Piala Presiden | My Team Vs Perak – Separuh Akhir (result)

Piala Presiden 07/2008
Jumaat 25 Julai 2008
Stadium Mini, Jenderata
4:45PM

My Team 1 – 2 Perak

Perlawanan timbal balik kedua peringkat separuh akhir untuk kempen Piala Presiden 07/2008 menyaksikan Perak yang bertandang ke Stadium Mini Jenderata, Teluk Intan petang tadi menewaskan pasukan tuan rumah My Team dengan jaringan 2 – 1.

Perlawanan petang itu dicepatkan pada pukul 4 petang atas permintaan pasukan tuan rumah. My Team bermula garang apabila menjaringkan gol pertama mereka seawal minit ke 5 permainan separuh masa pertama untuk mendahului Perak dengan 1 gol.

My Team yang tewas dengan jumlah jaringan 4 gol tempohari bermain dengan agak keras untuk mengekang jentera serangan Perak. Namun 10 minit sebelum rehat, Wan Abu Yazid merembat kencang dari dalam kotak penalti lawan untuk mengikat kedudukan 1 – 1.

20 minit sebelum tamat permainan, Isma Alif Mohd Salim menolak masuk satu hantaran lintang untuk mudah menewaskan penjaga gol lawan dan seterusnya memastikan Perak menang 2 – 1 dan secara aggregatnya 6 – 1.

Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata, “Pemain telah bermain sebaik mungkin walaupun tertekan dengan corak keras pasukan lawan namun kita berjaya muncul sebagai pemenang untuk bertemu Selangor di perlawanan akhir nanti”

“Saya sedikit terkilan kerana pasukan Perak bakal kehilangan khidmat pemain pertahanan kental Mohd Arif Fazlie pada perlawanan akhir kerana menerima kad kuning kedua pada perlawanan tersebut. Manakala khidmat penjaga gol utama, Kamarul Effandy dijangka dapat diturunkan pada perlawanan akhir nanti setelah menjalani satu penggantungan tempohari”. tegasnya.

Sementara itu pada satu lagi perlawanan separuh akhir semalam, Terengganu menewaskan Selangor dengan keputusan 2 – 1 untuk menjadikan aggregat 3 – 3. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila tewas 3 – 2 kepada Selangor melalui tendangan penalti.

Perlawanan akhir dijangka akan diadakan pada hari Khamis 31 Julai 2008 di Stadium Shah Alam namun segalanya akan diputuskan secara rasmi oleh Pegawai Pertandingan FAM selewat-lewatnya hari Isnin 28 Julai 2008 ini.

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Piala Presiden | My Team Vs Perak – Separuh Akhir (result)

  1. matahari_terbit

    apa yang penting sekarang skuad presiden berjaya mengulangi kejayaan tahun lepas mara ke peringkat akhir. diharapkan akan terus maju dan menjadi juara lagi

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yong85

    yong dah jangka deme leh menang,nah ni bukti betapa profesionalnya deme dlm sejuta kemelut dalaman.tahniah.....buat lagi bagus final nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan00

    tahniah wahai pejuang muda sekalian..

    diharapkan anda semua bermainlah elok-elok bertemu musuh tradisi di final nanti...

    GO PERAK!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Tahniah.. semoga kejuaraan Piala Presiden dapat dipertahankan buat kali kedua berturut-turut. SKOR YOB SKOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. lintau

    Dah confirm ke kat mana venue final nanti?

    jawapan admin: Pihak kami akan maklumkan keputusan terakhir pada bila-bila masa hari ini.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.