Piala Presiden | Road To The Final 2007/2008

Skuad Presiden Perak musim ini berjaya untuk melayakkan diri ke peringkat akhir untuk bertemu Selangor dan mungkin mengulangi pencapaian musim 2006/2007 di mana Perak muncul sebagai juara apabila menewaskan Kelantan di perlawanan akhir.

Persoalannya mampukah skuad yang dipimpin oleh ketua jurulatih Chong Yee Fat bersama pembantunya Abu Bakar Fadzim mengulangi kejuaraan sulung musim 2006/2007 sewaktu skuad Presiden Perak dibawah kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib?.

Pihak kami berkeyakinan tinggi Perak mampu mempertahankan kejuaraannya musim lalu kerana kebanyakan pemain yang menyarung jersi skuad Presiden Perak kini adalah pemain yang sama sewaktu Raja Azlan Shah Raja So’ib menjadi ketua jurulatih.

Berikut kami senaraikan sorotan keputusan perlawanan sewaktu di peringkat suku akhir berkumpulan dan separuh akhir peringkat timbal balik kalah mati yang dihadapi oleh pasukan Perak termasuk senarai nama penjaringnya.

Suku Akhir Kumpulan A

Perak
Terengganu
Kedah
PDRM

Kedah 1 – 3 Perak
Khamis 12 Jun 2008
Stadium Mini Jitra, Kedah

Shahrizal Mohd Saad
Mohd Termizi Abdul Rahman – 2 Gol

Perak 2 – 1 PDRM
Khamis 19 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh

Mohd Termizi Abdul Rahman
Mohd Hafiszuan Salehuddin

Perak 0 – 0 Terengganu
Khamis 26 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh

Perak 3 – 0 Kedah
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh

Mohd Hafiszuan Salehuddin
Mohd Termizi Abdul Rahman
Mohd Nazri Mohd Kamal

PDRM 0 – 4 Perak
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol

Ahmad Fakri Saarani
Mohd Nazri Mohd Kamal
Shahrizal Mohd Saad
Muhamad Ariffin Norzaidi

Terengganu 0 – 1 Perak
Khamis 10 Julai 2008
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Mohd Nazri Mohd Kamal

Separuh Akhir

Perak 4 – 0 My Team
Isnin 21 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun

Mohd Noor Hazrul
Mohd Termizi Abdul Rahman 
Ahmad Fakri Saarani 
Isma Alif Mohd Salim

My Team 1 – 2 Perak
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata

Wan Abu Yazid Bustami
Isma Alif Mohd Salim

Senarai Penjaring Gol Peringkat Suku Akhir Dan Separuh Akhir

5 Gol | Mohd Termizi Abdul Rahman
3 Gol | Mohd Nazri Mohd Kamal
2 Gol | Mohd Hafiszuan Salehuddin
2 Gol | Shahrizal Mohd Saad
2 Gol | Ahmad Fakri Saarani
2 Gol | Isma Alif Mohd Salim
1 Gol | Muhamad Ariffin Norzaidi
1 Gol | Mohd Noor Hazrul
1 Gol | Wan Abu Yazid Bustami

Pasukan Perak telah menjaringkan sebanyak 19 gol dan hanya dibolosi sebanyak 3 gol sahaja.

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Piala Presiden | Road To The Final 2007/2008

  1. matahari_terbit

    saya yakin skuad presiden akan menjuarai piala presiden kali ini. tapi dimana venue perlawanan kali ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    tahniah ye,harap kita boleh menang atas selangor,kejayaan p.presiden layak ke final mengubati sedikit kedukaan pskn senior.go perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sylvershop

    tahniah pada skuad piala presiden perak..webmaster bila tarikh final dan pukul berapa? kepada warga seladang.net jomle turun beramai-ramai bagi sokongan macam kita bagi sokongan pada team senior

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. keanu147

    tahniah.. semoga selepas ini dpt mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di final nanti..

    ..go perak go..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. miez3

    Salam semua....seperti yg teman pernah kata beberapa kali tentang skuad Presiden ni bahawa teman sememangnya yakin dgn deme semua ni....harap semoga kejuaraan masih bersama deme tahun ni....oleh itu sepertimana mike2 semua ayuh kita beramai2 ke Stadium Shah Alam....penuhkan dgn lautan putih,kuning dan hitam....bior bergegor sikit...kita kena le bagi semangat kat deme pulak...kalau tak kita sape lagi??

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    Kejayaan skuad Piala Presiden Perak tahun ini layak ke perlawanan akhir akan menjadi bukti kejayaan sistem pembangunan diamalkan oleh Perak FA. Walau bagaimanpun adalah menjadi harapan peminat agar pemain-pemain ini dapat diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan Liga Super dan mempamerkan kehebatan bermain di peringkat lebih tinggi pula nanti. Untuk mencapai impian tersebut pemain-pemain muda Perak ini seharusnya sudah mula memasang cita-cita untuk menjadi tonggak utama pasukan Negeri Perak. Para jurulatih dan pegawai Perak FA sepatutnya sudah mula menggunakan khidmat pemain muda ini untuk beraksi sebagai tonggak utama dalam Liga Super musim depan. Sayang sekali jika idea baru dan tenaga muda yang mempunyai keupayaan tinggi ini tidak digunakan disamping pemain senior yang sedia ada. Sekurang-kurangnya dapat juga menjimatkan perbelanjaan pasukan daripada mengambil pemain dari pasukan lain yang mungkin perlu dibayar gaji yang tinggi. Kepada pemain pula, peluang dan kesempatan yang diberi oleh jurulatih untuk bermain perlu digunakan untuk membuktikan bahawa mereka boleh menjadi yang terbaik untuk menggantikan pemain senior yang ada. Perak FA perlu memastikan bahawa pemain muda ini akan terus diberi latihan dan pendedahan secukupnya dan diharapkan agar benih yang kita semai ini tidak pula dituai hasilnya oleh pasukan lain pula. Perpindahan seseorang pemain dalah satu perkara yang kita tak dapat elakkan dalam bolasepak Professional ini. Tetapi sekurang-kurangnya pemain itu sudah dapat berbakti dan menyumbang dengan memberi kejayaan kepada bolasepak Negeri Perak terlebih dahulu sebelum berpindah. Janganlah Perak FA leka dengan kejayaan yang ada kerana proses pembangunan bolasepak itu seharusnya terus berjalan tanpa henti. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.