Piala Presiden | Perak Vs Kedah – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Isnin 30 Jun 2008
Stadium Perak, Ipoh
4:45PM

Perak 3 – 0 Kedah

Petang semalam telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang Kedah di Stadium Perak yang berkesudahan Perak menang 3 gol tanpa balas.

Gol-gol pasukan Perak dijaringkan oleh Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin, Mohd Termizi Bin Abdul Rahman dan Mohd Nazri Bin Mohd Kamal.

Perak mendahului kumpulan A dengan mengumpul 10 mata diikuti oleh pasukan Terengganu dengan 8 mata dan Kedah di tangga ketiga dengan 4 mata. Sementara itu peluang pasukan PDRM untuk mara ke pusingan separuh akhir telah tertutup apabila tewas kesemua 4 perlawanan sebelum ini walaupun masih berbaki 2 perlawanan.

Kumpulan A

Team P W D L Pt
Perak 4 3 1 0 10
Terengganu 4 2 2 0 8
Kedah 4 1 1 2 4
PDRM 4 0 0 4 0
Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Piala Presiden | Perak Vs Kedah – Suku Akhir (result)

  1. matahari_terbit

    tahniah skuad presiden kerana membelasah skuad sang kenari. nampak gayangya sang kenari sudah tidak mampu untuk terbang tinggi

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    tahniah buat skuad piala presiden.jika anda disiplin,yakin & terus berusaha pasti kemanisan kejayaan akan dapat dirasai.tak de ungkapan lain selain tahniah & teruskan pendakian sampai ke puncak.selamat berjaya ye.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. miez3

    Teman juga ingin ucapkan tahniah dan syabas kpd skuad Piala Presiden...ternyata musim ni anda semua lebih menyerlah berbanding skuad senior...kejayaan anda nanti pasti akan membuka mata lebih banyak pihak yg mana skuad Perak sebenarnya tidak ketandusan pemain2 muda & belia...lepas ni mungkin ada 2 atau 3 orang lagi player yg akan diserapkan ke skuad senior sepertimana Fakri & Razali serta rakan2 yg lain...kpd coach & pengurusan diharap selepas ini tiada lagi alasan Perak ketandusan pemain berkaliber...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Tidak mengecewakan. Tahniah anak-anak Muda (Seladang Jr) bakal menjadi pengganti Skuad Seladang kelak. Kekal prestasi, tingkatkan potensi dan sentiasa bermotivasi hasil kemenangan ini. Kekalkan rekod tanpa kalah. Tentukan Piala Presiden dibawa ke Perak. Ayuh berusahalah, Skor Yob!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.