Piala Presiden | Terengganu Vs Perak – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Khamis 10 Julai 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
4:45PM

Terengganu 0 – 1 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan terakhir peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang berkesudahan Perak menang 1 gol tanpa balas.

Gol tunggal pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Nazri Mohd Kamal untuk meletakkan pasukan Perak sebagai juara kumpulan A dengan 16 mata. Pada peringkat separuh akhir yang dijadualkan pada hari Khamis 17 Julai 2008 nanti, pasukan Perak akan bertemu pasukan MY Team FC di Stadium Perak pada pukul 4.45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Presiden | Terengganu Vs Perak – Suku Akhir (result)

  1. YangIkhlas

    Tahniah atas kejayaan ke separuh akhir. Tapi sayang sekali kita perlu bertemu pasukan senegeri UPB/Myteam Perak FC (nama rasmi dalam laman web FAM). Semoga kejayaan menumbangkan juara SUKMA 2008 di laman mereka sendiri dapat menyuntik semangat untuk skuad Piala Presiden 2008 mengulangi pencapaian 2007. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    terima kasih skuad presiden perak. kerana anda masih lagi mampu bertahan untuk memenangi perlawanan ini. walaupun anda masih lagi belum menerima imbuhan kejuaraan tahun lepas

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    bercerita pasal skuad piala presiden ni memang yong suka sgt,ye lah rupa-rupanya masih ada lagi sinar buad skuad negeri di masa akan datang.boleh dikatakan inilah pelapis yg di cari.tahniah buat semua...teruskan rentak kemenangan walau ape pun yg terjadi...tahniah ye.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Tahniah Seladang jr. Kerana berjaya layak ke separuh akhir. Teruskan usaha untuk mempertahankan Piala Presiden. Selamat maju jaya......

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.