Piala Presiden | My Team Vs Perak – Separuh Akhir

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata
4:45PM

Perlawanan timbal balik kedua peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak bertandang ke Stadium Mini Jenderata, Teluk Intan petang esok untuk menentang pasukan tuan rumah My Team.

Perak dijangka akan menurunkan barisan yang sama ketika menewaskan My Team di Ipoh tempohari dengan Ahmad Fakri Saarani serta Noor Hazrul membantu skuad Presiden kerana pasukan senior hanya akan bermain pada 2 Ogos 2008 nanti.

Kemenangan yang dicapai sewaktu membenam My Team 4 gol tanpa balas menjadi bekalan selesa ketika berkunjung ke tempat lawan Jumaat ini. Perak hanya memerlukan keputusan seri atau tewas tipis untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Presiden 07/2008.

Sementara itu pada petang ini, satu lagi perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Terengganu menentang Selangor akan dilangsungkan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Selangor pada perlawanan pertama dahulu berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 2 – 1 di Stadium Shah Alam.

Kepada peminat bolasepak Perak yang tinggal di sekitar Teluk Intan, Bagan Datoh, Hutan Melintang atau Sabak Bernam bolehlah meluangkan masa berkunjung ke Stadium Mini Jenderata untuk memberi sokongan kepada pasukan Perak petang esok.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Presiden | My Team Vs Perak – Separuh Akhir

  1. matahari_terbit

    diharapkan skuad presiden akan meneruskan rentak kemenangan demi menjaga maruah negeri dan diri sendiri
    ayuh jangan hampakan peminat peminat anda disekeliling.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    insyallah deme boleh menang sbb dgn kemenangan hari tu semangat player ni masih di tahap yg tinggi tapi apepun hari tu tetap hari yg lepas,dgn kemenangan tu jgn pulak ambil mudah & rasa selesa sbb selagi wisel penamat belum bunyi maknanya pertarungan belum berakhir.apepun yong doakan yg terbaik,ada rezeki kita ke final.yong tak dpt nak turun sbb yong di KL terikat dgn tanggungjawab kerja.so good luck buat semua....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi_black

    Assalamualaikum Sahabat...Tiada apa yang hendak diucapkan lagi. Kekalkan prestasi yang lepas. Pastikan kedua-dua kaki masuk final kali ini. UPB tu tak dak hal punya...Selamat berjuang..Kejor YOB SKOR

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. miez3

    Syabas anak-anak muda Perak....kalau dah sampai ke tahap ini lah...teman dah nampak apa yg coach kita tak nampak....bakat..ye bakat muda yg sepatutnya diketengahkan pada masa akan datang....utk tahun ni teman memang confident dgn deme ni....final dah tentu...juara satu bonus serta dpt memadamkan tanggapan buruk pihak tertentu yg pasukan Perak tiada pelapis!Ayuh!Buktikan anda juga boleh lakukan pada tahun ini sepertimana tahun lalu....Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. YangIkhlas

    Semoga berjaya ke perlawanan akhir dan seterusnya mengekalkan Piala Presiden di bumi Darul Ridzuan. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.