk membuat banner tersebut maka pihak kami akan menyimpan baki wang tersebut untuk menampung perbelanjaan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada masa hadapan.

Anda dinasihatkan supaya memaklumkan kepada kami melalui ruangan komen dibawah setelah membuat sumbangan tersebut. Namun ini bukan paksaan jika anda tidak mahu nama/nickname atau jumlah sumbangan anda dipaparkan pada halaman seladang.net ini.

Kami dahulukan dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada mereka yang bermurah hati untuk memberikan sumbangan atau derma kepada projek yang dijalankan ini.

Terima Kasih
admin

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Projek Kain Rentang | Banner Seladang.Net

  1. matahari_terbit

    memang menarik cadangan ini, tapi lebih menarik seandainya dijemput semua penyokong seladang buat bersama sama demi menaikkan semangat mereka untuk terus beramai ramai meengunjung ke stadium untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kesayangan kita

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam semua...

    Teman ucapkan terima kasih pada pihak admin kerana menerima pelawaan teman untuk sama-sama membantu menyediakan banner yg akan dipaparkan pada perlawanan malam ini buat julung2 kalinya...harapan teman semoga malam ini dapat le kiranya ahli2 yg lain berserta barisan penyokong Perak membantu menjaga banner dan berdiri bersama2 memberi sokongan tidak berbelah bagi pada anak-anak muda kita ini....

    Untuk pengetahuan admin dan rakan2 saudara saudari di Seladang.net...teman sendiri telah pun dengan seikhlas hati menderma sebanyak RM 50 disamping sepupu teman sendiri yang mana beliau juga telah pun menyumbangkan derma sebanyak RM 100....Terima kasih Hafhaz..jasamu dikenang jua...

    Oleh itu disini teman masih berharap sekiranya rakan-rakan yg lain juga dapat membantu dan bersamalah kita menjayakannya...tiada paksaan atau sebaliknya...sekadar membantu apa terdaya seikhlas hati....

    Sekian..terima kasih...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    projek banner ni memang elok sekurang-kurangnya player akan tahu betapa setia penyokong mereka dikala susah & senang sekaligus menaikkan semangat pemain.tahniah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Transaevo...

    Insya-Allah Trans akan turut sumbang utk buat banner ni...walaupun tak banyak harap dpt membantu...bukan utk org lain tapi demi pasukan kesayangan kita juga...semoga dgn sedikit sumbangan dari kita semua sebagai peminat dpt menaikkan semangat juang pasukan kita...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi_black

    Salam....Saya juga akan menyumbang. sedikit sebanyak dapat menaikkan moral pemain yang kini sememangnya sudah tinggi. Sekurang-kurangnya dapat menaikkan selera mereka untuk baham selangor. Datang jangan tak datang

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. webmaster Post author

    Terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang dan menderma bagi menjayakan projek ini. Contoh banner/kain rentang telah dimasukkan pada artikel di atas.

    Banner dijangka siap pada pukul 2 petang ini dan akan digantung berdekatan dengan grandstand di mana Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin dijangka hadir bersama-sama menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Beberapa acara menarik sedang dirancang oleh pihak kami untuk semua ahli seladang.net yang hadir sebelum atau selepas perlawanan malam ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. harryhot

    Salam,
    Saya telahpun bank-in tak banyak rm30 jerrr....semoga usaha murni seperti ini diteruskan pada masa akan datang. Saya tak dapat hadir final malam ini maklum la jauh sangat dari Penang ke Shah Alam tu. Harap kekalkan piala Presiden malam ni. Kalau sempat admin dapat menyediakan gambar-gambar final malam ni, terutama gambar banner kita yeaah!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. YangIkhlas

    Syabas dan tahniah atas inisiatif dan usaha untuk memajukan lagi komuniti Penyokong Maya Bolasepak Perak ini. Diharapkan agar semangat yang ada pada ahli komuniti ini menjadi pembakar semangat pula kepada pemain untuk lebih berjaya di atas padang. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. miez3

    Salam semua...

    Terima kasih kepada yang telah sudi menyumbang sedikit sebanyak....teman akan maklumkan dari semasa ke semasa "acknowledgement" tentang pembayaran2 atau transaksi yg telah teman terima...insyaALLAH....Jumpa di stadium...

    Sekian,Terima Kasih..

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. webmaster Post author

    Banner seladang.net sewaktu dipasang di Stadium Shah Alam semalam semasa perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang Perak.

    Banner seladang.net sebenar

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. miez3

    Salam semua...ucapan terima kasih tidak terhingga kepada yang telah memberi sumbangan...untuk pengetahuan ahli-ahli Seladang.net....kutipan yang telah diterima setakat ini berjumlah RM 200...alhamdulillah juga menepati kos projek sebanyak RM 200 keseluruhannya...kepada yang masih menyumbang teman juga ucapkan terima kasih dan untuk pengetahuan semua juga segala lebihan dari kutipan ini sepertimana dimaklumkan pihak admin akan disimpan didalam tabung bagi kegiatan ahli-ahli Seladang.net yang akan dirancang pada masa hadapan..insyaALLAH..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.