Piala Presiden | Perak Vs My Team – Separuh Akhir

Piala Presiden 07/2008
Isnin 21 Julai 2008
Padang 2 Renjer, Tambun
4:45PM

Perlawanan pertama peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menemukan pasukan Perak dengan pasukan My Team di Padang 2 Renjer, Tambun petang ini setelah perlawanan yang sepatutnya berlangsung Khamis lalu di tunda.

Barisan Perak dijangka akan menurunkan 2 pemain dari skuad senior mereka iaitu pemain tengah Noor Hazrul dan penyerangnya, Ahmad Fakri bagi membantu skuad Presiden setelah tiada perlawanan untuk kempen Piala Malaysia sepanjang minggu ini.

Kemenangan selesa pada perlawanan ini cukup penting sebagai bekalan sebelum berkunjung ke tempat lawan Jumaat ini. Penolong jurulatih skuad Presiden Perak, Abu Bakar Fadzim yakin Perak mampu mara ke perlawanan akhir untuk mengulangi pencapaian musim 2007.

Sementara itu pada 17 Julai 2008 yang lalu, pasukan Selangor telah berjaya menewaskan pasukan Terengganu dengan keputusan 2 gol berbalas 1 di Stadium Shah Alam. Perlawanan seterusnya adalah di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada 24 Julai 2008.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Piala Presiden | Perak Vs My Team – Separuh Akhir

  1. matahari_terbit

    diharapkan skuad presiden akan meneruskan kecemerlangan dan akan terus memenangi perlawanan kali ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi_black

    Selamat berjuang Seladang Jr. Ulangi pencapaian Tahun lepas. Pastikan Piala Presiden kekal di perak. Saya doakan kemenangan Perak hari ni dan seterusnya.
    Kepada semua pemain terutama hazrul dan fakri, sumbangan anda amat ditagih....

    Selamat maju jaya...SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    kpd skuad presiden yong harap 3 mata penuh dpt dikutip...teruskan rentak kemenangan spt skuad utama anda,jadikan contoh....apa yg anda alami,mereka juga alami & mereka mampu menang atas pskn myteam so anda juga boleh.good luck ok...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. webmaster Post author

    Pihak kami menerima maklumat terbaru berkenaan perubahan venue pertandingan yang berpindah ke Padang 2 Renjer, Tambun. Stadium Perak dikhabarkan sedang menjalani proses penyelenggaran oleh pihak MBI.

    Harap Maklum.
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Semoga pasukan Piala Presiden kita akan terus berjaya untuk melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut. YangIkhlas ucapkan selamat berjuang. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.