Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

Hari ini akan berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol, Kuala Lumpur.

Perak yang telah mengumpul 10 mata setakat ini hasil dari tiga kemenangan dan seri sekali hanya memerlukan satu mata sahaja bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir walaupun masih berbaki satu perlawanan.

Jadual perlawanan kempen Piala Presiden suku akhir 07/2008

Kumpulan A

Kedah vs Terengganu
Stadium Mini, Jitra

PDRM vs Perak
Padang Utama, Pulapol

Kumpulan B

Kuala Muda vs Selangor
Kompleks Sukan Naza Gurun

Kelantan vs My Team
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bahru

Semua perlawanan akan berlangsung pada pukul 4:45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir

  1. matahari_terbit

    harap harap pasukan perak berjaya memenangi perlawanan ini, demi menjulang martabat pasukan. dalam masa yang sama pasukan presiden perak akan menjadi pasukan yang mampu menggerunkan semua pasukan

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    utk game petang ni,semua pemain piala presiden perlu fokus saje.jgn terlalu selesa dgn keadaan yg ada sbb bola tu bulat memacam leh jadi.gunakan sedikit kelebihan mata yg ada yelah ni dah boleh diibaratkan sebelah kaki je ke semi-final,ada rezki insyaallah ke final plak.jd jgn leka..apepun buat the best ok.yong doakan terbaik untuk semua...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Insya Allah, Ptg ni saya akan turun sokong seladang jr ni, sebab dekat dah dengan tempat kerja. Saya kat MINDEF je. Apa-apa pun mari kita doakan skuad ini berjaya petang ni, SKOR YOB SKOR!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.