Piala Presiden 2008 | Info Terkini Perlawanan Akhir
July 29th, 2008 by webmaster
Selangor vs Perak
Jumaat 1 Ogos 2008
Stadium Shah Alam
8:45PM
Untuk makluman semua, perlawanan akhir Piala Presiden antara pasukan Selangor menentang pasukan Perak yang dijadualkan pada hari Khamis 31 Julai 2008 telah ditunda pada hari Jumaat 1 Ogos 2008 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan melalui faksimili kepada Perak FA tengahari tadi.
Dengan itu juga harapan peminat Ahmad Fakri Saarani untuk melihat beliau turut serta pada perlawanan akhir itu lebur kerana difahamkan beliau akan bermain pada 2 Ogos 2008 untuk pasukan senior Perak ketika menentang pasukan My Team di Kelana Jaya.
Walaupun begitu kelibat seorang lagi pemain muda Perak yang mewakili pasukan senior iaitu Noor Hazrul dijangka akan diturunkan pada perlawanan itu bersama-sama penjaga gol utama Kamarul Effandy yang selesai menjalani penggantungan 2 kad kuning tempohari.
Penolong jurulatih Piala Presiden Perak Abu Bakar Fadzim ketika dihubungi berkata, “Ketiadaan Ahmad Fakri Saarani dan ketua pasukan Mohd Arif Fazlie memang mencalarkan sedikit perancangan utama kami namun saya tidak risau dengan barisan serangan yang ada kerana percaya Shahrizal Saad dan Mohd Termizi Abdul Rahman mampu meledakkan jaringan pada perlawanan akhir itu nanti”.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Piala Presiden | My Team Vs Perak - Separuh Akhir
- Piala Presiden | Perak Vs My Team - Separuh Akhir (result)
- Piala Presiden | PDRM Vs Perak - Suku Akhir (result)
- Piala Presiden | Perak Vs My Team - Separuh Akhir
- Piala Presiden 2008 | Selangor Vs Perak - Final (review)
7 Responses to “Piala Presiden 2008 | Info Terkini Perlawanan Akhir”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

soal tunda atau ubah sesuatu jadual tu dah sememangnya satu kebiasaan buat fam jadi yong taklah terkejut sgt cuma penundaan tarikh ke hari jumaat tu agak kurang manis bagi yong tapi keputusan mereka muktamad.suka @ tak kena terima.berbalik pada perlawanan yong pasti pskn piala presiden kita mampu memenangi game tu.soal ahmad fakri tiada bukan satu isu sbb masih ramai lagi pemain yg ada yg boleh di harapkan.so good luck…
serapi manapun perancangan dibuat tak semestinya berjalan lancar..Trans pasti semua dpt terima perubahan jadual ni..cume mungkin agak ramai yg terkilan bila Fakri tak dpt bermain utk game final ni coz he is one of the winning factor for Perak P. Presiden…yet it can still be won without his present…best of luck utk pasukan Perak…Trans doakan kemenangan buat kalian…
Perkara semacam ini memang dah jadi trend atau penyakit bagi FAM….nampak gayanya sejarah sentiasa berulang tanpa diambil iktibar oleh pihak-pihak terbabit….teman malas le nak tuding jari pada sesiapa tapi sendiri mahu ingatlah….
Pada semua fans jgn jadikan ini satu halangan kepada kita untuk mengalah dalam memberi sokongan kpd team Presiden kita….Hari Jumaat ni kita gegor Stadium Shah Alam dulu…bagi sokongan habis2an…Hari Sabtu pulak moh kita ke Stadium Kelana Jaya…..bagi sokongan kat pasukan senior pulak…jgn lupa tau!Kalau bukan kita siapa lagi….
Skor Yob Skor…Seladang boleh!
Saya amat berbangga dgn pemain muda perak ini..
Saya minat bebenor tengok no 8 main namanya Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin..
Saya harap perlulah ada perhatian buat pemain ini..
kerana beliau ada bakat seorang pemain bola sepak..
Marilah ramai2 penyokong Perak yang berada di lembah klang memenuhi setiap bangku di Stadium Shah Alam hari jumaat ini.
jam 8:45pm, moh kita sokong perak presiden ini, main elok2..jangan hampakan penyokong dan peminat anda
“”GOOD LUCK”"
pesanan admin: Beberapa ayat telah kami perbetulkan kerana “kemalasan” anda menaip dengan baik. Sila baca artikel ini sebelum anda membuat komentar Info | 9 Rules at seladang.net
ini memberi kelebihan kedua dua pasukan untuk memperkemaskan lagi agar di perlawanan akhir nanti mereka dapat menunjukkan satu mutu perlawanan yang berkualiti
Salam…Hari bersejarah buat anak-anak muda Perak akan dilalui sekali lagi pada Jumaat ini. Biarpun Fakri tidak dapat diturunkan, jangan lupa, kita ada lagi peledak-peledak yang masih aktif ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletup. Kepada Yob-Yob Perak, moh le kita turun untuk menyaksikan detik bersejarah ini.
Ayuh Yob Skor dan tumbangkan Selangor!!!!
Buat semua sahabat-sahabat yang berada disekitar Lembah Klang dan Shah Alam, dipersilakan hadir ke Stadium Shah Alam untuk kita berkumpul dan bersama-sama memberi sokongan kepada Skuad Seladang Muda.