Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Khamis 03 Julai 2008
Padang Utama, Pulapol
4:45PM

PDRM 0 – 4 Perak

Petang tadi telah berlangsung perlawanan timbal balik kedua peringkat suku akhir kumpulan A untuk kempen Piala Presiden 07/2008 antara pasukan Perak menentang PDRM di Padang Utama Pulapol yang berkesudahan Perak menang 4 gol tanpa balas.

3 gol telah dijaringkan oleh pasukan Perak pada separuh masa pertama oleh Ahmad Fakri Saarani, Mohd Nazri Mohd Kamal dan Shahrizal Mohd Saad. Gol keempat pasukan telah dijaringkan oleh Muhamad Ariffin Norzaidi pada separuh masa kedua permainan.

Dengan kemenangan ini pasukan Perak mendahului kumpulan A dengan mengumpul 13 mata dan layak ke peringkat separuh akhir walaupun berbaki 1 perlawanan lagi iaitu menentang Terengganu di tempat lawan.

Penolong jurulatih skuad presiden Perak, Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata “Pemain telah menunjukkan mutu permainan yang boleh dibanggakan apabila lebih banyak menguasai permainan pada separuh masa pertama dan kedua.”

“Mungkin kita akan merehatkan ramai pemain yang kurang cergas ketika bertemu Terengganu pada perlawanan terakhir nanti untuk mempersiapkan pasukan pada tahap terbaik pada perlawanan separuh akhir” jelas beliau.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Piala Presiden | PDRM Vs Perak – Suku Akhir (result)

  1. mie

    Tahniah buat pasukan Perak Jr.
    Semangat dan mutu permainan yang ditunjukkan membuktikan masa depan bola sepak Perak masih cerah.
    Semoga pasukan ini Perak Jr ini tidak menhampakan rakyat Perak!!!

    Hidup Perak!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. penangMai

    Salam warga Seladang.net.....
    Our Junior team already show their Quality... how about our Senior Team ....can their skuad bring Piala Malaysia
    ke Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. matahari_terbit

    teman bangga dengan skuad presiden kerana meneruskan rentak kemenangan bergaya. tahniah kepada yang terlibat dan tidak menghampakan kami peminat setia. syukur

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Tahniah! Tahniah! Seladang Jr.. Saya bangga dengan perkembangan ini. Saya hanya sempat menonton separuh masa kedua shj. Secara keseluruhannya, permainan yang cantik telah ditunjukkan. Teruskan prestasi yang sebegini bagi memastikan kita meraihkan Piala Presiden kali ini. SKOR YOB SKOR!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Tahniah..semoga Perak akan cukup bersedia apabila pertandingan memasuki peringkat separuh akhir nanti. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. miez3

    Tahniah dan syabas...apa lagi boleh dikatakan..ternyata skuad junior boleh pergi jauh...teruskan usaha sehingga ke final!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.