Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008

Piala Belia 07/2008
Selasa 08 Julai 2008
Stadium Utama Negeri
4:45PM

Selepas cemerlang menewaskan pasukan PDRM tempohari, skuad belia Perak akan bertandang pula ke Stadium Utama Negeri, Kangar untuk menentang pasukan tuan rumah Perlis untuk kempen Piala Belia kumpulan A petang ini.

Pihak pengurusan seladang.net cukup yakin pemain muda Perak mampu membawa pulang 3 mata penuh ketika berkunjung ke Kangar demi menjamin kemaraan ke peringkat separuh akhir tidak terjejas.

Secara ikhlas pihak kami merumuskan bahawa skuad Piala Belia Perak adalah skuad yang paling menonjol musim ini walaupun memulakan kempen dengan beberapa kekalahan. Harapan semoga pemain-pemain yang ada mampu diserapkan ke peringkat lebih tinggi selepas ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Piala Belia untuk 8 Julai 2008

Pahang vs SSBJ
Padang MPK 1B Kuantan, Pahang

Selangor vs Kelantan
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

PDRM vs Kedah
Padang Utama Pulapol

Sarawak vs Kuala Muda
Stadium Sarawak, Kuching

Melaka vs Pulau Pinang
Stadium Tun Fatimah, Melaka

Negeri Sembilan vs ATM
Stadium Tuanku Abd Rahman, Paroi

Semua perlawanan berlangsung pada pukul 4:45 petang kecuali di Stadium Sarawak iaitu 4:15 petang

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Piala Belia | Perlis vs Perak | 8 Julai 2008

  1. YangIkhlas

    Kejayaan pasukan belia negeri Perak amat perlu untuk menunjukkan bahawa masih ada sinar kemajuan di masa akan datang INDUSTRI bolasepak negeri Perak. Walau dibelenggu masalah kewangan adalah menjadi harapan yang tinggi para peminat setia untuk melihat skuad belia Perak untuk pergi lebih jauh tahun ini dan Piala Presiden dapat dikekalkan di bumi bertuah Darul Ridzuan ini. Selamat berjuang para pemuda Negeri Perak. SKOR YOB SKOR.......

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. matahari_terbit

    teman harap skuad belia akan membalas dendam kerana skuad utama telah tewas pada perlawanan yang lepas. sehingga terjadinya satu tragedi yang tidak diingini

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yong85

    kalo kelmarin skuad senior rebah di padang kangar,kali ni yong harap skuad muda belia akan megah di sana dgn 3 mata penuh.tebus balik yg hilang dr abang-abang senior sbb skuad belia tetap bawa nama negeri.fokus & teruskan daya usaha,yong percaya skuad muda ni boleh.yela tenaga tgh kental lagi so no excuse.good luck ok....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Untuk Skuad Seladang Jr. teruskan perjuangan harmoni, tingkatkan prestasi ke tahap yang terbaik. Sentiasa memikirkan jalan untuk meningkatkan keupayaan diri setiap hari. Usaha yang gigih akan dibalas dengan hasil yang setimpal percayalah, ini kerana lumrah alam memang begitu, buat baik dibalas baik jika buat baik dibalas jahat, muhasabahlah diri sendiri mungkin ada kesilapan yang kita tidak sedari. Selamat Maju Jaya, Julang nama PERAK di mata Rakyat Malaysia.....SKOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.